MAHASISWA MENGGUGAT
Anak muda melontarkan peringatan keras kepada Pakatan Rakyat supaya memberikan tumpuan kepada suara anak muda sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir Putrajaya dalam PRU-13.
Wakil anak muda, yang juga Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat berkata, anak muda kini tidak lagi mahu mendengar laungan retorik semata-mata dalam usaha menarik perhatian anak muda terutama mahasiswa.
Katanya, kebebasan mahasisiwa dan professional akademik perlu diutamakan memandangkan banyak campur tangan dalam pentadbiran universiti sehingga mengenepikan golongan yang layak.
"Mereka bekerja tidak seronok sebab sekatan oleh kerajaan. Idea dan pandangan hanya untuk mengejar ranking universiti tanpa ruang untuk mereka menyumbang. Terhadap mahasisiwa pula sebagai contoh, apa guna belajar sains politik sekiranya ditangkap seperti kes UKM-4," katanya.
Akram menambah, soal kestabilan politik, monopoli kekayaan dan jurang kekayaan yang luas menjadi punca utama mengapa ramai golongan profesional lebih gemar untuk menabur khidmat di luar negara. Selain itu, Pakatan juga perlu mencari mekanisme penyelesaian yang mampan dalam usaha membantu mahasiswa yang dibebankan dengan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).
"Kita menyeru Pakatan jangan menyedari mahasiswa terbeban sahaja. Sehingga kini belum ada yang mengemukakan idea bagaimana menyelesaikan beban hutang. Mahasisiwa dikejar tuntutan hutang sehingga dalam selimut. Layanan terhadap mahasiswa lebih buruk daripada banduan di penjara. Selesaikan persoalan PTPTN," katanya.
Akram turut mendesak agar Pakatan Rakyat memandang serius isu Akta Undang-Undang Kolej dan Universiti (Auku) yang sehingga kini masih belum diselesaikan selain menyediakan platform besar untuk anak muda menyalurkan pandangan mereka dalam usaha memantapkan negara
"Kita mahu Auku dimansuhkan, bukan dipinda. Ada suara anak muda untuk mereka sumbangkan kepada kerajaan. Kalau perlu ada suara di parlimen masukkan ke parlimen," katanya sambil menyifatkan kehadiran beliau di Konvensyen Pakatan berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti.
"Saya tetap memberanikan diri dan mengambil risiko ini disebabkan tidak ada ruang untuk kami anak muda dan mahasiswa untuk meluahkan hasrat kami. Saya juga berharap Umno juga akan memberi ruang dan menjemput kami untuk memperjuangkan kehendak kami yang mahukan sesuatu hak dan kebebasan sebagai seorang anak muda dan mahasiswa," kata Akram.
2 ulasan:
Do you individuals have a facebook fan page?
I regarded for one on twitter but could not uncover one,
I would love to grow to be a fan!
my weblog - having trouble getting pregnant with second Baby
I've been surfing online greater than 3 hours today, yet I never found any attention-grabbing article like yours. It's beautiful price sufficient for me.
In my view, if all web owners and bloggers made good content as you did, the net might be much more helpful than ever before.
My blog - piney river adventures colorado
Catat Ulasan