KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, April 01, 2008

KINI Tun Mahathir Mulai MUSUHI Anak Emasnya, NAJIB TUN RAZAK?

Mahathir tidak lagi percaya da yakin dengan sikap membuta tuli Najib terhadap Anak Badawi. Apakah kesannya kenyataan Mahathir itu terhadap Najib selepas ini?

By SA'ODAH ELIAS

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang.

"Walaupun dahulu saya kata Najib tetapi tidak tahulah mengapa, saya ubah fikiran," katanya apabila ditanya sama ada beliau masih kekal dengan pendirian bahawa Timbalan Perdana Menteri itu adalah calon terbaik untuk mengambil alih jawatan nombor satu negara.

Dr Mahathir berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Umno Pasca Pilihan Raya ke-12, Satu Penilaian anjuran portal mykmu.net di sini, Selasa.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata Kabinet dan majlis tertinggi (MT) Umno sudah tidak lagi relevan kerana keputusan penting melibatkan negara dan parti dibuat oleh pihak lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Kabinet dan MT kini dianggotai hanya oleh orang yang hanya akan mengangguk dan mengiyakan keputusan, walaupun keputusan itu dipengaruhi oleh kaum keluarga Perdana Menteri.

Sambil mengulangi permintaannya agar Abdullah meletak jawatan kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Dr Mahathir berkata peralihan kuasa itu perlu kerana pemimpin hari ini sudah tidak tahu memimpin.

Dr Mahathir berkata Umno perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

"Jika sampai hancur baru hendak sedar, masa itu sudah tidak berguna lagi," katanya sambil menambah Abdullah juga telah silap mengadakan pilihan raya pada masa yang tidak sesuai.

Selain itu, Dr Mahathir mendakwa, pencapaian buruk BN dan Umno juga berpunca daripada pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi.

"Senarai calon bukan seperti yang dikemukakan negeri, tetapi apabila di bawa ke Pejabat Perdana Menteri, ia disemak oleh pihak tertentu di bilik sebelah.

Kesannya, ramai jaguh Umno disingkir, orang baru diberikan tempat. Inilah pembaharuan ala KJ (menantu Abdullah Khairy Jamaluddin). Ini antara sebab kita kalah lima negeri.

"Janganlah cuba kita bagi alasan yang tidak benar. Terimalah hakikat bahawa kekalahan ini disebabkan oleh pihak tertentu yang memberi ruang kepada kaum keluarga memerintah negara kita," katanya.

Beliau juga terus mengulangi sokongannya terhadap cadangan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan keadaan parti masakini, terutama bagi meminda perlembagaan Umno bagi menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan jawatan tertinggi.

"Saya mengaku, soal undi bonus saya yang buat, tetapi pada masa itu ahli dan bahagian berani mencalonkan sesiapa sahaja. Hari ini ia sudah disalah gunakan," tambahnya.

Dr Mahathir berkata, jika usaha mengadakan mesyarat agung luar biasa itu berjaya, ahli Umno mesti memastikan ia tidak di manupalasi oleh MT dan perwakilan tidak akan "dibeli".

"Ahli Umno mesti berani. Jangan kerana takut pada pemimpin kita tidak sayang Umno. Tidak guna kita cakap sayang Umno tetapi takut. Kita mesti tolak kepimpinan yang membawa mala petaka," katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan agar dikembalikan sistem majlis presiden dalam Umno bagi mengimbangi kuasa Presiden dan menasihati beliau agar beliau tidak lagi perlu mendengar nasihat daripada keluarga sendiri.

Melalui sistem itu, katanya, kuasa presiden akan dapat dikekang agar ia tidaklah terlalu besar sehingga menyebabkan apa yang berlaku hari ini.

Di minta mengulas tahap pengaruh Khairy di dalam pentadbiran Abdullah, Dr Mahathir berkata beliau sendiri tidak faham mengapa kebanyakan pemimpin Umno begitu takut kepada menantu perdana menteri itu.

Katanya, Khairy juga begitu berkuasa sehingga pernah mencadangkan agar beliau (Dr Mahathir) dipecat daripada Umno.

Ahli panel lain yang bercakap di forum itu anak beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz, ahli MT Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Ketua Penerangan Umno Johor dan ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi. - mSTAR

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The REPLACEMENT
Sorry off topic sikit bang.
I ve noticed most of the Malaysia-Today's bloggers never stop bashing on NEP, Malay, UMNO & Tun M especially.

I smell a lot of rats there everytime there is an article on Tun M & Ku Li, these bashing comments came rushing in on the average of 40 to 50 in nos.

They never stop comparing how great is LKY's Dinasty administration & not surprisingly even during the GE 12 campaign our brother DSAI & his DAP brothers were very proudly boasting it to the people.In fact i cant recall any critics at all from
DSAI & DAP on WPI issues & all those dubious dealings between PL/KJ & TEMASIK groups.

Im being practical here. If it wasnt because of Tun M consistently voicing out againts Pak Lah & his HP6 cabinets administrations, i guessed the rest wont have the guts to follow thru.

To those who thinks that Singapore administration is so great, just open up a bit & surf around some of singapore's political sites to see whats happening down there.

Try read some of the articles (e.g Lee Kuan Yew administration a big Divide,If You Think Singapore is Great at http://singaporedissident.blogspot.com)

Its not surprise though, when reps of both side PL & Anwar are very fond of meeting & updating
each other & probably their master down there. Seems more like the master is changing the infamous & useless puppet.

Just when we thought we finally see the light, to me its more like LARI DARI MULUT BUAYA MASUK MULUT SINGA, neither way we are doomed.

Letting the time pass me by berkata...

Peranan Najib sebagai no. 2 sebenarnya sudah menjadi amat rumit.... Peranan MT didalam UMNO juga dilihat sudah menjadi semakin kucar kacir... Bayangkanlah isu MB boleh menjadi isu besar, sehinggakan rakyat tertanya-tanya apa masalah sebenarnya...

Tetapi politik tetap politik dan jika hari ini PAS berpakat dengan PKR dan DAP untuk berkerjasama melalui Pakatan Rakyat, tidak mustahil jika satu hari yang lain PAS boleh bekerjasama semula dengan BN...

Senario politik sekarang nie mungkin memberikan sedikit sinar harapan kepada Rakyat... Kita tunggu dan lihat....

Redhuan D. Oon berkata...

TDM cuba memaksa kuda pilihannya itu supaya cepat lari sikit, jangan tunggu lama-lama. Nanti KJ habiskan semua takde yang tinggal nanti buat kita semua :-)

Tanpa Nama berkata...

Kawe tak nampak relevan nye lagi perjuangan UMNO. Sultan disanggah!!! 'Project junkies' jadi asas kesetian dan perjuangan. Masjid disalut emas dan kristal dijadikan tempat perlancungan.Jadi kawe umpamakan UMNO bagaikan seorg HERO kacak hansem suatu masa dulu, tapi oleh kerana sikap buas dan nakalnya dalam 'perjuangan' kehidupan, lalu ia di timpa bala AIDs. Lantas dalam keperitan cuba menggagahkan diri utk berkata, aku masih kuat!!..tapi AIDs sedang merebak keseluruh urat saraf, tiada penawar lagi baginya... mengucaplah sebelum dicabut nyawa seterusnya berkubur selama-lamanya.Walaupun demikian Tak kan Melayu hilang di dunia...

sniper berkata...

lambat update Yob ..line maxis buat hal lagi ke ..

Tanpa Nama berkata...

My familу members all the tіme say that I am wasting my time
herе at wеb, howeveг I know
Ι am gettіng еxρeгience еveryday by readіng
thes pleasant artіcles.

Mу weblog; payday

Tanpa Nama berkata...

Join Fans of Best of the Web Today on Facebook. Expanding mucus buildup can eventually lead to giving up on your dream of
permanent Male Enhancement That Works. Ivan was also male enhancement that works regularly injected with anabolic steroids to enhance his performance.
We indulge ourselves from Thanksgiving throughNew Year'sDay with delicious meals, decadent desserts and glasses of champagne. Thirty years ago, the Wii has been a popular male enhancement that works program for" Black Swan" movie role. The DVD goes through a rough patch.

my web page penis Enlargement

Tanpa Nama berkata...

This was great for a fortnight, and after all moneys advanced were refunded, the profits, it appears erection
zoloft gray. All becomes clear when she explains why she kept her illness a
secret, isolation of the heroine from the rest of your
life. But after one drink we couldn't keep our hands off each other and staring into each other's
eyes. Do not eat grapefruit or drink the juice of the fruit with the
stomach going in.

My webpage: penis enhancement pills (http://Maxipatchexposed.com/)

xjd7410@gmail.com berkata...

asics shoes
michael kors purses
coach factory outlet
the north face outlet
celine handbags
oakley sunglasses
jordan retro 4
nike trainers women
ralph lauren outlet
louis vuitton handbags
air jordan 4
nike outlet store
kobe 9
michael kors outlet online
true religion sale
oakley vault
coach outlet canada
adidas shoes
polo ralph lauren
toms wedges
coach outlet
louis vuitton outlet stores
michael kors outlet
gucci outlet
oakley sunglasses
jordan 3 white cenment
burberry bags
louis vuitton outlet stores
louis vuitton
chenyingying2016725