By PENARIK BECA
Artikel ini boleh dibincang dan bahas.
Anda tinggalkan pandangan kritis di ruangan komen sebelah bawah artikel ini.
DENGAN penuh 'izzah, Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan:
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
Setelah bertanya beberapa pihak termasuk peguam, menurut amalan demokrasi, saya difahamkan bahawa PAS berhak mempunyai matlamat perjuangan sedemikian. PAS juga berhak menawarkan matlamat perjuangannya itu kepada rakyat negara ini.
Hak tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.
Bagaimanapun, menurut amalan demokrasi juga, PAS tidak ada hak untuk memaksakan matlamat perjuangan itu ke atas sesiapa pun. PAS hanya boleh menawarkan.
Dan, saya kira, itulah yang dilakukan oleh PAS selama ini apabila secara konsisten ia menyertai pilihan raya di negara ini sejak tahun 1959 lagi.Selain dari itu, Perlembagaan Malaysia yang sering disebut sebagai undang-undang tertinggi negara ini menjamin kebebasan bersuara untuk setiap rakyat Malaysia.
Ia dengan sendirinya bermakna PAS, ahli-ahli dan penyokongnya tidak boleh dihalang dari menyatakan keinginan mereka untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Tidak kiralah kadang-kadang disebut negara Islam, walaupun perkataan negara Islam tidak terdapat dalam fasal itu.
Oleh itu, sebarang perjanjian atau undertaking yang ditandatangani oleh mana-mana pihak yang menyatakan bahawa "I hereby undertake" untuk tidak membuat apa jua pernyataan mengenai negara Islam atau hukum hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
Oleh kerana itu, sebarang undertaking yang terdapat dalam "Perjanjian Pangkor" di Perak baru-baru ini bukan sahaja bercanggah dengan peruntukan mengenai kebebasan bersuara di dalam Perlembegaan Malaysia malah bersifat anti-perlembagaan dan pihak yang menyediakan undertakings itu hakikatnya menunjuk samseng dan kurang ajar kepada Perlembagaan Malaysia yang sering mereka dakwa sebagai dihormati.
Sebarang ucapan bahawa mereka menghormati Perlembagaan Malaysia biasanya tidak dipercayai kerana dengan jelas mereka sering kelihatan tidak menghormati banyak fasal dalam Perlembagaan Malaysia, contohnya Perkara 3 (1), Perkara 153(1), Perkara 160(2), Perkara 152, Perkara 32 dan Perkara 38(1), Jadual Kelima.
Malah, perbuatan memaksakan "Perjanjian Pangkor" itu juga merupakan pencabulan yang sangat ganas dan kurang ajar ke atas Perlembagaan Malaysia.
Oleh kerana "Perjanjian Pangkor" tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, anti-perlembagaan, menunjuk samseng kepada Perlembagaan Malaysia serta pencabulan yang sangat ganas dan kurang ajar ke atas Perlembagaan Malaysia, ia tidak boleh dipatuhi oleh mana-mana pihak sekalipun, termasuk pihak yang tanpa berfikir dengan sewajarnya menjadikan diri mereka sebagai terpaksa menantangani perjanjian itu dan mempersetujui segala undertakings yang terdapat dalam perjanjian itu.
Sambil mengulangi penegasan bahawa "Perjanjian Pangkor" itu tidak sah (null and void) di sisi Perlembagaan Malaysia, saya juga menyatakan kekesalan ke atas sikap tidak cerdik pihak yang bersetuju menandatangani segala undertakings dalam perjanjian yang membuktikan jahat dan celakanya pihak yang menyediakan perjanjian itu.
Mereka gagal melakukan tindakan cerdik seperti yang dibuktikan oleh PKR di Kedah, tidak kira sama ada kita suka atau tidak.
PKR di Kedah, yang terkenal hampir tidak ada ahli dan kalau ada pun tidak habis-habis berkelahi, bukan sahaja tidak menandatangani sebarang perjanjian, malah berjaya mendapatkan tiga jawatan Exco walaupun mempunyai hanya empat kerusi Dewan Undangan Negeri.
Mereka cerdik, sama ada kita marah atau tidak. Sehubungan dengan itu, untuk memastikan agar peristiwa jahat "Perjanjian Pangkor" itu tidak berulang lagi, segala tenaga mestilah digerak dan dikerahkan mulai sekarang untuk memastikan PAS akan mempunyai lebih banyak kerusi dalam
Dewan Undangan Negeri Perak selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Saya juga akan membantu sedaya-upaya untuk memastikan matlamat itu tercapai mengikut cara saya sendiri dan dengan duit saya sendiri, tidak kira sama ada saya diterima atau tidak, sama ada dibenarkan atau tidak.
PAS bagaikan masjid tempat saya menumpang sembahyang, walaupun sekadar di kaki lima atau di tangga masjid. Menurut amalan demokrasi, saya mempunyai hak untuk membantunya.
12 ulasan:
Salam
Eleh. Yang kelantan menang solid pun
tak sanggup buat syariah islam, inikan pula negeri bilis PAS
saya sudah membaca beberapa artikel berkenaan dgn "Perjanjian Pangkor' ini terutama di blog Penarik Beca yg banyak mengulas isu ini kebelakangan ini. Samada perekara ini benar2 terjadi atau rekaan hanya beliau yg dapat memastikan kebenaran. Pd saya ia hanya berupa ulasan dan pandangan blogger
Pada hemat saya,"Perjanjian Pangkor" ini bukan lah suatu yg benar terjadi atau telah terjadi. Apakah PAS mahu dijadikan sbg simbol kesalahan apabila Sultan memperkenankan Saudara Nizar Jamaluddin menjadi MB. Sedikit pun pd saya pemimpin2 PAS Perak kemaruk kuasa di Perak dgn kemengan 6 kerusi shj?. Soal PAS di "undertake" di Perak sampai sekarang kita belum punya bukti yg kukuh utk diperkatakan. Apakah Naib Presiden PAS seperti Ustaz Ahmad Awang setuju PAS di "undertake" oleh DAP di Perak? Apakah Husam Musa sendiri yg menjadi org tengah dlm hal ini membenarkan PAS di "undertake" di PERak. Bukan lah saya memuja pemimpin2 PAS yg disebutkan di atas, tetapi ketokohan dan keikhlasan mereka berjuang dan mengadakan "pakatan" dgn DAP dan PKR perlu dipuji.
Demikian rupa PAS begitu ikhlas, menerima rakan2 pakatan politik yg jauh dari dasar dan ideologi mereka. Keikhlasan ini pada hemat saya tidak mungkin mereka bersetuju dgn "Perjanjian Pangkor" yg heboh dikatakan itu.
Soal negara Islam atau membina negara Islam, kita perlu sedar yg PAS memang tidak dpt menyebut perkataan Negara Islam secara meluas kerana media massa pasti akn mensensasikan perkara dan memulakan adu domba berkenaan hal ini. Tetapi percayalah, jika Penarik Beca dan teman2 UMno mahukan sgt Negara Islam yg dianjurkan PAS sebagaimana termaktub dlm Fasal 5 Perlembagaan PAS, mereka lah perlu mengundi, bekerja dan menjadi pendokong kuat PAS. Bukan dgn cara menyalahkan PAS Perak kononnya di "undertake" oleh DAP. PAS memang berhasrat untuk membina Negara iSlam tetapi bukanlah dgn cara mengenepikan hak2 bkn Islam dan melaksanakan hudud segera munkin. Komen pertama td, ada menyebut PAS menag solid di kelantan pun tak laksanakan Hudud. Apakah PAS boleh laksanakan Hudud dgn berkuasa di kerajaan negeri shj? Dgn tekanan oleh PM pd masa itu (TUn maHathiR). Ini lah yg menjadi belenggu PAS.
Kalau tak sebut negara Isla tetapi melaksanakan tuntutan Islam seperti amanah, tanggungjawab, bersih, tidak rasuah dll pendekatan pemerintahan Islam adakah tidak layak disebut Pemenrintahan Islam sekalipun tak sebut Negara Islam. Kalau disebut negara Islam dan kaum2 lain termasuk melayu Islam Umno sendiri tak percaya, tak suka, memanipulasi, takut apa untungnya disebut negara Islam?
Penyokong PAS...dulu, kini dan selamanya
Menarik isu ini. Mesti ada sebab kuat Penarik Beca tulis dan ketengahkan untuk bahasan semua. Penarik Beca bukan orang Umno. Dia orang PAS yang duduk di tengah gobok PAS di Kuala Lumpur. Dia mengelilingi Markaz PAS Taman Melewar dan Pejabat Agung Jalan Raja Laut. Buat masa ini rasanya langkah Penarik Beca tulis isu itu tidak popular. Orang PAS masih gila dan kemaruk dengan kemenangan hingga lupa perangkap yang dipasang oleh kawan dan lawan. Sebenarnya, PAS cuba tutup isu ini melalui beberapa kenyataan yang cuba meletakkan Penarik Beca sebagai alat Umno. Takpa kita tunggu semuanya reda, lima enam bulan lagi. Apakah apa yang diutarakan oleh Penarik Beca itu hanya pandangan sinis atau tanggapan seorang bloggers atau ianya benar-benar terjadi. Bersiaplah Ustaz Ahmad Awang dan Ir. Nizar untuk menjawab isu ini selepas ini. Ha ha haaaa!
Pandangan mymoksha agak cermat. Tapi rasanya dia juga tahu isu ini. Gayanya orang dalam Pas juga tu.
Memang agak terhad yang tahu isu ini. Tapi pastinya ia akan meletup.
Mymoksha kata "Sedikit pun pd saya pemimpin2 PAS Perak kemaruk kuasa di Perak dgn kemengan 6 kerusi shj?. Soal PAS di "undertake" di Perak sampai sekarang kita belum punya bukti yg kukuh utk diperkatakan."
Di luar sana mungkin ramai yg tak setuju bila Penarik Beca bangkitkan isu ini. Mereka tak percaya. Macam mereka tak percaya kalau kata Anwar akan masuk Umno.
Malah kalau kata Mad Awang muflispun orang tak percaya sebab dia masih pegang jawatan Pjaya Perak dan Naib Presiden. Orang bankrap tak boleh pegang apa2 jwt dalam pertubuhan dan parti politik.
Tapi kalau kita cerdik, kenapa Mad Awang tak bertanding dlm pilihanraya lalu? Tentu dia jadi MB jika menang kerusi Dun G Semanggol?
Sebab nanti orang akan tahu, dia bankrap dan calob BN akan disitihar menang tanpa bertanding...
Aku setuju dgn tanpa nama bahawa isu ini akan meletup lima enam bulan lagi...
Ini komen TPJ Perak bernama ASMUNI AWI tentang isu "Perjanjian Pangkor". Komen ini diperolehi oleh inisiatif Alhussyen yang juga turut tak percaya pendedahan Penarik Beca...
Perjanjian Pangkor : Penjelasan JPN Perak
Tidak ada apa-apa perjanjian yang dibuat bersama DAP apabila mereka bersetuju menerima Nizar menjadi Menteri Besar Perak.Demikian yang ditegaskan oleh Hj Asmuni Awi, selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Negeri Perak dalam PRU ke-12 yang lalu.
Beliau merupakan orang yang paling layak untuk menjelaskan tentang desas desus yang menuduh adanya pakatan sulit atau disebut-sebut 'Perjanjian Pangkor.'
Beliau memenafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan rasa kesal tentang adanya tohmahan sebegitu ; tambahan lagi jika datangnya dari kalangan orang PAS sendiri.Saya telah pergi menemui Asmuni di pejabat firma guamannya di Ipoh untuk mendapat penjelasan sendiri daripadanya.
Asmuni telah diminta mengulas tentang desas desus adanya perjanjian sulit antara PAS dan DAP dimana PAS telah dipaksa mengkesampingkan prinsip asas perjuangan parti untuk menegakan negara Islam di Malaysia.
"Tidak ada perlunya kita memperkatakan negara Islam atau 'Hudud' ketika ini. Apa yang penting kita lakukan adalah melaksanakan nilai-nilai Islam sejagat seperti menghapuskan rasuah,ketelusan dan kesaksamaan dan pentadbiran yang telus dan berkebajikan."
Asmuni berpendapat, lebih baik kita buktikan dengan perlaksanaan nilai-nilai Islami yang dituntut hingga dapat memberi keyakinan kepada semua orang.Sesetengah orang Islam kita sendiri pun tidak faham dan menentang Islam, apatah lagi yang bukan Islam.
"Lihat sebagaimana di Kelantan hari ini.'Hudud' tidak dapat dikuatkuasakan disana walaupun sudah 18 tahun PAS berkuasa disitu; bukan bermakna PAS di Kelantan sudah mengkesampingkan matlamat perjuangan untuk menegakan negara Islam. Nilai-nilai Islam terus berkembang dan masyarakat disana semakin mesra Islam dan tidak ada sebab mengapa satu masa nanti, mereka akan lebih bersedia untuk menerima Islam sebagaimana mereka boleh menerima pakai sistem sekular hari ini."
Asmuni mengharapkan dengan adanya kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya yang dikemudikan oleh PAS seperti Kelantan dan Kedah umpamanya, dan mereka dapat melaksanakan segala tanggung jawab sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat jelata dalam menghakis kebobrokan yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,maka sudah tentu mereka dapat diyakinkan tentang perjuangan yang PAS ingin kemukakan kepada mereka.
"Kebanyakan orang takut akan Islam kerana gambaran yang tidak betul yang pernah diberikan oleh kerajaan BN dengan Islam Hadarinya.Sebab itu kita perkenalkan keadilan dan kebaikan Islam yang sebenarnya," jelas Asmuni lagi.
"Kita tidak mahu mengheret masyarakat berpolemik tentang negara Islam atau 'Hudud' Lebih baik kita buktikan melalui perlaksanaan yang dituntut oleh Islam itu sendiri supaya masyarakat dapat menikmati keindahan dan kebenaran Islam dan menyanjungi ajaran Islam" Demikian penjelasan Asmuni,yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3, PAS Negeri Perak.
Ini pulak komen Al-Hussyen antara percaya dengan tidak. Secara beradabnya dia melihat artikel "Perjanjian Pangkor" Penarik Beca itu sebagai tulisan nakal.
Cuba baca ini: Perjanjian Pangkor : Suatu coretan nakal.
BN kini cuba memburuk-burukkan PAS Perak dengan menyebarkan fitnah kepada rakyat Perak, kononnya PAS Perak ada perjanjian rahsia dengan DAP berkaitan isu perlantikan Menteri Besar Perak. Ramai juga ahli PAS yang terpengaruh dengan fitnah ini seperti penulis blog ~Penarik Beca~. Tuduhan ini dilemparkan untuk memburuk-burukkan PAS Perak dan supaya pakatan rakyat di Perak tumbang menyembang bumi. Ini lah kerja jahat UMNO
Demikian nota secebis yang dinukil oleh ~Maruz~
Perhatikan pula para berikut yang ditulis ~Maruz~ :
4. PERSETUJUAN AWAL PAS PERAK, DAP PERAK & PKR PERAK - Pada malam keputusan pilihanraya umum dikeluarkan di mana BN gagal memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, Barisan Rakyat Perak (DAP-PAS-PKR) telah bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran dan kesemua parti (DAP Perak, PAS Perak dan PKR Perak) bersetuju untuk memilih Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (SU Badan Perhubungan PAS Perak yang juga ADUN Pasir Panjang) sebagai calon Menteri Besar Perak sebelum mendapat nasihat daripada pimpinan pusat parti masing-masing.
Tulisan sahabat saya ~Penarik Beca~ adalah jelas bersumberkan para (4) diatas yang ditulis oleh ~Maruz~ seperti apa yang diperakukannya sendiri.
Dengan hanya bersumberkan para (4) tersebut, maka terciptalah oleh sahabat saya ~Penarik Beca~ istilah ~Perjanjian Pangkor~
Persoalannya : Adakah benar wujudnya ~Perjanjian Pangkor~ tersebut? Inilah pokok bicaranya.
Apa benarkah PAS Perak sangat 'jakun dengan sedikit kuasa' sehingga menyebabkan pimpinan pusat 'ternganga-nganga' dan 'beberapa orang dari mereka naik angin' apabila mendapat tahu tentang perjanjian penuh petaka itu?
Lagi sekali, persoalannya : Adakah benar wujudnya ~Perjanjian Pangkor~ tersebut? Inilah pokok bicaranya.
Sahabat saya ~Penarik Beca~ disini sendiri mengakui tidak mengetahui tentang apa benda isinya ~Perjanjian Pangkor~ istilah yang dia sendiri yang mencipatanya. Lihat perakuannya berikut :
Mengenai "Penjanjian Pangkor", apa pula kandungannya? Saya tidak tahu dan jutaan ahli dan penyokong PAS yang lain juga tidak tahu. Sumber dari kampung saya di Taiping memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa dalam perjanjian itu terdapat perkataan yang sangat menyinggung perasaannya. Perkataan itu ialah "undertake".
Lagi sekali, persoalannya: Adakah benar wujudnya ~Perjanjian Pangkor~ tersebut? Inilah pokok bicaranya.
Kewujudan ~Perjanjian Pangkor~ seperti apa yang didakwa adalah lebih kepada andaian ~Penarik Beca~, kerana beliau sendiri tidak mampu menyakinkan sesiapa pun selain hanya menimbulkan keraguan beberapa ahli PAS lantaran beliau mengaitkannya dengan ‘pimpinan pusat yang naik angin’.
Siapa yang naik angin? Tidak pula beliau nyatakan.Mengapa pemikiran kita cuba dikaburi dengan persoalan tersebut ?
Sebagai penulis yang sudah lama established dan berpengalaman luas, beliau sepatutnya melakukan sedikit research. Ah! beliau bukan tidak ada kekawan di Ipoh ni.Bukan tidak boleh singgah kalau balik Matang atau Taiping! Ipoh dari Greenwood bukan jauh sangat ; Dan boleh 'face to face' dengan Nizar tak kan tak sanggup bersemuka sesame orang kita in search of the truth?
Kalau sungguh Nizar dan kepimpinan PAS Perak terlalu geraguk nak ‘kuasa’ hingga terpaksa membuat ‘Perjanjian Pangkor’ , alahai, bukankah lebih baik mereka menerima tawaran Umno/BN yang mempunyai 27 wakil daripada orang Melayu dan hanya 1 daripada bukan Melayu?Dan tidak perlu kepada Perjanjian Pangkor kerana Umno/BN sudah lama isytiharkan Malaysia sebuah negara Islam!
Malah Umno /BN , khabarnya , melalui Mufti Perak sanggup menyerahkan jawatan Menteri Besar dan 4 kerusi Exco dan Speaker DUN Perak kepada PAS sebagai balasan untuk bersetuju berpakat dengan UMNO bagi membentuk kerajaan di Perak.
Dan saya rasa , tawaran BN/Umno tidak berhenti setakad itu sahaja. Dan kalau Nizar bersama pemimpin PAS Perak umpama ‘Limau Purut Enam Serangkai- buta perut tak ada akai' tentu kita semua menjadi ‘pengkor’.
Saya percaya , sahabat saya, Penarik Beca bukan jenis 'limau purut yang berangakai' cuma coretannya agak 'nakai' sikit!
isu ini mainan yang tidak membawa apa2 erti kapada realpolitik pas mahupan pakatan rakyat tetapi meberi peluang kapada umno bn merampas perak aje. bodohnya pas memainkan api dan prtrol
Walau apapun yang semua bloggers nak Kata dan Tulis dalam ruangan ini, saya tetap menyokong UMNO(kerana memperjuangkan bangsa melayu) dan PAS(kerana memperjuangkan ISLAM) serta saya sangat MEMBENCI YANG TERAMAT-AMAT SANGAT dengan DAP dan PKR kerana sebab-sebab yang tidak boleh dinyatakan disini....!
Saya mengesyorkan supaya PAS tidak berkomplot dengan 2 parti ini sebaliknya bekerjasama dengan UMNO (dengan cara yang berkhemah) supaya tidak lari daripada perjuangan asal parti PAS untuk menegakkan syiar ISLAM.
saya juga meragui tentang perjanjian pangkor ini, benarkah ianya wujud atau hanya gimik untuk memperbodohkan PAS. saya tak pernah tengok dan baca lagi perjanjian ini. penarik beca sendiri pun entahkan betul tahu atau tidak. apa yang saya nampak otak orang kita ni tahu nak hentam keromo jer. hujung ke mana pangkal dari mana terus jer nak takek. kalau tak wujud maknanya kita semua bodoh, menghentam bayang yang diceritakan oleh penarik beca yang entah dari mana diambilnya cerita ini dan disebarkan dan ada pula yang bodoh menyambutnya tanpa usul periksa. jadilah kita orang bijak tapi tak cerdik!
Tanpa Nama berkata...
Walau apapun yang semua bloggers nak Kata dan Tulis dalam ruangan ini, saya tetap menyokong UMNO(kerana memperjuangkan bangsa melayu) dan PAS(kerana memperjuangkan ISLAM) serta saya sangat MEMBENCI YANG TERAMAT-AMAT SANGAT dengan DAP dan PKR kerana sebab-sebab yang tidak boleh dinyatakan disini....!
Wahai, siapakah yang mahu menumbangkan kerajaan Melayu Islam diKelantan...DAP atau Umno?
Wahai,siapakah yg merogol budak melayu di Melaka dulu tu, pemimpin Umno atau DAP?
Wahai, siapa kah yg terpaksa meringkuk dlm penjara kerana cuba memperjuangkan kes penganiayaan perogolan keatas budak Melayu itu?
Umno hanya melingkupkan orang Melayu.Jgn percaya dengan kata-kata tapi lihat pada perbuatannya.
kenytaan alhusseyn seperti ada dua makna berjajar! namun kalau ditanggap secara dangkal memang jauh maksud dari benar. Dapat juga saya mengesani teknik embiguiti itu! Ternyata alhusseyn ini bukan sekdar menghabiskan modal sisa2 bangkrap idea. Ada makna tersirat, ada luahan tersurat! Saya sudah akan pasti di jalur mana alhusseyn ini. HIDUP dan SUBURkan perjuangan!!!
Good post and this post helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.
Catat Ulasan