KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 14, 2012

Blogger Sanggahtoksago terima darjah ke-3 tertinggi Kerajaan Cambodia daripada PM Hun Sen buat kali kedua

Dianugerahkan oleh Perdana Menteri Cambodia, Hun Sen melalui wakilnya Ketua Turus Angkatan Tentera Cambodia, Hun Maniet (anak PM Hun Sen) di Wilayah Kompong Cham, 5 Mei 2012

Dianugerahkan oleh Perdana Menteri Cambodia, Hun Sen melalui wakilnya Menteri Hal Ehwal Agama, Dato' Othman Hassan di Wilayah Takeo, 4 April 2011


Blogger Sanggahtoksago yang juga Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam sekali lagi dianugerahkan Darjah "National Construction of Cambodia (Gold Medal)" buat kali kedua daripada Perdana Menteri Cambodia, Hun Sen pada 5 Mei 2012 yang telah disampai wakilnya, Ketua Turus Angkatan Tentera Cambodia, Hun Manet (anak Hun Sen) di Wilayah Kompong Cham.

Seramai 14 orang warga Malaysia menerima darjah ini bagi mengenang usaha murni mereka membantu dan membangunkan umat Islam di negara tersebut. Penganugerahan dilakukan dihadapan lebih 6,000 hadirin terdiri umat Islam dan bukan Islam di perkarangan Masjid An-Nur bersempena perasmian Bangunan Tahfiz An-Nur oleh Hun Maniet.

Antara yang turut menerima anugerah ini termasuklah Bendahari PAS Johor, Dato' Mustafa Abdul Rahaman; dan dua lagi pimpinan PAS Batu, Dato' Suhaimi Ab Rahman dan Dato' Ismail Yahya. Turut meraikan majlis, Menteri Penerangan; Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama 1; Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan; Mufti Negara, Dato' Kamaruddin Yusuf; Ketua Polis Wilayah Takeo, Sulaiman Lalai dan Timbalan Gabenor Wilayah Kompong Cham. 

Selain mereka, turut menerima anugerah ialah Jamil Hajar Abd Mutalib; Asrul Hakim Suradi; Mejar (B) Azmi Mohamad; Nuruddin Zulani; Abdul Rashid Harun; Mohd Shafiz Dato' Rusli; Redhuan Rahmat; Mohd Fadhil Ismail; Safwan Tarmidi dan Mohd Asraf Surin.

Kira-kira setahun yang lalu, pada 4 Mac 2011, Tarmizi menerima anugerah yang sama buat kali pertama daripada Perdana Menteri, Hun Sen. Telah sampaikan wakilnya, Menteri Hal Ehwal Agama, Dato' Othman Hassan di Wilayah Takeo. Ia merupakan darjah ke-3 tertinggi Kerajaan Cambodia daripada 13 anugerah rasmi selepas Darjah "Royal Order" di tangga teratas dan diikuti "Sena Jayaseddh Medal" di tempat kedua

Turut meraikan penyampaian anugerah tersebut pada tahun lalu termasuklah isteri menteri, Datin Aisyah Abdullah, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 1; Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 2; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negara; Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan; Timbalan Menteri Kesihatan; Mufti Negara, Dato' Kamaruddin Yusuf; Ketua Polis Negeri Takeo, Sulaiman Lalai dan Timbalannya, Abdul Majid Abdullah serta beberapa orang Ahli Parlimen Cambodia.

Menurut Yang DiPertuanya, Ishak Surin, pengiktirafan Kerajaan Cambodia itu merupakan suatu kebanggaan PAS Kawasan Batu terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh ketiga-tiga tokoh PAS Batu itu dalam membantu membangunkan semula umat Islam di negara tersebut dalam pelbagai bentuk pengumpulan dana, wakaf al-Quran dan ibadah korban.