KEMPEN sekumpulan pemimpin akar umbi Umno untuk mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur akan dipertingkatkan ke tahap lebih besar ke seluruh negara.
Di program 'Fikir-fikirkan Bersama Tun Dr Mahathir', Umi Hafilda Ali, seorang pengikut setia Dr Mahathir, mencadangkan perhimpunan 100,000 ahli Umno dianjurkan di pusat pentadbiran itu bagi mendesak reformasi dalam parti itu susulan kemerosotan pengaruhnya dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Selain majlis penerangan di negeri-negeri, kumpulan itu tidak menolak kemungkinan berkumpul beramai-ramai di Putrajaya untuk mencapai matlamatnya, kata ketua cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman kepada Malaysiakini hari ini.
Tokoh veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid dijangka bersedia membuka gelanggang kempen di peringkat negeri.
Sementara rakaman ucapan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di Ampang, Selangor semalam akan diedarkan secara meluas.
Di program 'Fikir-fikirkan Bersama Tun Dr Mahathir', Umi Hafilda Ali, seorang pengikut setia Dr Mahathir, mencadangkan perhimpunan 100,000 ahli Umno dianjurkan di pusat pentadbiran itu bagi mendesak reformasi dalam parti itu susulan kemerosotan pengaruhnya dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Dr Mahathir sendiri tidak menolak cadangan itu jika mendapat keizinan polis dan kebersihan Putrajaya terjamin.
"Kita nak minta diadakan rapat umum supaya kita boleh bercakap sikit," tambahnya semalam.
"(Abdullah mendakwa) semua orang menyokong dia, kenapa dia takut?"
Syed Saifuddin berkata, beberapa cadangan dikemukakan kepadanya semalam selepas pertemuan itu dan mereka masih di peringkat perancangan awal.
"Semakin banyak kumpulan menyokong rayuan agar Pak Lah menimbangkan untuk melepaskan jawatan.
"Kami merayu, kami tidak memaksa, Pak Lah meletakkan jawatan demi masa depan Umno," katanya dalam satu wawancara.
Dr Mahathir sendiri tidak menolak cadangan itu jika mendapat keizinan polis dan kebersihan Putrajaya terjamin. "Kita nak minta diadakan rapat umum supaya kita boleh bercakap sikit," tambahnya semalam.
Beliau, yang terlibat menganjurkan majlis di hotel De Palma pagi semalam, berkata beberapa bahagian di Wilayah Persekutuan, Kedah dan Selangor bersedia menganjurkan majlis penerangan seumpamanya.
Bagaimanapun, jelas Syed Saifuddin lagi, Dr Mahathir belum menyatakan kesediaannya untuk turut serta, setakat ini.
Sanusi, yang menyampaikan ucapan mengkritik Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin di program semalam, dijangka berucap di Kedah.
Beliau dan Datuk Fuad Hassan, bekas exco negeri Selangor, yang hadir di majlis Dr Mahathir semalam sudah didekati tetapi butiran lengkap program-program itu masih belum muktamad.
Gerakan menolak kepemimpinan Abdullah ini dirancang hampir serentak dengan langkah Umno membuat penjelasan ke negeri-negeri yang akan bermula esok.
Malah program Dr Mahathir semalam bertepatan dengan majlis penjelasan Abdullah tentang kekalahan Umno kepada jentera penerangan parti di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun ada pihak melihat siri majlis penerangan Umno ini dijangka bertujuan mengukuhkan kedudukan Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menjelang mesyuarat perwakilan peringkat cawangan pada 17 Julai hingga 24 Ogos.
Mesyuarat peringkat bahagian pula pada 9 Ogos hingga 9 November depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan