KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 12, 2012

Umno mudah lupa: Wajah penderhaka, bermuka-muka terhadap Raja-raja Melayu


Masihkah anda ingat? Atau sudah lupa macam Umno lupa. Macam Tun Mahathir lupa. Macam pemimpin Umno sekarang lupa. Atau buat-buat lupa untuk mengampu dan bodek? Atau genarasi Y kini, memang tak percaya kalau dikatakan ramai pemimpin Umno yang lancang mulutnya terhadap Raja Melayu.

Pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya menjadi MB  dua tahun sahaja.

Media mesra Umno juga acapkali mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar, Menteri Besar Pahang sewaktu berselisih dengan Sultan Pahang dalam krisis yang terkenal. Umno juga pernah "membelasah" Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dalam "krisis perlembagaan" kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan.

Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno (bukan konvensyen PAS atau DAP atau PKR), Sultan Kelantan dihentam, dikritik, dihina secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan dalam PRU 1990. Dalam Persidangan Agung Umno itu juga, perwakilan Umno meminta harta (kekayaan) Raja-raja Melayu disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada muka surat depan. Satu demontrasi diadakan dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan.

Umno pinda Perlembagaan Persekutuan telah membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja-raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media Umno sekali lagi mengkritik, hentam dan adu-domba secara terbuka salah laku Raja Melayu. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka diadakan untuk menunjuk sokongan Umno kepada Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad dan mengecam Raja-raja Melayu.

Paling mengaibkan, Umno menabal Tengku Ibrahim Indera Putera untuk mengganti Sutan Ismail Putera pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Pengerusi Umno Kelantan waktu itu, Dato’ Anuar Musa.Bukan PAS, bukan DAP. Anuar Musa ialah pemimpin Umno. Ya Umno yang ada hari ini.

Kenyataan biadab Dato' Seri Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta, dia (Shahidan) ada bukti" - (Berita Harian 11hb Jun 1993). Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib pula dengan lantang menuduh Dato' Seri Nizar Jamaluddin derhaka. Tetapi dia lupa bahawa dia pernah membawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sehingga Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

Seramai 23 daripada 24 Adun Terengganu pernah mengugut untuk boikot majlis angkat sumpah Dato’ Ahmad Said selepas pilihanraya 2008 sebagai MB Terengganu yang baru. Umno tak mahu dia jadi MB. Mereka mahu Dato' Seri Idris Jusoh, Adun Jertih iaitu MB sebelum ini (2004). Penyokong Umno melalui kain rentang dengan berani, lantang dan celupar menyifatkan Sultan Terengganu sebagai "minatang". Kenapakah polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan pada Feb 2009?

Tindakan Shahidan Kasim memboikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis sesuatu yang mengaibkan. Bukankah ini derhaka namanya. kalau bukan derhaka, apa pula istilah lain? Begitu juga Tan Sri Rahim Tamby Chik pernah meminta supaya amalan panggilan "patik" yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan Raja-raja Melayu dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan "saya tuanku". - (Berita Harian 3 Februari 1993).

Naib Presiden Umno sekarang, Dato’ Seri Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno pernah mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. - (Berita Harian 11 Februari 1993).

Jadi apa yang nak dihairankan spesis daripada suku-sakat Umno ini. Siang begini, malam begitu. Asalkan kepentingan mereka terisi dengan apa jua tindakan yang mereka ambil.Inilah jenis Umno yang memerintah negara Malaysia sejak 54 tahun yang lalu. Berdasarkan motto mereka, "dulu - kini - dan selamanya" jika tidak diubah oleh rakyat, maka selama-lamanya Malaysia akan terus dirundung malang.   

Tiada ulasan: