KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 08, 2012

Beku PPTN di Selangor ibarat racun yang sedang "menyunyah" jantung Umno-BN


Akhirnya pemimpin Umno yang semakin bebal dan hilang punca sedar, tindakan membeku PTPTN kepada para pelajar Unisel telah menikam-nikam jasad Umno yang sudah lama nazak, lapor Sanggahtoksago.Com. Ia langsung tidak menaikkan imej Umno sebaliknya meletakkan para pemimpin parti itu dalam tong sampah yang jijik dan kotor.

Terbukti, Umno telah memukul gendang dengan tindakan jahatnya itu sebagai menandakan bermulanya perang habis-habisan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan anak-anak muda di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebagai tebusan.

Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin mengarahkan permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu Unisel dibekukan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yasin pula menyokong  tindakan jahat ini.  Datuk Seri Noh Omar yang menolong Najib tadbir Umno Selangor pula memberi kata dua-sama ada PKR mengaku silap isu pendidikan percuma atau pelajar menanggung sengsara.

Akibat bisa yang mencucuk-cukuk Umno, akhirnya Bn terpaksa menarik balik ugutan dan tikaman jahatnya terhadap pelajar Unisel dan Kerajaan Selangor. Serangan itu telah 'makan tuan' dan bakal meningkatkan kemarahan rakyat seluruh negara terhadap Umno-BN dan sekaligus menampakkan sifat samseng akar umbi kini menular di kalangan pemimpin utama Umno. 

Tindakan Umno-BN itu boleh dianggap sebagai suatu tragedi kepada pendidikan di negara ini kerana ia menjelaskan sikap pendendam pemimpin Umno, selain tidak menghormati konsep federalisme yang menjadi anutan negara. Khaled dan Muhyiddin wajar memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas perbuatannya yang jijik itu.

Tiada ulasan: