KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 17, 2012

Pemuda PAS Selangor anggap rancangan Dr Hassan Ali jelajah dedah belang sebenar

RESPONS SEMASA


Tindakan Datuk Dr Hasan Ali yang merancang menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan "parasit" parti kini menunjukkan belang sebenar bekas exco kerajaan Selangor itu, kata Pemuda PAS negeri.

Timbalan Ketua Dewan itu Mohd Sany Hamzan berkata, sebagai orang yang pernah memegang jawatan tinggi dalam PAS, Hasan sepatutnya menerima keputusan dan mengikut prosedur dengan merayu atas pemecatannya.

"Tetapi beliau (Hasan) telah menunjukkan ‘belang' sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh ‘dikawal' oleh peraturan parti," katanya. Katanya, sekiranya benar wujud parasit dalam PAS, Dr Hasan sewajarnya membuat laporan kepada Presiden supaya tindakan dapat diambil dan bukan menjajanya di dada untuk meraih simpati.

Hasan semalam tetap enggan mendedahkan "parasit" dalam PAS yang didakwanya memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam. Katanya, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan. Baca lanjut DISINI.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kasihan Dr Hassan...semua orang ingat mereka di landasan kebenaran rupanya tertipu dengan bisikan halus syaitan...banyakkan bercakap tentang kebaikan orang..kita yang mengikut Islam ni, tunjukkan suri teladan yang baik...sedih Rasulullah dengan sikap umat Islam akhir zaman...

rakyat marhein yang cinta keamanan dan kasih sayang