KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 12, 2012

Jejak PRU-13 dan impak "hitam" membungkus Najib

>> CATATAN JALAN DUTA


DENGAN perkembangan terkini, tidak mungkin Perdana Menteri, Najib Tun Razak membubarkan Parlimen Mac ini, seperti yang diyakini pelbagai pihak. Keputusan Mahkamah Tinggi mendapati Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak bersalah tentunya memberi impak buruk kepada Umno-BN. 

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin menegaskan, kedua-dua bukti DNA dan oral-lisan tidak boleh sabit kesalahan, memandangkan beliau gagal mendapat kepastian sepenuhnya, bahawa bukti itu tidak diusik.

Signal yang cuba disampaikan oleh badan-badan NGO pro-Umno, dengan memburuk-burukkan Kempen "Bebaskan Anwar 901" yang diwarnai dengan ratusan laporan polis, desakan dan asakan, manipulasi khutbah Jumaat dan lain-lain, dilihat gagal menyebelahi Najib.

Jika PRU-13 diadakan Mac ini, terdapat kemungkinan segala "wang" yang dicairkan dalam pelbagai bentuk bantuan "one off" sudah tidak mujarab lagi, apabila Anwar didapati tidak bersalah dan bebas.

Najib perlukan talian hayat lain, baharu dan meyakinkan untuk beliau membubarkan Parlimen. Tempoh masa yang agak renggang dari pembebasan Anwar cukup diperlukan, bagi membolehkan Umno-BN memugar semula pengaruh di kalangan orang-orang Melayu. 

Jika diperhatikan, mereka yang hadir ke tempat letak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah itu, selain daripada anak-anak muda yang bersemangat, orang-orang Melayu dilihat mendominasikan kebangkitan kali ini, sama seperti Bersih 2.0.

Tentunya perkembangan ini amat jijik untuk Najib menentukan masa depan "kerajaan" Umno-BN dengan memperjudikan tarikh PRU-13 pada Mac ini. 

Ada banyak tarikh dan masa yang patut dipertimbangkan oleh Najib, untuk membubarkan Parlimen dan merekayasa isu-isu baharu yang boleh memunahkan imej Pakatan Rakyat.

Pemecatan Hassan Ali oleh PAS, sama seperti tiada makna apa-apa terhadap bantuan "one off" RM500 pada masa ini, setelah imej Anwar dipulihkan dengan keputusan yang di luar jangka sesiapa pun. 

Topik sekarang ialah Anwar, bukan Hassan Ali atau bantuan "one off".

Keputusan Anwar tidak bersalah sebenarnya satu kemenangan rakyat dan Najib sedar seandainya Anwar disumbat ke penjara, maka beliau terpaksa berdepan dengan gelombang reformasi kedua.

Tetapi, jika diperhatikan, sekalipun Anwar disumbat ke penjara, gelombang reformasi kedua itu makin jadi tumpuan, sukar ditepis dan sedang menular. Mahu tidak mahu, barangkali, inilah keputusan pihak Polis membenarkan himpunan aman diadakan.

Meskipun kerajaan Umno-BN boleh mendakwa dirinya tidak memanipulasikan sistem kehakiman, tetapi pendakwaan Anwar telah menonjolkan satu realiti yang lebih penting, iaitu kerajaan mempunyai kawalan sepenuhnya dalam jentera pendakwaan.

Ini amat mudah difahami, dan rasanya rakyat sudah mangli memahami ikatan ini. Ada banyak kes dan sandiwara yang membuktikan perkara ini.

Isunya sekarang, apakah rayuan akan dibuat oleh pendakwa jika terdapat desakan keras daripada pihak tertentu? Beranikah Najib melihat impak buruknya mengena diri dan kerajaan Umno-BN setelah melihat dokongan rakat terhadap Anwar pagi 9 Januari lalu?

Namun, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetap berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk memberikan pembelaan adil untuk dirinya.

Saiful ada hak untuk mendapat pembelaan yang adil sehingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman, namun "keputusan" boleh sahaja diterbalikkan, jika ada "tangan-tangan ghaib" yang merasakan makin sesak nafas dengan pembebasan Anwar itu.

Kes Liwat II ini dilihat dengan jelas sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar. Setelah gagal dengan kes ini, maka sudah tentulah akan dicuba dengan rekayasa yang lain, untuk mencapai matlamat agar Anwar dipenjarakan.

Dan rakyat jangan lupa, video lucah yang sebelum ini dipalitkan ke atas Anwar Ibrahim, mungkin akan digunakan untuk mengheret Anwar ke mahkamah lagi...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ρrettу great ρost. Ӏ just stumbled uрon уоur blοg аnd ωаnted tо mеntion that I have truly enjoyed broωsing
yоur weblоg poѕts. Αfter all І will
be ѕubѕсгibing in your feed and I'm hoping you write again very soon!

Also visit my blog payday loans

Tanpa Nama berkata...

Niсe blog here! Alsο yοur site loads up fast!
What ωeb host are you using? Can I get
youг аffіliаte linκ to уour
hoѕt? Ι ωish my wеbsіte loadeԁ up as fast as yours lοl

Take а lοοk at my blog;
short term cash loans - lewissloans.co.uk

Tanpa Nama berkata...

I'm not sure where you're getting уοur information, but good topiс.
Ӏ needs to spenԁ sοme time learnіng morе or understanding morе.
Thanks for magnificеnt іnfo I
wаs lооκing fοr this іnfo for my mission.


Also visit my ωebрage: Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Mу brother suggеsteԁ I
might like this blog. He wаs еntirely гіght.
Thiѕ pοst actually made my day. Yοu сann't imagine simply how much time I had spent for this info! Thanks!

my web blog - New Bingo Sites

jeje berkata...

jinyi925
ralph lauren polo
adidas yeezy
coach outlet
golden goose
canada goose outlet
champion sportswear
christian louboutin outlet
canada goose outlet
louboutin shoes
moncler jacket