RESPONS SEMASA
Pengerusi unit media baru Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti papagomo dan parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.
Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.
"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.
"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi. Katanya penulis blog tersebut merupakan penyokong Umno tetapi menyifatkan diri mereka sebagai penulis blog bebas.
"Ada di antara mereka yang sangat membenci saya... mereka tidak menyukai saya, mereka tidak mahu diarah, dinasihat atau dikawal," katanya yang turut menjadi sasaran penulis blog berkenaan.
Katanya, walau beliau mengenali penulis blog berkenaan secara peribadi, individu tersebut tidak mendedahkan identiti mereka di ruang maya. Walaupun dengan penetapan syarat tertentu, penulis blog dan 'Cybertrooper' itu juga mungkin mempunyai pendirian sendiri kerana "tidak ingin terikat dengan peraturan-peraturan tertentu."
Katanya, Unit Media Baru Pemuda Umno juga tidak menyokong serangan peribadi yang dilancarkan oleh kumpulan penulis blog berkenaan, seperti yang dilakukan ke atas exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong. Baca lanjut DISINI.
1 ulasan:
He he he,,
Sebenarnya sangat mudah.
Musuh kita sebenar bukanlah sesama saudara. tetapi IBLIS yg sentiasa menyuruh kita bersengketa. tidak ada cara lain selain meminta perlindungan dari ALLAH.
Catat Ulasan