Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Januari 16, 2012

Mursyidul Am PAS mahu kenangan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 lalu dipersegarkan

AMANAT PIMPINAN


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin bahawa kerjasama politik Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Meskipun di sebalik proses pilihan raya yang berjalan sekarang nampaknya paling tidak adil dan penuh dengan pelbagai spekulasi yang mendera dan menekan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Justeru, kenangan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 lalu perlu dipersegarkan, meskipun pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib telah menggunakan taktik melengah-lengah menerusi pengisytiharan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen ke arah penambahbaikan pilihan raya. Ia suatu usaha yang patut diragui keikhlasannya.

Ia tidak lebih daripada taktik mengalih perhatian umum supaya rakyat tidak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya dengan proses pilihan raya yang diamalkan selama ini. Apa yang jelas, ia suatu taktik supaya rakyat melupai lapan perkara tuntutan Bersih 2.0!

Maka, sukacita saya rakamkan balik apa yang pernah saya nyatakan sebelum ini iaitu, "tidak ada maknanya pilihan raya diadakan tanpa mengambil kira usaha-usaha pembaharuan pilihan raya, malah mengkebelakangkan lapan tuntutan yang dibangkitkan rakyat… pilihan raya bersih hanya akan terjelma melalui kertas undi. Maka kalau pilihan raya diadakan dalam keadaan undang-undang dan peraturan yang ada, ia masih menghasilkan pilihan raya yang kotor." - Baca lanjut DISINI.

0 ulasan: