Ketua Pembangkang yang merimaskan Umno-BN, Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 akan datang. Kata Anwar, Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian kerana negara mengaut hasil minyak sebanyak RM80 bilion, sedangkan tanggungan kos PTPTN hanya RM5 bilion.
"Tapi Najib kata, RM80 bilion tolak RM5 bilion jadi bankrap," katanya sambil diiringi ketawa hadirin dalam ceramah di di Stadium Kajang. Lebih 5,000 hadirin membanjiri majlis ceramah Merdekakan Rakyat di stadium tersebut. Turut hadir dalam ceramah tersebut beberapa pemimpin Pakatan antaranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, anggota Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan