KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 13, 2012

Leman Raja Lawak musim ke-5 serah borang ahli PAS seumur hidup di PPR Batu Muda dan Taman Dato' Senu


Teruja dengan perjuangan Islam yang dipelopori PAS, Leman Raja Lawak atau Sulaiman Ibrahim, 31 tahun, dari Kuala Nerang menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup sekali lagi kepada wakil Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob - juga Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin pada majlis Ceramah "Dari Rakyat Kepada Rakyat" di Padang Bola Taman Dato' Senu, Sentul, Kuala Lumpur, 11 Jun lalu, lapor Sanggahtoksago.Com.

Salahuddin yang dijangka haidir berhalangan kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Dewan Harian PAS bagi membincang nama-nama calon PAS yang bakal bertanding dalam PRU-13, kata Dato' Tarmizi Mohd Jam, Naib Yang DiPertua PAS Batu. 

Terdahulu Leman muncul menyampaikan ucapan ringkas pada Ceramah "Tawan Putrajaya" di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves, Ahad 10 Jun, dalam Parlimen Batu. Beliau menyerahkan borang yang sama sebagai gimik kepada Ishak Surin. Berceramah malam itu, Tamrin Tun Ghafar Baba (Ahli Umno), Dato' Dr Tan Kwew Kwong (Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Wilayah), YB Tian Chua (MP Batu, YB M Magoharan (MP Teluk Intan) dan Sany Hamzan (Exco Pemuda PAS Pusat). 

Leman adalah peserta akhir Raja Lawak Astro musim ke lima. Dengan tekad mahu Pakatan Rakyat menang, beliau sedia menghadapi sebarang risiko penyertaannya bersama PAS. Ceramah Isnin 11 Jun itu turut diisi oleh Prof Dr Aziz Bari, Juara Lagu 1990 & 1995, Aishah Ariffin dan Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Surianarayanan. Lebih 1000 penduduk tempatan hadir untuk menyaksikan Leman dan Aishah dari dekat.