KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 07, 2008

Jangan Cepat MELATAH Dengan Isu NEGARA ISLAM dan PAKATAN RAKYAT?

Mengapa PAS membiarkan beberapa pemimpinnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan bencana kepada Pakatan Rakyat yang baru merangkak?

By TARMIZI MOHD JAM

INI komentar saya terhadap ulasan bernas Al-Husseyn pada posting "Menerajui Pakatan Rakyat: Apa Untungnya PAS?" dalam blognya alhusseyn.blogspot.com semalam berkenaan isu "Negara Islam" yang menjadi nukilan beberapa pemimpin PAS sehari dua ini.

Cukuplah kita mewar-warkan "Negara Berkebajikan" sebagai titik tolak penyatu antara PAS, PKR dan DAP.

Komen-komen beberapa pemimpin terkini, mudah dilihat sebagai jalan pintas mengundang bencana. Saya syorkan agar kenyataan dasar seperti isu yang diulas oleh Sdra. Al-Hussyen dilakukan oleh Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang.

Jangan kita (pemimpin lain PAS) ulangi kenyataan-kenyataan silap dan salah dalam permainan politik berkenaan isu yang terbukti sensitif di mata DAP itu.

Bunyinya memang manis, untuk menegakkan "Negara Islam" tetapi kesannya berdasarkan sokongan dan pakatan, cukup jelas mengandungi impak buruk.

Selesaikan isu ini secara "hikmah" dan tidak diwar-warkan di dada media. Jauhkan juga media yang kita kutuk selama ini dari dijadikan perkakas untuk menyampaikan masej tersebut.

Semuanya itu, memerlukan kesabaran, kebijaksanaan dan kefahaman jelas terhadap dasar perjuangan dan kaitannya dengan masyarakat majmuk di negara ini.

Syabas Sdra. Al-Husseyn atas pandangan bernas itu. Moga dapat diperhalusi oleh sesiapapun tanpa mengira pimpinan PAS atau bukan PAS demi membuka lembaran baru Pakatan Rakyat secara konsisten!

Moga Allah SWT lindungi kita semua dari malapetaka hingga membawa kehancuran pada benih-benih "pakatan" ketika sinar Islam mula menyinsing di bumi Malaysia ini!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assamualaikum
Harap pera pemimpin PAS kawal lidah dan percakapan jangan terlalu ghairah dengan kemenangan yang kecil. Ingat baru menang lima negeri. Ada lagi lapan negri bahawh BN. pertahankan yang 5 dapatkan yang lapan baru kuasai K. Lumpur secara mutlak.

Daripada sebut-sebut negara islam baik fikirkan cara-cara untuk mengeluaskan pengaruh di Sabah dan Serawak.

Bosan saya dengan kenyataan orang politik yang cakap ikut sedap. Kalau gaya macam ni tiada bezanya dengan orang BN.

Tanpa Nama berkata...

Saya bosan dengan orang-orang bawahan yang banyak komen tentang 'konflik' antara Karpal dengan D.Ahmad Yaakub. Banyak komen2 yang perasan sudah bijak dalam politik, berpengalaman menjadi pemimpin dan berilmu dalam politik Islam. Datuk Ahmad Yaakub hanya memberi pendapat dan peringatan tentang dasar kepada orang PAS. Tentulah ada seab dan tersiratnya. Lagipun di bercakap tentang peneraju dan negara Islam selepas pilihanraya bukannya sebelum. Tiada salahnya. Sebab itu Tuan Guru Datuk Nik Aziz tidak marah dan menegur Datuk Ahmad Yaakub, malah menjemput Karpal Singh. Ini menunjukkan kebijaksanaan pemimpin PAS. Dakwah untuk orang yang menentang dan tidak memahami kesyumulan Islam bermula. Inilah waktunya untuk menguji, mencetuskan pemikiran dan dan pemahaman tentang ikatan serta persefahaman mengenai penyatuan dasar. Sudah 18 belas tahun PAS telah menunjukkan contoh model sebuah 'Negara Islam' Kelantan. Cetusan sebagai promosi untuk parti pembangkang yang bukan Islam perlu dimulakan. Sampai bila perlu berhikmah, perlu tunggu masa sesuai dan membuka hati ke arah persefahaman mentadbir peringkat nasional. Sekaranglah permulaannya. Saya penuh yakin dengan kepimpinan PAS, dengan doa mereka dan dengan airmata mereka. Cuma kita sahaja yang perlu berpolitik berilmu dengan ilmu. Jangan jadi seperti orang UMNO yang mengkhinzirbuta. Letak kayupun dipangkahnya. Pemimpin PAS melihat bukan kemenangan sekarang, tetapi kemenangan 5 tahun lagi dan akan datang. Biar air berkocak sekarang tetapi untuk membersih dan bersihnya panjang. Jangan gopoh untuk mentadbir dengan kemenangan cara mudah tetapi mempertahankan kemenangan yang panjang panjang dilupakan. Karpal dan sesetengah pemimpin DAP termasuk penyokong2nya juga perlu didakwah dari masa ke semasa bukannya menunggu yang entah sampai bila.Karpal yang lantang sebelu isu ini sepatutnya sudah memahami pentadbiran Islam yang sudah dimodelkan tetapi mungkin beliau masih degil dengan realiti dan kehendak orang Islam atau mungkin beliau belum memahami sepenuhnya. Bertepatan Tuan Guru menjemput beliau dan bertepatan juga isu ini timbul sama ada disengajakan atau tidak. Begitu juga dengan kemenangan ini telah 'mendakwahkan' juga pemimpin DAP tentang realiti Malaysia adalah sebuah Negara Raja Berpelembagaan. Alhamdulillah dan bersyukur kita mendapat pemimpin Agama dan Politik seumpama pemimpin PAS. 'Dialah yang mengutuskan Rasul untuk membawa petunjuk serta agama yang benar supaya menjadi lebih tinggi dari semua agama, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya' Wallahu'aklam.