KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 21, 2012

Tahniah rakanku Hata Wahari: Umno gagal menakutkan orang Melayu bahawa DAP itu "hantu"

RENUNGAN SABTU


Tahniah rakan saya, Hata Wahari kerana memilih DAP untuk meneruskan perjuangan membebaskan media di negara ini. Gandingan ini akan memantapkan lagi Pakatan Rakyat untuk membolos Putrajaya dalam PRU-13 nanti.

Hata adalah bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ). Namanya harum apabila menentang Utusan dan mendedahkan pembabitan Umno dalam menentukan pemberitaan akhbar harian itu. Dia digantung tugas dan kemudiannya disingkirkan.

Hata menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP. Apa yang paling penting, Hata telah membuktikan kepada dunia, bahawa DAP bukan HANTU seperti yang ditakut-takutkan oleh Umno selama ini.

Ikut kata Umno, DAP akan jadi Perdana Menteri jika Pakatan menang. DAP akan pinggirkan Melayu. DAP akan buang kakitangan kerajaan berbangsa Melayu dan macam-macam lagi mentera Umno untuk memberitahu rakyat bahawa DAP adalah HANTU yang patut dihalau segera.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata berharap bekas Presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.

Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.

Selain Sakmongkol yang merupakan  bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

Di saat PRU-13 makin dekat, DAP yang dikatakan HANTU menjadi tarikan orang Melayu termasuk bekas pemimpin Umno untuk duduk di dalamnya. Kenapa ada orang Melayu yang tak takut HANTU DAP itu?

Apakah Umno gagal menakutkan mereka atau Najib Tun Razak serta perkakas propagandanya perlu "belajar" daripada pengarah-pengarah filem tahyul dan seram yang berkeliaran di pasaran untuk lebih menimbulkan rasa takut kepada HANTU DAP ini?

Nota Gambar: Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bersama Tarmizi Mohd Jam seusai Rapat Rakyat Melondehkan Utusan di Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar tahun lalu.

2 ulasan:

zul berkata...

Kalau dah meroyan, dia jadi warganegara Israel pun aku tak pelik dah...

Tanpa Nama berkata...

yang meroyan umno. kata dap "hantu" tapi orang melayu dulu kendian masuk dap. apalah nasib umno ni...