KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 19, 2012

Najib hanya berani berkokok di gelangang sendiri, menikus dalam politik baru

RESPONS SEMASA


Kegagalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak untuk menjawab cabaran berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim membuktikan dia hanya berani di gelanggang sendiri. Demikian disimpulkan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

"Cabaran Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Najib yang mengatakan negara ini akan bankrap masih tidak bersahut. Nampaknya pemimpin Umno hanya berani di gelanggang sendiri tanpa lawan, tetapi pengecut untuk berdebat secara ilmiah mengenai masa depan negara," kata beliau.

Anwar mencabar Najib berdebat tentang janji Pakatan Rakyat ekoran kenyataan Najib yang mempertikaikan janji itu. Sedangkan, bagi Anwar janji itu boleh dilaksanakan dan wajar sekali.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ketiga sudah selesai pada 14 Januari 2012 di Stadium Suka Menanti Alor Setar Kedah. Ia merupakan satu lonjakan kepada Pakatan untuk menghadapi PRU akan datang bagi menawan Putrajaya. 

Bagi beliau, usaha BN untuk melihat Pakatan berpecah gagal, malahan hubungan Pakatan Rakyat semakin akrab. Pemimpin BN semakin gerun melihat pencapaian empat kerajaan Pakatan yang terbukti dan teruji, katanya. 

"Ia bukan retorik tetapi mampu untuk melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara," katanya. Baginya, rakyat sudah mula berfikir jika Pakatan mampu mengurus negeri,  walaupun dengan kekangan kewangan maka sudah pasti Pakatan lebih mampu jika diberi mandat untuk memerintah di peringkat Pusat. 

Kerana hasil petroleum, bijih, getah, sawit, mutiara, balak, cukai, air, emas, pasir putih, batu semuanya akan dikendalikan dengan baik dan dikembali kepada rakyat untuk dinikmati. Lebih menggerunkan apabila  komitmen Pakatan dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari. 

Tujuannya ialah supaya rakyat tidak perlu  menunggu selama lima tahun untuk melihat perubahan yang akan dibawa di negara ini, katanya. Sebenarnya, kata Ustaz Idris, sebahagian besar 10 perkara  sudah dilaksanakan di negeri Pakatan sekarang. 

Contohnya pemberian RM500.00 setiap bulan kepada guru-guru telah dilaksanakan oleh Selangor kepada guru-guru KAFA daripada RM1000.000 kepada RM1300.00. Walaupun tidak RM500.00 sekurang-kurang sebagai permulaan. Kedua wifi percuma akan dilaksanakan di Selangor. 

Ketiga, memulangkan konsesi air kepada rakyat, perkara in sudah berjalan di Selangor. Ini membuktikan kemampuan Pakatan untuk menguruskan negara walaupun mempunyai kekangan kewangan.

"Pakatan sudah iltizam jika diberi mandat untuk memerintah negara, keesokan hari harga minyak akan diturunkan, dalam masa dua minggu tarif letrik akan diturunkan, dalam masa 100 hari tol akan dihapuskan," tegasnya.

Tiada ulasan: