KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 19, 2012

Skandal Zakat MAIWP: Jamil Khir kena seret Jabatan Audit ke mahkamah tentukan siapa pembohong tegar!

GEBANG KONTROVERSI

PAS mencabar Senator Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Dato' Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mengambil tindakan mahkamah terhadap Jabatan Audit Negara jika apa yang dilaporkan sebagai fitnah dan pembohongan terhadap mereka dalam isu penggunaan wang zakat.

"Persoalannya sekarang siapa  yang yang menipu? Jamil Khir atau Ketua Audit Negara?" soal AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Tegasnya, jika laporan Ketua Audit Negara yang betul maka amat malanglah negara yang mempunyai menteri yang berlatar belakang agama sebagai seorang pembohong.

"Tidak mungkin Laporan Audit silap, tidak betul atau menipu. Jika sekalipun, audit salah, oleh kerana ia memberi kesan buruk kepada imej Jamil Khir sebagai seorang agamawan, maka beliau berhak menyaman Tan Sri Amrin dan Jabatan Audit Negara bagi membuktikan beliau di pihak yang benar," tegasnya kepada Harakah.

Polimik penggunaan wang zakat masih tidak selesai, berikutan penafian Senator Dato' Seri Jamil Khir yang bertegas mengatakan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman. 

Menurut Ustaz Idris, Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir; Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain telah menggunakan wang zakat tersebut sebanyak RM63,650 bagi membiayai kos guaman dalam kes saman qazaf Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Bagimana pun, kata beliau, akhirnya duit zakat yang telah digunakan itu telah diganti pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun tahun itu, yang hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

Beliau merujuk kenyataan untuk membuktikan wang zakat digunakan berdasarkan maklumat berikut:

(1) Pada 21 Jun 2011 Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.

(2) Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

(3) Surat Dato' Azmi Khalid selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira kira Negara (PAC) yang melampirkan Laporan Audit Negara yang bertarikh 14 Disember 2011 kepada Dato' Saifuddin Nasution Ismail (Machang); Dato' Kamaruddin Jaafar (Tumpat); dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) satu lagi bukti wang zakat telah digunakan.

Merujuk kepada laporan Ketua Audit itu juga, pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

Ustaz Idris turut menyentuh tentang pelantikan peguam yang mewakili ketiga-tiga individu Dato' Zainul Rijal Abu Bakar menjadi Ahli Majlis MAIWP pada 25 Julai 2011. Che Mat selaku Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan Am pada 28 Januari 2010.   

Geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010. MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.

"Berlaku penyalahgunaan kuasa apabila yang meluluskan sejumlah wang zakat tersebut atas nama Setiausaha MAIWP kepada Pengarah Jawi untuk pembiayaan kos guamannya, sedang pemegang kedua-dua jawatan itu adalah orang yang sama iaitu Dato' Che Mat Che Ali," katanya.

Tiada ulasan: