KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 21, 2012

Dato' A Samad Said dan Ambiga akan atur Bersih 3.0 jika BN gagal penuhi 8 tuntutan Bersih 2.0?

KOMENTAR MUKA BUKU


Yang membezakanya dengan orang lain ialah rambut putih yang panjang. Misai janggut yang lurus. Putih sama seperti rambutnya. Jiwa dan perasaannya juga berbeza dengan Sasterawan Negara yang lain. Perumpamaan Melayu "rambut sama hitam, hati lain-lain" cukup tidak secucuk untuk membicarakan tokoh berbadan kecil, berhati waja ini. 

Saya antara yang begitu teruja apabila ayahanda Sasterawan Negara, Dato' Dr A Samad Said dilantik oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2) secara rasminya sebagai Pengerusi Bersama gabungan itu.

Pengumuman dibuat Pengerusinya, Dato' S. Ambiga Sreenevasan pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini, 17 Januari lalu. Ia pilihan yang tepat kerana komitmennya terhadap nasib rakyat dan keinginan kuatnya untuk melihat demokrasi mekar di negara ini.

Itulah yang dibisikan oleh Pak Samad ke telinga saya sewaktu saya mengundang beliau membacakan puisi sempena Himpuan Bebaskan Anwar 901 di Markas PAS Pusat, Taman Melewar, 8 Januari lalu.

Walaupun umurnya sudah mencecah lebih 80 tahun, namun kesihatannya yang agak baik, memungkinkan untuk beliau memikul amanah itu. Pak Samad satu-satunya Sasterawan Negara yang rapat dengan rakyat dan orang bahawan.

Bagi saya yang mengikuti tulisan dan novel-novelnya sejak dibangku sekolah, dan kini berkesempatan bersahabat baik dengan beliau, tentulah ada persepsi tersendiri tentang gelagatnya sebagai seorang yang lemah lembut tetapi berani, tegas dan praktikal.

Ketika saya bergebang-gebang dengan beliau di Felda Sungai Tenggi tiga minggu yang lalu, bicaranya ialah tentang siasahwan dan sasterawan. Adakalanya, beliau bertindak sebagai siasahwan yakni orang politik, dan ada kalanya dia berfungsi selaku sasterawan.

Pak Samad turun ke Felda, untuk menghidupkan acara budayawan dan sasterawan anjuran Paksi Budayawan Rakyat (Paksi) kelolaan Dinsman, Kasim Mohamad dan lain-lain rakan termasuk Pak Shukur Haron.

Ketika diminta mengulas perlantikannya sebagai Pengerusi Bersama Bersih itu, Pak Samad menerimanya dengan kewajipan yang sangat besar untuk memastikan pilihan raya berjalan atas landasan demokrasi sebenar.

"Sepanjang ini saya cuma mengikuti dan menyokong (Bersih). Akhir-akhir ini saya rasa dapat beri sumbangan lebih kepada Bersih.

"Ini kewajipan sangat penting, membersihkan (pilihan raya) mengikut landas demokrasi. Jadi saya fikir sudah waktunya saya ikut beri sumbangan," katanya.

Pada himpunan bersejarah Bersih 2.0, yang berlangsung 9 Julai tahun lalu, Pak Samad dilihat memberi sumbangan besar menggerakkan rakyat untuk turun bersama pada himpunan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, sajak khas ciptaanya yang bertajuk "Unggun Bersih" turut menjadi pembakar semangat khususnya anak muda untuk turun menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, KL, ramai yang melihat beliau berjalan bersama orang-ramai "berkaki ayam" kerana entah kenapa, capalnya hilang atau ke mana. Waktu itu, Pak Samad baru kembali daripada Istana, untuk bertemu DYMM Yang DiPertua Agong, tetapi di halang dan dihalau oleh pihak polis.

Kecekalan Pak Samad dapat saya rasai. Jiwanya kental, api dalam dadanya cukup panas untuk membakar sebarang "kata-kata" hipokrit, nista dan palsu. Sebab itu, kehidupannya yang sederhana tidak terikut oleh rakan taulan, apatah lagi kawanan siasahwan dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Nota Gambar: Tarmizi Mohd Jam bersama Dato' Dr A Samad Said sewaktu Pelancaran "Matabaca" di Madrasah Tarbiyah Kg Banda Dalam, Kuala Lumpur. Bersama di atas ialah Dr Ibrahim Ghafar (kiri); Dinsman dan Ishak Surin (kanan).

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I delight in, result in I discovered exactly what I used to be having a look for.

You have ended my four day lengthy hunt! God Bless you man.
Have a nice day. Bye

Here is my web blog website

Tanpa Nama berkata...

This is very interesting, You are a very skilled blogger.
I've joined your feed and look forward to seeking more of your wonderful post. Also, I have shared your web site in my social networks!

Have a look at my web blog - website

Tanpa Nama berkata...

Hmm is anyone else encountering problems with the pictures on this
blog loading? I'm trying to find out if its a problem on my end or if it's the blog.
Any responses would be greatly appreciated.

Also visit my blog post :: propolis