KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Jun 11, 2012

Anwar akan dedahkan akaun RM3 bilion dan sedia disiasat, bagaimana Muhyiddin?


Apakah Timbalan Perdana Menteri bernama Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia untuk disiasat sama? Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion, lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya Muhyiddin juga berbuat demikian. Ini semakin menarik dan adakah cabaran ini akan memerangkap Muhyiddin seperti mana kesilapan Datuk Seri Khaled Norden yang membekukan pinjaman PTPTN terhadap dua ITP milik Kerajaan Selangor minggu lalu? Muhyiddin dan Noh Omar juga tersungkur dengan penangan PTPTN itu...

Kata Anwar, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit. Kesediaan Anwar ini tentu "jaminan besar dan berani" beliau untuk disiasat mengikut apa yang didakwa TPM itu. Soalnya, adakan Muhyiddin juga sedia untuk disiasat?

Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya, 9 Jun lalu. Anwar mengulas gesaan Muhyiddin yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kira bersyarat juga lah ye ?

-Mat Gi