KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 20, 2012

Bila Umno berkuasa: Penyelewengan duit zakat boleh ditutup dengan 'bayar balik'

CATATAN SAFAR JUMAAT



Menjadi pemimpin (baca: Menteri), seseorang itu bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu dilihat bersih. Dalam konteks ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang memilih untuk menerima perlantikan menjadi anggota kabinet pimpinan Perdana Menteri, Dat' Seri Mohd Najib Tun Razak, sepatutnya tahu kehidupan "baru" yang dipilihnya ini.

Tiada siapa tahu apakah Jamil Khir ini menjadi ahli Umno atau tidak, tetapi apabila dia dilantik menjadi Menteri Di JPM oleh Najib, bekas pegawai tentera ini sepatutnya sempat melihat sejarah kerusi yang disandangnya itu adalah kerusi panas yang akhirnya menjunamkan seseorang ke dalam longkang!

Pernah berlaku, dakwaan mengaitkan menteri di kedudukan Jamil Khir ini didakwa terlibat dengan penyelewengan dalam pembangunan tanah milik Lembaga Tabung Haji. 

Hingga kini, Tabung Haji dikatakan terpaksa membayar sewa bangunan pejabatnya sedangkan tanah yang didirikan bangunan itu adalah milik Tabung Haji. Mungkin kisah ini sudah dilupakan tetapi beberapa orang menteri yang sejawatan dengan Jamil Khir semuanya pergi seperti kata pepatah "mati tak berkubur". 

Tiada siapa mengenang pemergian mereka dari kerusi menteri, lantas daki yang mereka tinggalkan, kini nampaknya melekat di tubuh badan Jamil Khir.

Laporan Audit yang mengatakan sejumlah RM63,650 digunakan untuk mendahulukan bayaran kos guaman adalah wang zakat, cukup menyedihkan. Kos guaman zakat bukan termasuk dalam asnaf yang dibenarkan untuk mendapat hak dari wang zakat. 

Jamil Khir dan mereka yang sibuk mempertahankan isu ini, usah berlagak pandai. Penggunaan wang ini adalah salah. Bila salah, ia tetap salah walaupun kini ia sudah dibayar semula selepas menerima geran kerajaan.   Amatlah malang jika Jamil Khir yang sering muncul di kaca tv sebelum menjadi menteri kerana menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam tidak dapat membezakan penyalahgunaan wang zakat dengan isu sudah diganti balik.

Sejarah Umno membuktikan, mereka yang duduk di kerusi menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama ini digelar sebagai "menteri nikah kahwin". Dalam filem Musang Berjanggut lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, menteri yang terkurung dalam tong dan digelar musang berjanggut ialah Menteri Nikah Kahwin.

Buat pertama kali dalam sejarah Umno, seorang menteri yang dihantar balik ke negeri dan hanya dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri adalah dari kalangan Menteri Nikah Kahwin. Ini menunjukkan pemimpin Umno yang juga Perdana Menteri tidak mempunyai cukup kepercayaan kepada seorang menteri yang dilantik menjaga hal ehwal agama Islam di negara ini.

Boleh dikatakan, mereka yang dilantik menjadi Menteri Di JPM, yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam dilantik dari kalangan Senator. Maknanya, tiada seorang pun di kalangan ketua Umno bahagian dalam Umno yang bertanding dalam pilihan raya, apabila menang, dilantik menjadi menteri menjaga hal ehwal agama kecuali seketika, Tun Abdullah Ahmad Badawi melantik Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di tempat itu.

Apakah Umno tidak pernah mempunyai pemimpin yang berlatar belakangkan agama? Atau, Umno memang tidak mempunyai kepercayaan kepada mereka yang berkelulusan bidang agama menjadi ketua bahagian dan dipilih bertanding dalam pilihan raya di peringkat Parlimen?

Ada Menteri Di JPM ketika berkhutbah di Masjid Negara, diboo para jemaah kerana menggunakan mimbar untuk bercakap isu politik ketika itu. Semua ini berlaku ke atas seseorang yang memegang jawatan Menteri Di JPM yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam.

Hari ini, timbul cerita Jamil Khir buat rumah besar dan sudah dinafikannya. Timbul juga cerita duit zakat digunakan untuk mencetak buku-buku untuk tujuan mempertahankan satu-satu pihak yang lebih kepada propaganda Umno.

Apa yang menarik, Jamil Khir sebagai Menteri Di JPM tentunya bercita-cita bertanding dalam pilihan raya. Kebetulan dia adalah orang Kedah dan banyak juga program yang disusunnya di kawasan kelahirannya, Yan.Timbalan Menteri Di JPM, yang bekerja di bawah Jamil Khir ialah Dato' Dr Mashitah Ibrahim juga orang Kedah dan pernah menjadi Ahli Parlimen Baling. 

Kedua-dua menteri dan timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam ini adalah Senator. Jika mereka terpilih bertanding, dari segi sejarah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, belum tentu mereka akan dilantik semula ke jawatan yang sama walaupun mereka menang pilihan raya.

Ada seorang Menteri Di JPM apabila diberi peluang bertanding di Parlimen Parit Buntar, ditakdirkan menang, dia hanya dilantik menjadi Pengerusi MARA. Ada seorang Menteri Di JPM, diberi peluang bertanding di Parlimen Besut, bila menang, dia hanya dilantik menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri.

Jadi, janganlah sesiapa terkejut andai  Jamil Khir, jika diletak bertanding di Parlimen Yan, jika menang sekali pun tidak dilantik untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya sebelum pilihan raya. Dr Mashitah Ibrahim sendiri pernah menang bertanding di Parlimen Baling dan kemudian dilantik menjadi Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, kemudiannya digugurkan dari menjadi calon tetapi selepas pilihan raya dilantik menjadi Timbalan Menteri Di JPM melalui tiket Senator.

Atas catatan sejarah Umno ini, ramai yang melihat Jamil Khir seolah-olah mahu "memungah" apa yang ada sebelum dia mengulangi nasib senior-seniornya, terpilih bertanding tetapi belum tentu menang. Dan jika menang pun, belum tentu dapat semula kerusi yang sedang disandangnya sekarang.

Itulah sebabnya, sebagai bekas seorang pegawai tentera, Jamil Khir harus lebih berdisiplin. Jangan dia jadi seperti orang Umno yang lain, bila dapat kerusi menteri, menerima derma RM100,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi untuk melaksanakan program di kawasan sendiri.

Jamil Khir yang membenarkan dirinya dilihat sebagai salah seorang yang tidak bersih dan tidak berdisiplin walaupun datang dari latar belakang pasukan beruniform. Jika Jamil Khir dilihat lebih teruk dari mereka yang berlatar belakangkan parti politik, akhirnya timbul persepsi bahawa menteri yang ada ini memang sering terlibat dengan penyelewengan.

Bolehkah sesiapa yang mencuri terlepas dari dakwaan dan hukuman jika dia memulangkan semula barang yang dicurinya?

Bolehkah sesiapa yang telah menyalah gunakan wang pejabat, mengembalikannya semula apabila penyalagunaannya itu terdedah?

Bolehkah sesiapa yang terlibat dalam politik wang ketika pemilihan Umno, dimaafkan apabila mereka mengutip semula wang yang sudah diberikan kepada perwakilan sebagai tanda dia sudah insaf, dilepaskan dari tindakan disiplin dan hukuman?

Umno sedang memperlihatkan satu aksi yang cukup meloyakan dan penyelewengan nampaknya boleh ditutup dengan "bayar balik" setelah ditimbulkan dalam Laporan Audit Negara.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nice poѕt. I was сhecκіng continuously this blog and I am impressed!
Very useful informatіon particularly the laѕt
paгt :) I care for such info a lot. I was sееkіng this particular info for a
very long tіme. Тhank you and good luck.

Ϲhecκ out my page :: payday loans no credit check

Tanpa Nama berkata...

Јuѕt ωant tо say your artіcle is
as аmazing. The claritу in youг post іs just excеllent and i could assume you're an expert on this subject. Well with your permission allow me to grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please continue the enjoyable work.

My blog post - short term loans bad credit - lewissloans.co.uk

Tanpa Nama berkata...

Wе аrе а grouρ οf volunteers аnd opеning a new
schеmе in our community. Υour ѕite offeгеԁ us with valuable
informаtiоn to ωork on. You have done an impressiѵe јοb аnd ouг
whοle сommunity will be thankful to уou.



Mу web blog ... Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Thanκ уou for еvеry other informativе web site.
Whеre else may I get that tурe of info written in such a pегfect manneг?
I have a mission that I'm just now operating on, and I've been аt the
loοk out for such info.

Fеel frеe to surf to mу ρagе:
cash advance

Tanpa Nama berkata...

Thanks designed for shaгing such a gοod idea, pieсe οf wrіting is pleasant,
thats why i have read it completely

Also vіsіt my web ѕite - fast payday loans

Tanpa Nama berkata...

Great itemѕ from уou, man. I have taκe into account your stuff
ρгior to аnԁ yοu're simply too great. I actually like what you've obtained hеre, really likе what you агe
stating and the best way by ωhich you arе
ѕaying іt. You are making it entertаining anԁ you сοntіnue to carе for to keep it sensible.
Ι cant wait to leaгn much more from you. This
is аctually a wondеrful website.

Feel free to surf to my blog ρoѕt :: payday loans