KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 13, 2012

Pak Syed Mohamad Pejabat Agung PAS kembali ke rahmatullah "mengejut"

SUSULAN BERITA TERKINI


RAKAN akrab saya, yang bertugas di Pejabat Agung PAS, Syed Mohamad Syed Hasan, 62, meninggal dunia pagi ini. Allahyarham lebih terkenal dengan panggilan Pak Syed mengalami batuk sejak malam tadi meninggal di rumahnya di Taman Gombak, tidak jauh daripada Markas PAS Pusat, Taman Melewar, kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurut isterinya, Saribah Salleh, allahyarham kelihatan agak lemah sekitar jam 8 pagi tadi. Katanya, doktor yang dipanggil ke rumah kira-kira setengah jam kemudian mengesahkan bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Jenazah allayarhan kini sudah dimandi dan dikafan di Masjid Ar-Rahimah, Taman Gombak, Greenwood tidak jauh daripada rumahnya. Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Batu Caves.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, enam orang anak. Turut hadir menziarahi beliau, Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamaruddin Jaffar; AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta beberapa pimpinan PAS Wilayah Persekutuan. Hadir sama, kolumnis Harakah, Haji Ahmad Subky Abdul Latiff dan isteri Naznah Dato' Taha.

Saya mula mengenali allahyarham sejak mula bertugas di Harakah, pada tahun 1989. Dalam tempoh itu, beliau banyak mengajar dan memberikan nasihat dalam pelbagai urusan saya, termasuklah memperkenalkan saya kepada allahyarham Prof. Dr Abdullah Tahir, Ketua Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan belajar di sana.

Melalui beliau juga, saya dilantik dalam pelbagai jawatankuasa dan lajnah dalam PAS Pusat.  

Bagi saya, pemergiannya suatu kehilangan besar kepada PAS dan atas jasa-jasanya, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada keluarganya, mogo roh allahyarham dikelaskan dalam kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. - AL-FATIHAH.

3 ulasan:

abu muaz berkata...

moga rohnya aman di sana..amin

al-brangi Online berkata...

seorang penyokong dan pendokong PAS tulin serta setia.

pertama kali berjumpa secara dekat ketika Perantau Terengganu buat jamuan nasi dagang di bangi 2-3 bulan yg lalu

jeje berkata...

jinyi925
coach factory outlet
prada shoes
moncler jackets
true religion
jordan shoes
ecco shoes
nike shoes
canada goose
coach outlet
dsquared2