KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, April 05, 2008

Abu Hassan INGATKAN BN Jangan SEKAT BLOG dan BLOGGERS Berbicara!

By TARMIZI MOHD JAM

WALAUPUN saya antara pelajar yang kurang senang dengan Dr. Abu Hassan Hasbullah waktu itu, tetapi saya tidak dapat membungkus rasa kagum penyampaiannya serta keletah bicaranya di mana-mana.

Sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Abu Hassan yang sebaya saya, adalah seorang yang tegas dan "celupar" bila berdepan dengan pelajarnya termasuklah saya.

Itu adalah sikapnya. Dia berani dan berketrampilan. Dia tenaga pengajar kami untuk subjek Retorik, salah satu pendedahan dalam Pengajian Media, di Universiti Malaya hingga kini.

Dua hari lalu, Abu Hassan mengingatkan kerajaan agar tidak mengenakan sekatan ke atas blog tetapi perlu bersikap terbuka terhadap laman tersebut. Saya betul-betul memuji ketelusannya, mengingtakan kerajaan dalam perkara ini.

Ini kerana jarang kakitangan kerajaan di IPTA bersikap profesional dalam isu-isu berkaitan politik pemerintah. Abu Hassan antara mereka yang dilihat berani.

Bukan sahaja lantang mengkritik pada Rancangan RTM "Fenomena Seni" terbitan Norsham Noor tetapi terbukti berani bertindak demikian di luar kepompong itu.

Hujah Abu Hassan, satu gelombang besar politik mungkin akan berlaku sekiranya sekatan dikenakan ke atas laman-laman blog yang wujud pada masa ini.

Maknanya, BN akan terus menerima padah jika laman-laman blog ini disekat dengan apa-apa cara dan peraturan.

''Kemunculan blog ini merupakan satu perubahan budaya baru dalam bidang media yang berlaku di seluruh dunia yang tidak dapat dielak.

''Sekiranya ia disekat, maka akan menimbulkan ketidakpuasan dan mungkin akan membawa kesan yang dahsyat kepada para pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Abu Hassan mengingatkan perkara ini ketika mengulas mengenai satu kajian yang menunjukkan terdapat hampir 500,000 blog yang aktif dalam negara.

Saya percaya, Abu Hassan sekalipun datang dari Kelantan, dia bukanlah ahli PAS tetapi dia bercakap dengan ilmunya sebagai tenaga pengajar profesional di sebuah IPTA di negara ini.

Kepercayaan Abu Hassan ialah kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya baru-baru ini dianggap sebahagian besarnya disebabkan pendapat beberapa pemimpin yang berhasrat untuk menyekat laman-laman blog itu.

''Kita harus bersikap terbuka dan biarkan masyarakat yang menilaikannya. Tindakan mengenakan kawalan ke atasnya hanya akan membawa kepada keburukan yang tidak diingini.

''Sekiranya pengendali blog terbabit hanya memaparkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang berunsur fitnah, maka mereka lambat-laun akan tenggelam kerana tidak dapat meraih kepercayaan daripada orang ramai," ujarnya.


Pada pandangan saya, penegasan Abu hassan agar penulis blog mesti dididik dengan etika yang sangat tinggi dalam menulis atau mengendalikan laman blog masing-masing, patut dihormati.

Memang benar, blog bukan satu saluran yang boleh digunakan sewenang-wenangnya demi sesuatu tujuan.

Tetapi pada masa ini, saya melihat, masih banyak blog yang menyiarkan pendapat atau tulisan cacamerba, tiada nama penulis atau menggunakan pelbagai nama pena yang mencurigakan hingga sukar disahkan kebenaran sesuatu maklumat yang diterbitkan.

''Tiada kebaikan kepada mereka sekiranya memaparkan sesuatu dengan tujuan menjatuhkan mana-mana pihak. Mereka juga akan terima padah akhirnya akibat perbuatan mereka itu,'' jelasnya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam... setuju dengan pendapat beliau dan pendapat saudara tarmizi. Kerajaan sebelum pilihanraya seperti di alam mimpinya sendiri. Sekarang dah terantuk baru terbukak matanya. tapi dah lambat, kami semua dah muak.

-Nor, bloghopper

♥ Xett Hereen ♥ berkata...

Salam.
Dr Abu Hassan mmg bes.
Huhu.
Tapi, saya xjumpe blog dia.
=)

Tanpa Nama berkata...

DR
I terpanggil untuk menyatakan prihal laku satu professor UUM yang soooo call porpular Nama ishahhhkkkk kut his comments is just like shit and carry ball and and if you meet him ask him to be one of the upcoming cadidate for the by election. no wonder he been promoted to Professor. his comments is just like umno or PM, DPM comments and i just wonder from where he get all the info, his talk rubbish like shit.

Tanpa Nama berkata...

Heу there I am so glad I found your blog pаge,
I really fοund уou by accidеnt, ωhile I
was rеsearching on Aοl for ѕomеthing
else, Regаrdless I am hеre nоω anԁ would
just liκe to say chееrs for a fantastic pοst anԁ a аll rounԁ thrilling blog (I аlso loνe the theme/design), I don't have time to read through it all at the minute but I have saved it and also added your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more, Please do keep up the superb job.

Also visit my web blog; loans for bad credit