KUALA LUMPUR: "Kita (umum) hanya mempertikaikan doa laknat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya tidak nampak pembohongan (khianat janji) Najib Tun Razak terhadap rakyat Kelantan," demikian tegas Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim turut mempersoalkan apakah tindakan Najib Tun Razak yang menggantikan royalti dengan wang ihsan itu betul dari segi syarak.
Katanya, jika tindakan Najib itu betul (menggantikan duit royalti dengan wang ihsan) maka doa laknat yang diminta oleh Menteri Besar Kelantan itu juga betul.
"Bila Najib tidak bayar royalti minyak, bermakna orang yang melanggar perjanjian itu adalah orang yang berbohong.
"Malangnya, pembohongan Najib itu pula, kita tidak tengok sebaliknya tengok doa laknat Tok Guru. Padahal doa laknat itu berikutan tindakan Najib yang enggan beri royalti," katanya ketika dihubungi.
Justeru katanya, orang akan melihat sebelah pihak sahaja iaitu Tuan Guru sebaliknya tidak menilai apa yang dilakukan oleh Najib terhadap rakyat Kelantan.
"Ayat Al-quran ada menyebut dan bermaksud "tidak ada permusuhan melainkan kepada orang yang zalim"," katanya.
Sebelum ini, Tuan Guru Nik Aziz mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.
Dalam pada itu, Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz memohon maaf berhubung hasratnya berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan beliau dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)
1 ulasan:
Apakah tindakan Pas Kelantan yang membiarkan Ariffahmi yang mengenepikan saranan Pas kelantan agar berhenti segera?
Apakah tindakan Pas Kelantan tentang Nik Aziz yang pentingkan kroni?
Apakah tindakan Pas Kelantan atas Nik Amelina yang bermulut celupar hingga memanaskan keadaan dalam Pas.
Janganlah ashik nak betulkan hal parti orang lain di masa yang sama parti sendiri haru biru.
Catat Ulasan