KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 14, 2011

Teras anggap tanah orang Melayu di Kuala Lumpur makin ditelan Umno



Kg Baru Kuala Lumpur merupakan satu-satunya tanah hak orang Melayu di tengah bandaraya. Tanah Rezab Melayu ini boleh dibangunkan tetapi tidak seharusnya digolok gadai oleh golongan konglomerat tanpa memikirkan nasib penduduk kampung tradisi itu. Wartawan Harakah NYZA AYOB mendapatkan pandangan tegas Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid mengenai hak orang Melayu di Kampung Baru Kuala Lumpur yang akan terhakis dengan kewujudan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru. 

Boleh saudara ceritakan mengenai status Tanah Rezab Melayu yang tidak boleh di ceroboh.

MOHD AZMI ABDUL HAMID: Tanah Rezab Melayu sebenarnya dilindungi di dalam Perkara 83 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang pengambilan Tanah Rezab Melayu mesti diganti dengan saiz dan keadaan yang sama.  Pengambilan Tanah Rezab Melayujuga hanya boleh dilakukan untuk orang Melayu sahaja. Ertinya tidak boleh dipindah milik kepada bukan Melayu. Tetapi pengambilan Tanah Rezab Melayu juga tertakluk kepada definisi Melayu mengikut enakmen Tanah Rezab Melayu di negeri-negeri.  Tarif Melayu di negeri dari segi Tanah Rezab Melayuberbeza-beza. Contoh di Kelatan, Melayu disyaratkan juga mesti lahir di Kelantan. Pengambilan Tanah Rezab Melayu untuk sebarang masuk yang melibatkan status Tanah Rezab Melayu  dikeluarkan daripada kategori Tanah Rezab Melayu hendaklah terlebih dahulu di "de-gazet" iaitu dikeluarkan daripada warta Tanah Rezab Melayu.

Tetapi apa yang berlaku hari ini Tanah Rezab Melayu telah ditukar kepada bukan Tanah Rezab Melayu. Boleh saudara ceritakan lebih lanjut...

Kini banyak Tanah Rezab Melayu diambil dan ditukar kepada bukan Tanah Rezab Melayu tanpa mengikut prosedur ini. Jadi  bukan Tanah Rezab Melayu pada hakikatnya menguncup di lokasi tanah walaupun dalam rekod  bukan Tanah Rezab Melayu itu masih wujud. Bermakna banyak penyelewengan berlaku pada  bukan Tanah Rezab Melayu. Tanah Rezab Melayu pada realitinya semakin berkurangan dan diceroboh tanpa dimengikut prosedur.

Bagaimana kesan terhadap Kampung Baru Kuala Lumpur apabila kerajaan ingin melaksanakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru? 

Sebenarnya isu pembangunan  Kampung Baru Kuala Lumpur dapat dilihat pada beberapa sudut. Pertama ialah daripada segi status hak milik tanah orang-orang Melayu yang akan pupus dalam jangkamasa yang panjang.  Dengan pembangunan yang akan dilaksanakan hak milik tanah yang akan berpindah  tangan kepada konglomerat akan menghilangkan dan mengecilkan pemilikan tanah dikalangan orang Melayu di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kedua daripada sudut model pembangunan yang akan dibangunkan adalah sangat bersifat komersial. Unsur kependudukan tradisi orang Melayu akan terhakis oleh model pembangunan moden yang tidak akan mengambil kira budaya dan nilai hidup tradisi orang Melayu. Konsep pembangunan yang akan diperkenalkan tidak mengambil  kira nilai keakraban dan kekeluargaan yang menjadi ciri kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu  tanah orang Melayu di Kg Baru akan tertumpu kepada beberapa konglomerat dan bukan lagi kepada individu Melayu. Tanah yang awalnya dimili ki secara peribadi akan bertukar menjadi tanah milik syarikat korporat yang akan hanya menimbang keuntungan maksima melalui pelaburan tanpa mengambil kira kedudukan penduduk asal di kawasan Kg Baru.

Apakah sebenarnya sikap kerajaan apabila mengambil kesempatan daripada tanah milik orang Melayu? 

Alasan yang diberikan kerajaan kerana pindaan tersebut untuk mengambil tanah orang bukan bumiputera. Tetapi apabila dipinda kerajaan boleh ambil tanah untuk kemajuan ekonomi, bukan hanya untuk projek untuk kemudahan awam seperti hospital, jalan raya, sekolah tetapi dia boleh ambil untuk pembangunan ekonomi yang tafsirannya amat luas. Banyak tindakan kerajaan pusat mengambil tanah milik orang Melayu. Itu menyebabkan pemilik tanah di kalangan orang Melayu ini selalu  tertekan kerana kerajaan mengatakan akta pengambilan tanah  sudah dipinda dan orang Melayu tidak boleh berbuat apa-apa. Berdasarkan itu proses pengambilan tanah orang Melayu bertambah rancak contohnya di Langkawi, Johor Bharu, Seremban,  dan Kuala Lumpur. Dan orang Melayu dikatakan tidak boleh menyekat pembangunan. Ini merupakan muslihat kerajaan untuk  mengambil tanah orang Melayu yang akhirnya tidak memberi manfaat kepada mereka.  Selain itu kerajaan telah mengguna kuasanya apabila mengambil tanah orang Melayu yang dikatakan untuk pembangunan tetapi akhirnya jatuh ke tangan bukan Melayu apabila kerajaan telah melantik syarikat bukan Melayu untuk membangunkannya. 

Tidakkan ini suatau rampasan terhormat...

Proses inilah sekali lagi berlaku untuk  rampasan tanah rakyat secara undang-undang yang telah diperalatkan oleh kerajaan yang akhirnya merugikan orang Melayu. Pengambilan tanah orang Melayu menyebabkan orang Melayu sudah tidak boleh membangunkan nasib mereka di tanah asal mereka. Contohnya terdapat tanah orang Melayu di bandar, pinggir bandar atau desa  yang berpotensi untuk dibangunkan oleh pemilik itu sendiri. Akhirnya mereka terpaksa melepaskan tanah mereka yang diambil melalui akta ini. Akhirnya pemilik atau pewaris tanah kawasan tersebut hanya menerima pampasan.  Manakala pampasan tersebut tidak membolehkan mereka membeli harta yang melonjak naik nilainya di tempat asal itu. Ini menyebabkan berlaku proses peminggiran dan terhalau orang Melayu dari tempat asal mereka.

Adakah tindakan kerajaan mengambil tanah hak orang Melayu ini mirip pembangunan kapitalis?

Ya, kerajaan juga bertindak mengambil  tanah orang Melayu kerana menggunakan model pembangunan kapitalisme. Ini bermaksud kerajaan hanya mengutamakan  pihak yang mempunyai modal besar untuk membangunkan tanah di tempat-tempat tertentu tanpa memikirkan kesan sosial serta penempatan orang Melayu serta peluang orang Melayu untuk menikmati pembangunan yang ada  di situ. 

Apa kesannya...

Akibatnya peluang pekerjaan juga  dapat kepada orang asing bukan orang tempatan. Inilah yang berlaku di kebanyakan tempat. Mula-mula kerajaan mengatakan akan membangunkan bandar  baru atau pasaraya, hotel atau pusat pelancongan. Contoh jelas di Langkawi, Johor Bharu dan Kuala Lumpur yang akhirnya bukan orang tempatan mendapat pekerjaan tersebut dan  alasan tertentu diberikan pihak majikan.

Apakah kesan daripada model pembangunan kapitalis ini akan menyebabkan kampung tradisional akan terhapus?

Saya juga berasa kesal kerana berdasarkan model pembangunan kapitalis ini, akhirnya kesannya kampung tradisional akan terhapus. Ini kerana kampung-kampung tersebut hanya akan dinilai daripada sudut ekonomi dan pembangunan komersil. Kerajaan tidak melihat tanah dan perkampungan orang Melayu ini ada nilai budaya, trad isi dan kehidupan selain  ekonomi. Sebab itu tanah-tanah orang Melayu di kampung tradisional orang Melayu menjadi mangsa kepada pengambilan tanah ini. Ini yang menyebabkan orang Mlayu terhimpit dan akhirnya terpaksa mengalah dengan pembangunan yang diperkenalkan  kerajaan.                                                                                                                                           

Adakah wajar penduduk turut terlibat dalam Jawatankuasa Perbadanan Pembangunan Kampung Baru? 
                              
Saya amat menggesa supaya penduduk Kg Baru menjadi peserta yang aktif dengan turut terlibat dengan keputusan bagaimana Kg Baru itu hendak dibangunkan semula. Sepatutnya inilah konsep yang harus dibangunkan semula. Tetapi apa yang berlaku penduduk  hanya menjadi tempelan sahaja dan bukan boleh mempengaruhi keputusan-keputusan  yang dibuat orang atasan. Ini  kerana penyertaan mereka hanya sekadar 'kosmetik' sahaja. Kerajaan  bawa mereka terlibat dalam mesyuarat, mereka mendegar apa yang diperkatakan dan akhirnya keputusan dibuat kerajaan dan pemaju. Akhirnya suara penduduk kampung itu hanya sekadar melepas batuk di  tangga. Apabila ditimbukan tentang penglibatan penduduk, jawapan yang diberikan ialah penduduk kampung turut terlibat dan mereka telah menyuarakan pandangan. Tetapi pada hakikatnya keputusan tersebut telah diputuskan di peringkat atasan dan bahagian perancangan. Situasi inilah menyebabkan penduduk Kg Baru ini rasa tertipu dan mereka kehilangan punca. Mereka tidak mengambil serius dan mengambil tindakan di atas pandangan penduduk ini. Ini yang biasa berlaku. 

Kerajaan mengatakan Rang Undang-undang Perbadanan Kg Baru yang sepatutnya dibentangkan Parlimen pada Mac ini ditangguhkan kerana ingin mendapatkan pandangan penduduk. Apakah sepanjang tempoh sebelum dibentangkan, pandangan penduduk ini betul-betul akan diambil kira?

Telah banyak track record menunjukkan pandangan penduduk akhirnya hanya menjadi pandangan yang kecil. Kerajaan hanya mengambil perhatian kecil sahaja seperti berapa nilai yang ingin dibayar. 
Hanya sekadar itu. Selebihnya seperti apakah pembangunan yang hendak dilaksanakan, bagaimana keuntungannya kepada orang Melayu, pandangan tersebut tidak akan didengar mereka. Ini berlaku di banyak tempat. Akhirnya padnangan penduduk dan waris itu tidak akan menjadi pandangan  utama. Saya percaya ini  akan diulang di Kg Baru, Kuala Lumpur walaupun  kerajaan mengatakan akan menangguhkan rang undang-undang tersebut. Saya berpendapat kerajaan perlu menilai semula cadangan pembangunan yang diutarakan yang tidak mesra budaya dan nilai hidup orang Melayu. Keghairahan untuk menukar wajah Kg Baru kerana mahu mengikut model pembangunan bandar metropolitan akan merugikan bangsa Melayu dalam jangka masa yang panjang. Pada keseluruhannya pembangunan Kg Baru seperti yang dibayangkan oleh Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur akan melenyapkan sebuah perkampungan Melayu yang sangat tua yang selama ini menjadi khazanah masyarakat Melayu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ӏ'm extremely impressed with your writing skills as well as with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you modify it yourself? Either way keep up the nice quality writing, it is rare to see a nice blog like this one today.

My web-site ... payday loans

Tanpa Nama berkata...

Gгeetings! Veгy useful advіce
ωithin this post! It's the little changes which will make the largest changes. Many thanks for sharing!

Here is my blog post :: short term loans bad credit - lewissloans.co.uk

Tanpa Nama berkata...

An outstanding share! I have just forwarded this onto a colleague who had been doing a little homework on this.

And he actually bought me lunch simply because I found
it for him... lol. So allow me to reword this.

... Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending time to talk about this matter here on
your internet site.

my weblog - hibernia corp

Tanpa Nama berkata...

It's an awesome post in favor of all the internet visitors; they will take benefit from it I am sure.

Visit my webpage payday loans