By IBRAHIM YAHYA
SAYA meramalkan media baru termasuk blog persendirian atau news portal seperti Malaysiakini, MalaysiaToday, AgendaDaily dan KL Pos, akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya umum.
Ia bukan ramalan nujum tetapi pandangan ikhlas seorang wartawan.
Namun, ketika itu tiada pihak mengambil endah atau memperkecil-kecilkan peranan media baru itu dan akhirnya, kita pun tahu keputusan PRU12 yang menyaksikan lima negeri kini diperintah oleh PAS, PKR dan DAP.
Malah saya juga menyatakan bahawa rakyat akan melakukan sesuatu pada PRU12 seperti kenyataan ini:
Jika ditanya golongan yang suka membaca blog atau "blog hopper" (bukan grasshopper), terutama yang mengikuti komen diberikan pembaca blog, sudah pasti mereka merasakan bahawa rakyat negara ini akan "membuat sesuatu" pada pilihanraya kali ini.
Apatah lagi dengan pelbagai isu yang diutarakan seperti kenaikan harga barang dan perkembangan politik semasa di negara ini.
Namun, ketika itu tiada pihak mengambil endah atau memperkecil-kecilkan peranan media baru itu dan akhirnya, kita pun tahu keputusan PRU12 yang menyaksikan lima negeri kini diperintah oleh PAS, PKR dan DAP.
Ada yang memberi alasan bahawa mereka yang membaca internet hanyalah di kawasan tertentu saja bukanlah di seluruh negara.
Mengapa pula kesan media baru kepada keputusan PRU12 membabitkan seluruh negara?
Jawapannya ialah tindakan pihak tertentu, yang sama ada mereka mencetak bahan dalam internet dan menyebarkan kepada rakan-rakan ataupun mereka memberitahu secara lisan kepada keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.
Gerakan membawa penduduk yang tinggal di Lembah Kelang ke negeri tertentu juga menguntungkan parti "pembangkang".
Terpulanglah Umno untuk memperbetulkan keadaan. Buatlah sesuatu. Dulu ada juga dikatakan usaha mewujudkan "cybertroppers". Kini, apa pula. "Pegawai penerangan siber" atau "Penjawab Siber" atau bagilah nama yang sesuai lagi.
Ini kerana anak-anak yang bekerja di Lembah Kelang itu akan "menyebarkan" apa yang dibaca dan didengar kepada ibu bapa dan keluarga yang keluar pengundi pada 8 Mac lalu.
Mereka sudah pasti terpengaruh apa yang diberitahu oleh kaum keluarga, sanak saudara atau rakan taulan.
Jangan lupa juga peranan pensyarah di institusi pengajian tinggi swasta dan awam. Mereka ini juga boleh "membuat sesuatu" untuk mempengaruhi anak murid.
Apatah lagi bonus yang ditunggu tidak kunjung tiba. Maka mereka bakar kelambulah.
Oleh itu, sudah sampai masanya Umno mengambil pendekatan yang sistematik untuk memberi perhatian penuh kepada media baru ini mulai sekarang sehingga hari kiamat.
Reaksi positif Menteri Kabinet juga akan membantu mengubah tanggapan bahawa media baru mampu membawa perubahan. Setidak-tidaknya menggerakkan rakyat - otak, hati dan perasaaan mereka.
Seperti yang dinyatakan dulu bahawa kini bukan masanya untuk memperkatakan sama ada sesuatu perkara itu benar atau tidak. Yang penting ialah kepercayaan pembacanya terhadap bahan yang dihamburkan.
Terpulanglah Umno untuk memperbetulkan keadaan. Buatlah sesuatu. Dulu ada juga dikatakan usaha mewujudkan "cybertroppers".
Kini, apa pula. "Pegawai penerangan siber" atau "Penjawab Siber" atau bagilah nama yang sesuai lagi.
Jangan biarkan nasi yang akan dimasak pada masa akan datang menjadi bubur. Tapi ada sesetengah orang suka bubur.
Bagi mereka, bubur pun sedap juga, jika dimasukkan ikan bilis, telur masin dan kacang. Sesuai untuk orang tiada gigi. - KLpost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan