KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 16, 2012

Meredakan kebimbangan akhbar Cina terhadap dasar-dasar Islam yang diperjuangkan PAS

TANGGAPAN ISU


Baru-baru ini tersiar artikel tentang perlaksanaan undang-undang Islam dalam Nanyang Siang Pau bertarikh 27, 28 dan 29 Disember 2011. Tidak keterlaluan kalau dikatakan artikel bersiri itu dalam beberapa hal tidak mewakili pandangan Islam sebenarnya tentang perlaksanaan Hudud apatah lagi imej yang dipaparkan boleh menimbulkan pertikaian tentang motifnya dan hubungkaitnya dengan keadilan Islam.  

Terganggu dengan artikel ini, Dr Mujahid Yusuf selaku Pengerusi lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, berasa terpanggil untuk menjelaskan keadaan, apatah lagi isu ini berkait rapat dengan perjuangan PAS.  

Beliau khuatir salah tafsir dan paparan akan memantulkan imej negatif tentang Islam dan apa yang PAS lakukan dalam konteks Islam yang lebih dinamik dan progresif serta demokratik.

Dalam pertemuan 5 Januari tempoh hari, beliau bersama Pesuruhjaya PAS N Sembilan, Mohd Taufik Abdul Ghani dari telah membuat kunjungan muhibbah ke pejabat Nanyang Siang Pau dan telah membuka saluran dialog dengan harapan berbagai kekeliruan dan fobia negara Islam=Hudud dapat diatasi bersama.  
Pertemuan itu penting dan membawa petunjuk kepada hubungan PAS dan akhbar Cina dalam bentuk penglibatan positif yang selama ini terpisah atas sebab-sebab bahasa dan budaya.

Amat menarik untuk diamati bahawa bahasa dan budaya turut memainkan peranan dalam memahami bagaimana Islam dan isu-isunya digambarkan dalam alam lingua bahasa Mandarin. Karakter tulisan yang digunakan dan istilah yang cuba diterjemahkan kadang-kadang boleh membawa makna yang berlainan.  

Sebab itulah akses PAS dan akhbar Cina hari ini amat penting untuk PAS memahamkan kepada komuniti editorial mereka supaya memahami istilah Islam dan yang berkaitan dengannya dari ruh asal bahasanya dan bukan dari ruh bahasa yang menterjemahkannya.  

Dr Mujahid akur bahawa tidak semua bahasa dapat menterjemahkan secara tepatnya sesuatu istilah tetapi mungkin dengan hubungan baru ini editorial akhbar Cina dapat memunggah lagi khazanah bahasa Mandarin dan menggali istilah yang lebih dinamik dalam memahamkan pembacanya tentang Islam dan secara tidak langsung membentuk frasa dan perbendaharaan kata yang unik dalam konteks Malaysia yang Islam merupakan raison detere yang diterima oleh semua rakyat Malaysia hari ini. Lihat lanjut DISINI.

Tiada ulasan: