RESPONS SEMASA
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Demikian ditegaskan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kasim dalam satu kenyataan.
Walaubagaimanapun, katanya Anwar berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Beliau berkata, undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.
“Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah. Justeru, beliau menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah itu kononnya atas nama perjuangan Islam.
Jelasnya, perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian. Menurutnya, seusai pembebasan Anwar dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong Umno terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Beberapa hari kebelakangan ini, ujarnya Anwar dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini. Katanya, fitnah yang dipintal media Umno seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Anwar ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation). Baca lanjut DISINI.

0 ulasan:
Catat Ulasan