KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, April 01, 2008

KETUA PERUSUH Ramal PAKATAN RAKYAT Perintah Malaysia Selepas PRU13?

Ada baiknya juga Pakatan Rakyat yang kini komponennya adalah PKR, PAS dan DAP berganding bahu menjemput semua pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak supaya bergabung menganggotai Pakatan Rakyat demi untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

By KETUA PERUSUH

Akhirnya Kepimpinan PKR, PAS dan DAP bersetuju pada dasarnya untuk bernaung dibawah satu gagasan yang kini dikenali sebagai “PAKATAN RAKYAT“.

Pada pandangan saya penggunaan perkataan Pakatan Rakyat lebih menampakkan satu gagasan yang diterajui dan digerakkan oleh rakyat.

Kemenangan sebegini besar yang diterima oleh Pakatan Rakyat sewajarnya dikendalikan dengan berhemat demi untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) telah menunjukkan apa yang sepatutnya berlaku.

Namun kita semua jangan lupa bahawa dengan kemenangan ini pihak SPR mungkin akan mendabik dada mengatakan bahawa operasi dan tindakan SPR sejajar dengan kehendak perlembagaan tanpa ada unsur-unsur salahguna kuasa dan pengundi hantu yang dilakukan dengan pengetahuan SPR.

Pakatan Rakyat adalah hak milik semua rakyat Malaysia, oleh itu maka hendaklah pihak pimpinan Pakatan Rakyat tidak bertelagah dan mementingkan kepentingan kuasa, wang dan pangkat dalam mentadbir Pakatan Rakyat.

Cukuplah Barisan Nasional sahaja yang bersikap dan berperangai sebegitu.

Pakatan Rakyat perlulah menunjukkan sikap toleransi, professional, amanah serta telus dalam semua pertimbangan dan pentadbiran.

Jika tidak pastinya rakyat Malaysia akan menyamakan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Jika Pakatan Rakyat boleh bertindak professional maka sudah pasti pada PRU13 nanti kemenangan yang lebih besar boleh dicapai.

Namun begitu saya amat gusar kerana ramai dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya pimpinan diperingkat pertengahan dan bawahan tidak selari idea dan tindakan dengan kehendak Pakatan Rakyat.

Malah boleh dikatakan ramai dikalangan pimpinan (semua peringkat) Pakatan Rakyat masih ada lagi sikap membalas dendam, hasad dengki, mengejar pangkat, mengejar nama, mengejar kuasa, mengejar wang dan sebagainya.

Jika ini tidak ditangani dengan baik dan teratur maka pastinya Pakatan Rakyat akan punah dengan mudah.

Perbalahan pandangan berkaitan isu sensitif seperti hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan, agama, kuota Melayu dan sebagainya perlu ditangani dengan bijak.

Perlu ada sikap toleransi dan percaya mempercayai dikalangan semua pihak yang berada didalam Pakatan Rakyat.

Ada baiknya juga Pakatan Rakyat yang kini komponennya adalah PKR, PAS dan DAP berganding bahu menjemput semua pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak supaya bergabung menganggotai Pakatan Rakyat demi untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

Dengan ini maka bolehlah Pakatan Rakyat menjadi satu wadah yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia menilai dan kemudian memilihnya pada PRU13.

Apa yang diharapkan agar Pakatan Rakyat boleh berjaya tanpa ada kemelut dalaman hasil dari sikap “mangkuk-mangkuk” yang pentingkan diri sendiri dan melupakan hak rakyat.

Semoga Pakatan Rakyat akan menjadi lebih matang dan akhirnya akan bergerak sama laju, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat insyaAllah akan memerintah Persekutuan Malaysia selepas PRU13. InsyaAllah.

Tiada ulasan: