KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Disember 10, 2009

Che Johan cari publisti tangguk isu Tok Guru

BEBERAPA hari lalu, timbul satu kumpulan pendesak ad hoc yang dikenali dengan nama Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa telah mengepalai satu tunjuk perasaan mendesak Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur dan menarik balik doa kemusnahan.

Apa nama sekali pun kumpulan yang berhimpun ini, mereka adalah ada kalangan kuncu-kuncu Umno yang sedang mencari tempat dalam politik Kelantan.

Che Johan sendiri, yang suatu ketika pernah digembar-gemburkan di kalangan ahli-ahli Umno di Bahagian Pasir Mas mempunyai masalah dengan duit Yayasan Pasir Mas dan hubungannya yang tidak mesra dengan ketua bahagian, Hanafi Mamat.

Malahan, Che Johan sendiri khabarnya sedang berusaha menonjolkan diri bagi mencari tempat dalam politik di Pasir Mas. Malangnya, ketika dia sibuk-sibuk mengaturkan perhimpunan di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran Kota Darulnaim, masih ramai di Pasir Mas yang baru sahaja ditimpa musibah banjir, menanti kelibatnya untuk menghulurkan bantuan.

Bukankah Che Johan lebih diperlukan di Pasir Mas untuk menyelesaikan masalah penduduk yang ditimpa musibah dan bukan sibuk-sibuk mengaturkan satu perhimpunan yang membuang masa dan tenaga, selain wang ringgit untuk membuat desakan yang hanya sebagai satu usaha untuk mengampu kepimpinan di Kuala Lumpur?

Barangkali Che Johan bimbang, penyokong Umno di Pasir Mas tidak mengenalinya kerana ketika banjir melanda Pasir Mas, dia dikatakan berada di Kuala Lumpur tetapi apabila ada isu yang boleh melonjakkan namanya di persada politik Umno, dia tiba-tiba berada di Kota Bharu untuk mengetuai tunjuk perasaan.

Sebagai alat pemimpin Umno, Che Johan mungkin mahu mencari nama di tengah-tengah kemelut yang ada dan harapan Umno untuk melihat Tok Guru Nik Abdul Aziz berundur akan menjadi kenyataan jika ada orang-orang seperti Che Johan untuk menghantar memorandum kepada kepimpinan kerajaan negeri.

Umno Kelantan sebenarnya sudah hilang segala strategi, idea dan tenaga untuk berhadapan dengan PAS di Kelantan.

Akhirnya, Umno nampak hanya dengan menyerang Tok Guru Nik Abdul Aziz akan menyebabkan Tok Guru Nik Abdul Aziz berundur. Perkiraan Umno, jika bukan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang menerajui Pas dan Kerajaan Negeri Kelantan, PAS Kelantan akan lemah!

Itulah sebabnya, isu Ir. Abdul Ariffahmi Ab Rahman yang dilantik menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan diperbesarkan sebagai perlantikan bapa mertua dengan menantu – yang digelar sebagai isu kronisme.

Sedangkan, ketika DatO' Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar Perlis, beliau pernah melantik adiknya, DatO' Ismail Kassim menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar.

Begitu juga apabila berlaku kematian Ahli Parlimen Arau, Shahidan selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis menamakan Ismail sebagai calon BN di Arau.

Begitu juga Dato' Seri Mohamad Hasan pernah melantik abangnya, Dato' Azman Hasan menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan ketika Mohamad menjadi Pengerusi Badan Perhubungan negeri.

Dalam MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting pernah melantik abangnya, Dato' Seri Ong Ka Chuan sebagai Setiausaha Agung MCA, ketika Ka Ting menjadi Presiden.

Namun, Che Johan tidak pula mahu mengadakan tunjuk perasaan untuk membuat desakan supaya mereka yang mengamalkan krosnisme dalam Umno dan MCA supaya berundur.

Apakah Che Johan tidak nampak semua perkara ini atau, ia bukan berlaku di Kelantan menyebabkan Che Johan tidak mahu mencampurinya.

Media cetak arus perdana tidak begitu mengambil berat isu Shahidan, Mohamad dan Ka Ting tetapi ketika isu seperti ini berlaku di Kelantan, mereka seperti terpanggil untuk ke depan memberikan publisiti buruk tersebut.

Malahan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa sendiri sudah meminta dua buah akhbar arus perdana memohon maaf kepadanya kerana laporan yang dikatakan berniat jahat.

Ketika ini, selepas memorandum JRPK berjaya diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Haron, adakah Che Johan terus berada di kawasan Pasir Mas semula untuk membantu menyelesaikan masalah mangsa-mangsa banjir yang ramai itu?

Khabarnya, Umno Bahagian Pasir Mas sendiri mengeluh dengan agensi-agensi Kerajaan Pusat kerana bantuan banjir tahun lalu baru sahaja disampaikan kepada mangsa banjir, malahan, ada antara mangsa banjir itu sudah meninggal dunia.

Bukankah lebih baik, jika Che Johan mengadakan perhimpunan mendesak agensi Kerajaan Pusat supaya tidak mengulangi kelewatan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir, seperti bantuan tahun lalu yang hanya disampaikan tahun ini.

Keberanian yang ada pada diri Che Johan mungkin tidak sampai ke paras itu, kerana mendesak Kerajaan Pusat seolah-olah mendesak Perdana Menteri. Bila desakan dibuat kepada Perdana Menteri, habislah harapan Che Johan yang dikatakan bermasalah dengan Yayasan Pasir mahu disokong menjadi calon BN dalam pilihan raya akan datang.

Ditulis oleh IDRIS SAMAD

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Quality articles or reviews is the crucial to attract the
people to go to see the web page, that's what this web page is providing.

Here is my homepage - desperate to lose weight

Tanpa Nama berkata...

Unquestionably consider that that you said. Your favorite justification appeared
to be on the web the easiest thing to take into account of.
I say to you, I definitely get annoyed whilst folks think about issues that they plainly don't recognise about. You controlled to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side effect , folks can take a signal. Will probably be again to get more. Thank you

Feel free to visit my web page ... best online casino for us players reviews

Tanpa Nama berkata...

I think the admin of this web page is actually working hard in support of his web
page, as here every stuff is quality based data.



Also visit my web blog colorado river adventures complaints