KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 19, 2012

Kuin 5: Mahasiswa demo depan Pejabat Agung PAS bengang sikap membisu parti Islam itu

MUHASABAH DIRI


Kira-kira 20 pelajar mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS 18 Januari lalu sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS. Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.

"Sehingga hari ini, tidak ada pendirian rasmi dari PAS mahupun Pakatan Rakyat. Kami tuntut supaya mereka campurtangan," kata Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Mohd Safwan Anang. Sebelum ini, kami pernah berarak ke Ibu Pejabat Umno. Hari ini kita berhimpun di Ibu Pejabat PAS untuk menyatakan pendirian kami menentang Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti."

Turut bersetuju dengan kenyataan itu adalah Mohd Aiman Abd Razab - seorang daripada lima pelajar yang digantung pada Jun lalu. Katanya, ini adalah mengenai prinsip. Baca lanjut DISINI.

Tiada ulasan: