Inilah bukti putar belit akhbar mesra Umno-BN. Sanggup 'melempar batu sembunyi tangan' semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka. Pemuda Umno dan media Umno telah memanipulasikan dalam isu WWW 1 kerana pihak yang paling awal mempermainkan isu ini adalah akhbar milik Umno iaitu Kosmo.
Ini kerana, akhbar Umno itu sudah memulakan kempen isu plat WWW 1 ini sejak 8 April 2012 lagi melalui laporannya. Pada 25 Mei, sekali lagi berita ini di sensasikan dengan laporan muka depannya.
Pada 28 Mei sekali lagi Kosmo memainkan isu ini bahkan cara serangan yang dibuatnya sama sahaja dengan apa yang di tweet oleh bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin melalui kartun yang disiarkannya.
Apabila media menyiarkan plat WWW 1 ini diletakkan di kereta Satria Neo sekali lagi Kosmo mempermainkan isu ini sebagaimana karikatur yang disiarkan. Persoalannya adalah kenapa demo yang dibuat Pemuda Umno semalam semacam ditujukan kepada Nizar sahaja tetapi tidak kepada pengarang akhbar mereka sendiri, Kosmo?
Ramai percaya, Nizar hanya dijadikan 'kambing hitam' oleh seteru politik dalaman Umno untuk menyekat tindakan sesetengah pihak dalam Umno yang mahu menyerang pihak tertentu di Johor. Ini kerana pilihan raya semakin hampir dan usaha dibuat untuk merenggankan hubungan Menteri Besar Johor yang ada dengan pihak Istana. Usaha ini tentu dibuat oleh pihak yang berkepentingan.
Nizar hanya salah seorang pemimpin PAS sahaja dan telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini, kenyataan Nizar hanya pandangan peribadi beliau sahaja dan tidak membayangkan pandangan PAS. Kosmo adalah akhbar Umno, adakah ia pandangan peribadi pengarang akhbar ini atau pandangan kumpulan tertentu dalam Umno yang sedang berebut sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan