KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 19, 2012

Datuk Lajim Ukin lepas jawatan dalam Umno, tapi belum "melompat" ke PKR


Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di peringkat Persekutuan, adalah antara pemimpin Sabah yang dispekulasi akan melompat parti untuk menyertai PKR semasa lawatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah Ahad lepas, kini telah melaskan jawatannya dala Umno. 

Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu selepas pendedahan sebelum ini yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort. Lajim juga pernah menafikan dakwaan akan melompat ke PKR selepas ia tidak menjadi kenyataan apabila penerbangan Anwar ke Kota Kinabalu tertangguh berikutan cuaca buruk, tetapi Lajim berkata "apa saja boleh berlaku". 

Ini, menurut Sabah Times, telah diumumkan Lajim pada hari Sabtu ketika satu majlis menyambut harijadinya yang ke-57. "Surat peletakan jawatan saya sebagai Ketua Cawangan Umno telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu," beliau dipetik sebagai berkata.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thank you a lot for sharing this with all of us you really know
what you're speaking about! Bookmarked. Kindly additionally consult with my website =). We could have a link trade contract among us

Tanpa Nama berkata...

Hello to every one, the contents present at this site are genuinely amazing for people knowledge,
well, keep up the good work fellows.

Feel free to visit my homepage; website