KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 13, 2012

Juara Lagu Muzik-Muzik TV3 1990 dan 1995, Aishah terima sijil dan kad ahli PAS secara rasmi


Juara Lagu 1990 dan 1995 Muzik-Muzik TV3, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah telah menerima sijil dan kad keahlian PAS bermutu tinggi daripada Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Dato' Suhaimi Abdul Rahaman pada majlis Ceramah "Dari Rakyat Kepada Rakyat" di Padang Bola Taman Dato' Senu, Sentul, Isnin 11 Jun lalu, lapor Sanggahtoksago. Permohonan Aishah bertarikh 11 Mei diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang pada 13 Jun 2012.

Aishah mengistihar menyertai PAS pada 4 April dalam ceramahnya di Markas Tarbiah PAS Pusat bersama-sama Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Vincent Lee. Ini adalah penampilan kali pertama beliau atas pentas PAS setelah dijemput Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam. 

Ekoran itu, Tarmizi telah menghubungi Pejabat Menteri Besar Kelantan bagi mendapatkan persetujuan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menghadiri satu majlis besar menerima serahan borang keahlian Aishah sertai PAS. Tidak lama kemudian, Setiausaha Politik MB Kelantan, Wan Nik Yusuf memaklumkan Tuan Guru sedia berbuat demikian pada Jumaat 11 Mei 2012.

Aishah telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada tarikh tersebut dan disaksikan lebih 6,000 hadirin di Markas Tarbiah PAS Pusat. PAS Batu telah menyumbang yuruan RM100 untuk pendaftaran ahli dan mengumumkan Aishah sebagai keluarga angkat PAS kawasan berkenaan.

Keahlian Aishah dicadangkan oleh Naib Yang DiPertua PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam dan disokong oleh Setiausahanya, Dato' Ismail Yahya. Turut hadir pada majlis ini bekas Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Jui Meng, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Abdul Ghafar Baba, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, YB Dr Mariah Mahmood, Penulis Prolifik, Subky Latiff, Bekas Setiausaha Dewan Negara dan bekas Timbalan Setiausaha Bagi Dewan Rakyat, Pak Salleh Bakar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Salbiah Abdul Wahab dan YDP PAS Batu, Ishak Surin. Turut hadir Setiausaha Politik MB Kelantan, Wan Nik Yusuf.

Tiada ulasan: