KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 20, 2012

Mahasiswa akan tolak MB Kedah jika berkeras mahukan AUKU dan "ego" dengan keputusan itu

MUHASABAH DIRI


Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan  penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - institut pengajian di bawah kerajaan negeri.

Malah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan (kanan) yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai 'ego' dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.

"Sepatutnya (Datuk Seri) Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budibicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana," katanya Mohd Syahid. MPMN adalah gabungan majlis perwakilan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di negera ini.

Mohd Syahid mengulas kenyataan Azizan yang dilapor menegaskan AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan. Menurut Azizan, penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU dan pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada. Baca lanjut DISINI.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alah.. mahasiswa.. rata2 tak cukop umoq gii... duk melalak ramai laa duk ngundi lum tahu gii..

Dahan Jati berkata...

Mahasiswa baik belajag dulu sungguh sungguh, bagi dapat first class, lepas tu baru masuk politik dan tentang AUKU tu, meruntuhkan memang mudah, nak membangunkan semula sangatlah susah. Tp. seronok juga buat demonstasi ni, baru org. respek sikit....