KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 08, 2012

WWW 15: Liow ada tiga pilihan tetapi terus berdolak dalik apabila isu di Johor meledak


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan hari ini bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan berhubung tawaran mendapatkan nombor WWW 15. "Beliau boleh mendapatkannya secara percuma sesuai dengan kelayakan yang diberikan kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak JPJ atau membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan. Jika tidak berminat, beliau boleh menolak tawaran tersebut," kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini (7 Jun 2012), Solah berkata, JPJ telah menerima permohonan untuk mendapatkan nombor WWW 15 daripada Liow bagi kegunaan kenderaan rasmi. Katanya, ia dibuat melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir siri nombor pendaftaran WWW dibuka untuk bidaan.

"Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri WWW seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran WWW 15 ditawarkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan harga tertinggi iaitu RM24,200," tegasnya.

Solah turut menjelaskan bahawa JPJ memang akan memaparkan nama pembida berjaya kepada umum, selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran. "Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan," katanya.

Tiada ulasan: