KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Disember 10, 2009

KEMPEN: PAS Batu sasar 50 ekor lembu melalui SAMIK2010

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Batu mensasarkan 50 ekor lembu untuk sambutan Korban Perdana Aidiladha dengan memperkenalkan Skim Ansuran Mudah Korban 2010 atau 'SAMIK2010' kepada ahli-ahli dan orang ramai yang ingin melakukan ibadat tersebut pada tahun hadapan.

Menurut Bendaharinya, Haji Rosden Ahmad Yassin, skim ini akan bermula Januari depan dan dilancarkan pertengahan Disember ini oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob bagi membolehkan borang-borang penyertaan diedarkan kepada mereka yang berminat.

Tegasnya, PAS Kawasan Batu mensasarkan 50 ekor lembu untuk Korban Perdana 2010 nanti, setelah yakin respons ahli-ahli dan orang ramai begitu komited terhadap usaha yang dilakukan oleh parti itu pada Aidiladha yang baru lalu.

"Kami rasa terpanggil dan mahu jadikan ia acara tahunan. Untuk itu, tahun depan kami sasarkan 50 ekor lembu dikorbankan. Mungkin lebih. Itu ikut penyertaan dan sambutan terhadap SAMIK2010," ujar beliau kepada Sanggahtoksago.Com.

Rosden ditemui sejurus usai Himpunan PAS For All di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar Sabtu lalu, sempena pelancaran Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Batu.

Ia dilancarkan oleh Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berceramah sama AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Pada majlis itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kawasan Batu turut dilancarkan oleh Pengerusi KPP (India), En. Balasubramaniam. Turut hadir, Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Haji Ahmad Subky Abdul Latif.

Mengulas lanjut, Rosden berkata, skim ansuran mudah ini dicipta bagi membuka peluang yang lebih besar penyertaan ahli dan orang ramai dalam ibadah korban pada tahun depan. Untuk sebahagian lembu, PAS Batu menetapkan bayaran RM300 sahaja.

Program ini juga, tegasnya, akan menyenangkan peserta membuat bayaran ansuran mudah sebanyak RM30 sebulan untuk satu bahagian lembu bermula Januari depan, selama 10 bulan dan jumlah lengkap akan terkumpul RM300 pada Oktober 2010.

Bagai yang terlewat, boleh memulakan bayaran mudah ini mulai Februari berikutnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat dua kaedah bayaran selain SAMIK2010 iaitu secara tiga kali bayar atau sekaligus.

Untuk itu, ujarnya lagi, PAS kawasan hanya akan menerima seramai 350 peserta bagi mencapai sasaran 50 ekor lembu, jika terdapat penyertaan lebih, ia akan diputuskan kemudian.

Borang-borang penyertaan boleh diperolehi selepas 10 Disember ini tetapi mereka yang berminat boleh terus menghantar nama penuh, no telefon, alamat dan cara bayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada talian 019-2310109 untuk direkodkan.

Keterangan lanjut hubungi Yang Dipertua, Haji Ishak Surin (013-3291966) Timbalan Yang Dipertua, Haji Suhaimi Abd Rahman (019-3648805) Naib Yang Dipertua, Tarmizi Jan (019-2051419) Setiausaha, Haji Ismail Yahya (013-3847899) dan Bendahari, Haji Rosden Yassin (019-2310109).

Pada 29 November lalu, lebih 100 ahli PAS Kawasan Batu bertungkus-lumus menjayakan Korban Perdana sejak jam 8 pagi lagi. Empat ekor lembu ditumbangkan dan dagingnya diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin berdekatan.

Antara yang hadir, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Salbiah Abdul Wahab bersama beberapa Exco Muslimat Wilayah Persekutuan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Ishak Surin.

3 ulasan:

GOMO berkata...

salam..
lembu khalid apa cerita? ha ha ha

Bukti pendedahan ini di harapkan agar kita semua menilai akan apa sebenarnya yang Wee Choo Keong ini lakukan. MP PKR ini telah bertindak RACIST dengan menyerang peniaga Melayu manakala peniaga cina HARAM tidak langsung di sentuh oleh Wee Choo Keong ini.
http://www.papagomo.com/2009/12/bukti-dan-fakta-wee-choo-keong-seorang.html

yes berkata...

Kenapa terus menerus mengajar orang melayu berhutang, sekiranya harga telah di tetapkan, kenapa mereka sendiri tidak boleh mengetepikan tiga puloh ringgit sebulan untuk tujuan ini.

Tidak di nafikan , ada ramai orang melayu yang miskin, tetapi jika kita ka pasar pasar raya kita dapati ramai orang melayu yang berbelanja secara mewah. Pergi saja ka kedai Avon, yang ramai ialah orang melayu. Pergi saja ka jom heboh, perkara yang sama berlaku.

Rasanya untuk mengetepikan tiga puloh ringgit sebulan bukanlah perkara yang mustahil jika mereka mahu.

蚵仔麵線Jeff berkata...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社