KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 06, 2012

Wakil Hamas Palestin makan tengahari di rumah Tok Guru Abdul Hadi Awang


Sekumpulan pemuda Palestin yang diketuai oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh iaitu Dr Mohd Awni Abu Habib berkunjung ke kediaman Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, di Rusila, Marang. Rumah kayu yang tertenggek dipinggir Masjid Rusila itu menarik mereka makan tengahri bersama tokoh ulama tersohor itu. Dr Mohd Awni yang mewakili Palestine Association turut berucap di Masjid Rusila selepas Ustaz Abdul Hadi selesai menyampaikan kuliah mingguannya, Jumaat lalu.

Hubungan PAS dengan Hamas terjalin sejak sekian lama serta banyak membantu menyalurkan sumbangan dari umat Islam di negara ini. Umat Islam di Palestin mengalami kezaliman Zionis Yahudi sejak lebih 70 tahun lalu dengan pelbagai cabaran. Dr Mohd Awni turut merakamkan ucapan setinggi penghargaan atas keberanian Ustaz Abdul Hadi membela Palestin dan keprihatian umat Islam di negara ini khususnya peranan Yayasan Amal Malaysia (Amal). Ucapan Dr Mohd Awni diterjemahkan oleh Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi. Mereka makan tengahari bersama dengan penuh tautan kasih sayang.

Khamis, Julai 05, 2012

Pakatan Rakyat persia golongan artis, hambat ke pentas ceramah setiap malam?


Selama ini rungutan golongan artis di bawah pemerintahan Umno-BN ialah mereka dianaktiri, dipinggir dan kreativiti disekat, kata kartunis Zunar. Contohnya filem atau drama yang melibatkan watak polis mesti terlebih dahulu dilulus oleh PDRM - ini adalah terang-terangan satu kongkongan kebebasan. Penapisan pula semakin ketat. Sejak akhir-akhir ini bukan sahaja skrip drama mesti diluluskan oleh stesen-stesen TV tetapi 'casting' pelakon juga mesti terlebih dahulu mendapat perkenan stesen-stesen TV.  

Lagu-lagu yang kritis pula akan digam oleh stesen TV dan Radio. Ini adalah sebahagian contoh dari senarai panjang tekanan-tekanan. Bob Lokman, Aishah Ariffin, Dayangku Intan, Hairie Othman, Abby Abadi, Iwan, Leman Raja Lawak (sekadar menyebut beberapa nama) menyertai Pakatan Rakyat kerana yakin gagasan tersebut adalah wadah alternatif untuk menggantikan Umno-BN.

Zunar mempersoalkan, kehadiran artis-artis dalam Pakatan hanya disambut dengan undangan ceramah hampir setiap malam. Namun begitu, ceramah berterusan tidak wajar terjadi. Pakatan Rakyat tidak sepatutnya mengajak artis berceramah kerana ia bererti mensia-siakan bakat seni para artis tersebut. Artis-artis tersebut sewajarnya digalakkan untuk terus membuat persembahan seni, cuma wadah dan isinya berbeza.

Selain itu, Pakatan juga harus mengambil peluang ini untuk mempamerkan diri sebagai wadah baru kepada artis dalam dunia hiburan dengan menyediakan ruang, peluang dan kemudahan bagi mereka untuk terus berkarya. Di bawah Pakatan Rakyat, kata Zunar, Bob Lokman harus terus mencipta lagu, Dayang Ku Intan dan Aishah harus terus menghasilkan album, Abby Abadi dan Hairie Othman harus terus berlakon dan begitu juga artis-artis lain.

Pakatan Rakyat tegas Zunar gagal menyambut kehadiran artis dengan cara sewajarnya. Setakat ini tiada usaha untuk mengadakan konsert yang menggabungkan artis-artis yang berhijrah. Tiada juga usaha menghasilkan album lagu-lagu reformasi. Tiada juga usaha untuk menghasilkan filem yang mencatat sejarah perjuangan dan sebagainya. Produksinya bukan mudah kerana memerlukan belanja besar. Tetapi apakah dengan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, peruntukan kebudayaan di negeri masing-masing tidak boleh untuk tujuan ini?

Gegak gempita umum masuk Umno, penyanyi, pelakon tak muncul di pentas Umno, kenapa?


Sehingga kini belum terdengar lagi, penyanyi dan pelakon tanahair yang memilih Umno sebagai wadah perjuangan tampil memberikan ceramah. Kalau adapun, AC Mizal yang berceramah tanpa "penonton" di Gopeng kerana Adun Sg Rapat, YB Datuk Hamidah Othman menganjurkan ceramah itu untuk "membalun" ceramah PAS tidak jauh daripada lokasi Umno. AC Mizal kecundang ditangan Dayangku Intan dan Datuk Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pelajaran Perak yang berceramah di pentas PAS.

Rakyat tertanya-tanya, bilakah dan macam manakah penyanyi dan pelakon yang sertai Umno baru-baru ini, boleh beraksi membela Umno. Sia-sia sahaja mereka masuk Umno tetapi Umno tidak memberi peluang kepada mereka berceramah. Seolah-olah gegak gempita kemasukan mereka itu tidak bernilai, tidak upaya menarik anak-anak muda dan tidak memberi impak kepada Umno. Kenapa? Apa sebenarnya terjadi berbanding artis, pelakon dan penyanyi yang masuk PAS? 

Kos asal RM60 bilion, kini Projek MRT mungkin meningkat RM100b


Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli mendakwa, kos Projek MRT mungkin meningkat sehingga RM100 bilion, hampir tiga kali ganda daripada anggaran awal. Bercakap dalam sidang media, Rafizi mendakwa, beliau mendapat maklumat berkenaan daripada individu di dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad). Kos asal yang diperkatakan sebelum ini adalah sekitar RM50 hingga RM60 bilion, kata Rafizi lagi.

Sharifah Aini, Ning Baizura mampu gegarkan politik Malaysia jika masuk PAS

Sehingga pagi ini, pemburuan saya terhadap cerita diva Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah dan penyanyi bersuara lantang Ning Baizura nak masuk PAS belum menemui jawapan. Sumber-sumber "penyiasat" bebas saya, tidak memberi apa-apa maklumat berkaitan. Juara lagu 1990, Aishah Ariffin yang saya hubungi juga masih belum dapat menghubungi Kak Pah. Katanya, nombor telefon lama sudah bertukar. Dah tamat perkhidmatan. "Tengah cari no telefon baru dia," kata Aishah kepada saya. 

Namun siasatan terus berjalan bagi mendapatkan kepastian. Jika benar kedua-duanya masuk PAS, sudah pasti yang memberi impak politik yang besar terhadap PAS dan Pakatan Rakyat serta upaya melakari wajah baharu politik Malaysia. Pada hemat saya, cerita biduanita terkenal tanahair Kak Pah nak masuk PAS muncul sebaik diva itu mendaftarkan diri sebagai pengundi setelah selama ini dia tidak pernah mengundi seumur hidupnya. Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai parti Islam PAS dan akan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.

Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian 30 Jun 2012 bertajuk "Salahuddin: tanding di Johor bukan bunuh diri" turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang menyebutkan dalam satu ceramahnya di Johor baru-baru ini. Salahuddin turut menyebut nama Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi. Apapun, saya sedang meneruskan siasatan untuk mempastikan ianya menjadi kenyataan.

Tok Guru Nik Aziz 1000 kali setuju Umno laksana hudud di Johor


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu gembira dan mengucapkan tahniah kepada Umno atas cadangan seorang Adun parti itu di Johor untuk melaksanakan Undang-undang Syariah (hudud) ke atas semua rakyat, termasuk bukan Islam. Menteri Besar Kelantan itu mengalu-alukan Negeri Johor untuk merintis usaha itu sekiranya negeri berkenaan mampu berbuat demikian.

"Tahniah Umno. Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini," kata Tuan Guru Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian, 3 Julai lalu. "Kelantan hadapi halangan (untuk laksana hudud) tapi jika Johor boleh buat dahulu, buatlah, silakan," katanya. Perkara itu ditimbulkan dalam Dun Johor pada 20 Jun lalu oleh seorang wakil rakyat Umno, Dato' Ayub Rahmat yang mencadangkan supaya negeri itu menjadi negeri pertama melaksanakan hudud sebenar.

Ketika dihubungi Malaysiakini minggu lalu, Ayub berkata usaha itu berbeza daripada undang-undang yang diperkenalkan PAS kerana hanya meliputi orang Islam. Turut mengemukakan sokongan kepada cadangan itu ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Dewan Ulama, Dato' Harun Taib, dan Timbalan Pesuruhaya PAS Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kenyataan berkenaan bagaimanapun menerima tentangan keras MCA seperti dinyatakan presiden parti itu, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang menyifatkan Ayub "hilang akal" kerana mengemukakan cadangan tersebut. Laporan yang memetik kenyataan Chua itu turut disiarkan akhbar The Star, 3 Julai lalu di halaman 25.

Umno kena buktikan hudud Islam sebenar di Johor, bukan "Hudud PAS"


Jika selama ini Umno menuduh dan mendakwa Undang-undang Syariah atau hukum hudud ikut kefahaman pemimpin Umno, adalah "Hudud PAS" maka dengan syor yang dijulang Adun Kemalah, Johor, Datuk Ayub Rahmat menjadi jalan penting untuk Umno membuktikan perjuangan Islam mengikut syariat Islam yang sebenar dan bukan apa yang ditunjukkan oleh PAS. 

Saya kira, Umno mampu mempamerkan bagaimana syariat Islam seperti hukum hudud itu digubal mengikut Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW supaya PAS boleh menjadikan ia panduan. Sudah tentulah, PAS sentiasa bersedia menerima teguran jika ada kaedah sebenar pelaksanaan apa yang dikatakan "Hudud PAS" yang tidak tepat sebagaimana dakwaan Umno.

Selain Ayub, mungkin ramai lagi pemimpin Umno yang baru faham, sedang mentelaah, atau memang sudah masak dengan kehendak Allah SWT di dalam Al-Quran tentang hukum hudud mengikut ilmu yang mereka timba. Ayub salah seorang yang berani setelah melihat perjuangan menegakkan syariat Islam adalah kewajipan setiap pemerintahan Islam untuk laksanakannya, dan ia bukan isu politik kepartian semata-mata. Sebab itu dia berdiri atas platform Adun BN bagi menyatakan pandangannya kepada Dun Johor, 20 Jun lalu.

Tidak salah, Ayub mahu menjadikan Johor sebagai sebuah negeri pertama yang melaksanakan hukum hudud. Ini sekaligus membuktikan hudud ada dalam Al-Quran dan menafikan tuduhan jahat Tun Mahathir Mohamad, bahawa hudud hanya ciptaan ahli-ahli Fekah semata-mata. Cadangan Ayub juga memperlihatkan usaha PAS semakin diterima baik oleh segenap masyarakat termasuk Ayub daripada Umno, tanpa mengira kaum sehingga bukan Islam turut menerima dan menghormati pendirian PAS.

Soalnya beranikah Ghani Othman yang mengepalai Johor menongkah arus pendapat keras Najib Tun Razak yang menolak hudud? Dan adakah otak Ghani yang terang-terangan memperlekehkan hudud dalam kempen PRK Dun Tenang, sudah dibasuh dan kini tunduk dengan hukum hudud ciptaan Allah SWt itu?

Laksana hudud: Takutnya Umno dengan MCA lebih dahsyat daripada takutkan Allah!


Kenyataan berbeza antara pemimpin kanan BN terhadap cadangan Adun Kemalah, Johor, Datuk Ayub Rahmat agar hudud dilaksanakan di negeri itu membayangkan Umno hanya tunggangan MCA. Dengan situasi yang ada, saya akira, jelas Umno tidak akan membenarkan Johor melaksanakan hudud kerana mereka takut kehilangan sekutu tersayang mereka, MCA khasnya wang yang dimiliki parti ahli-ahli perniagaan itu.

Baru-baru ini, Ayub Rahmat menyarankan agar Johor menjadi negeri yang pertama melaksanakan hudud untuk semua kaum di negeri itu. Bukan hanya untuk orang islam sahaja seperti "hudud PAS" tetapi merangkumi Islam dan bukan Islam. Begitulah hebatnya cadangan Ayub dalam sidang Dun Johor yang baru lalu. Namun, ia segera dibantah oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan menyifatkan cadangan itu datang daripada seorang yang "hilang akal" atau gila.

Pada 22 September 2011, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, Umno menyokong pelaksanaan hudud. Namun dua hari selepas itu, iaitu pada 24 September 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia kerana undang-undang syairah itu tidak perpaksi kepada realiti masyarakat majmuk di Malaysia. 

BN cemas: Perhimpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai gugat integriti Najib


Satu lagi himpunan mega akan diadakan di Kuala Lumpur. Pada hemat saya, menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia membantu menyelamatkan para peneroka yang teraniaya daripada terus menjadi mangsa kerakusan Umno-BN. PAS secara rasmi telah mengarahkan semua ahli dan penyokongnya yang berkesempatan agar menyertai Perhimpunan Oren Selamatkan Felda pada 14 Julai ini. Arahan rasmi itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sepucuk surat kepada semua pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Surat yang bertarikh 29 Jun itu memaklumkan, mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Jun telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Oren Selamatkan Felda. Ia merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH). Tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman bantahan kita terhadap penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang pada hari Sabtu. Sebagai makluman, semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut. Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada tergendalanya perjalanan program ini. Surat yang ditulis Mustafa ini mula dimasukkan ke dalam facebook, blog dan diedarkan kepada semua ahli dan pemimpin PAS. Menurut laporan awal, ia akan dikepalai Presiden PAS sendiri, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Rabu, Julai 04, 2012

Kanser PRU-13: Nizar Jamaluddin yakin Umno-BN sedang menanti ajal


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Muqadimah: Kebangkitan hijau di negeri-negeri BN dan penghijrahan luar biasa golongan artis ke dalam PAS adalah suatu fenomena yang dilihat mampu membantu PAS menuju ke Putrajaya. Wartawan, NYZA AYOB mendapatkan pandangan kedua bekas Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mengenai perkara ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana Dato' Seri melihat kebangkitan Hijau ke Putrajaya? 

DATO' SERI NIZAR JAMALUDDIN: Ini merupakan satu fenomena yang menakjubkan khususnya kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kebangkitan hijau ke Putrajaya ini, apabila ia dilancarkan pimpinan PAS di Kedah baru-baru ini juga menambah kegerunan kepada Umno-BN. Saya melihat akibat daripada gelombang hijau yang disemarakkan di Kedah, ia kini telah menjalar ke negeri-negeri. Negeri Perak juga tidak ketinggalan mengadakan program seakan-akan Hijau Menuju Ke Putrajaya ini, dan sambutannya agak memeranjatkan kerana kehadiran dalam skala yang agak besar. Tidak pernah kita adakan perhimpunan sebesar itu, yang diadakan di Parit Buntar. Gelombang hijau ini menular bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat tetapi juga rakyat marhain. Gelombang ini memberi tamparan yang tinggi terhadap Umno-BN dalam pelbagai aspek. Walaupun Umno cuba mengecilkan sambutan yang diterima, ia tetap menjadi tarikan.

Apakah penghijrahan golongan artis  ke dalam PAS kebelakangan ini juga terhasil kerana momentum daripada kebangkitan hijau itu?

Dalam konteks hari ini, penghijrahan golongan artis yang telah lama terlibat dalam alam fantasi hiburan ini merupakan perkara yang baru dalam PAS. Kalau berlaku pun hanya satu atau dua kes. Fenomena ini saya anggap satu anugerah yang cukup istimewa kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Ia amat istimewa kerana bukan hanya golongan artis bahkan bekas kakitangan kerajaan yang pernah memegang jawatan tinggi turut menyertai PAS. Kemasukan mereka ke dalam PAS adalah satu cantuman yang mengukuhkan lagi serta meraikan lagi himpunan Hijau ke Putrajaya. Ia berlaku pada waktu dan ketika yang sama.
Saya melihat paling syahdu apabila kenyataan yang keluar daripada bekas-bekas penghibur ini, mereka seolah-olah mencari satu kebenaran dalam kehidupan di samping mereka mencari pendapatan harian. Apabila perkara ini mereka temui dalam PAS dan mereka menzahirkan perasaan mereka, kegembiraan terserlah pada mereka. Ini kerana mereka mula dicantumkan dalam PAS sehingga mereka meluahkan, jangan dipandang mereka hanya sebagai golongan yang hanya menghibur sedangkan mereka juga berpandangan mereka adalah insan biasa yang ingin terlibat dengan proses perubahan. 

Mungkin juga antara faktor utama mereka mendekati PAS kerana pendedahan daripada media alternatif  yang lebih membuka minda mereka dan seterusnya mereka menilai sendiri bahawa kebobrokan dalam sistem pemerintahan hari ini hanya dapat diubah apabila berlaku pertukaran pemerintahan?

Ya, itu tidak dapat dinafikan kerana apabila mereka hauskan berita dan maklumat terkini yang sahih, mereka akan mendapatkannya dalam media alternatif. Melalui media alternatif inilah menjadi jambatan kepada mereka untuk membuat perubahan.  

Apakah kebangkitan golongan penghibur ini juga akan lebih menarik minat orang ramai khususnya golongan muda untuk bersama-sama menyertai PAS?

Saya melihat golongan artis diberi ruang sebebasnya dalam media supaya pengikut mereka akan menjadikan mereka ini sebagai idola. Jadi, apabila mereka menyertai PAS, pengikut mereka di kalangan anak muda ini sedikit sebanyak akan turut terdedah dengan apa yang PAS laksanakan. Perkara ini memberi kebaikan yang amat besar kepada PAS. Saya merayu agar lebih ramai lagi golongan artis ini bersama-sama dalam perjuangan PAS. Saya difahamkan di kalangan artis yang telah masuk ke dalam PAS, ada ramai lagi kalangan rakan mereka berminat dengan PAS. Saya doakan individu yang dimaksudkan itu akan rapat dengan PAS untuk bergerak bersama-sama perjuangan yang mulia ini.

Penyertaan golongan profesional dan dan bekas kaki tangan kerajaan ke dalam PAS juga mungkin akan mendorong lebih ramai sokongan terutama  apabila semakin hampir dengan pilihan raya?

Ya, penyertaan mereka akan lebih menarik minat di kalangan orang Melayu termasuk belia Melayu yang sebelum ini mungkin hanya di atas pagar. Mereka teragak-agak kerana mungkin kerana termakan dengan dakyah media Umno. Tetapi oleh kerana hari ini ramai di kalangan profesional dan bekas kaki tangan kerajaan menyetai PAS, saya yakin ia akan turut menggamit golongan di atas pagar ini?

Pada pandangan Dato' Seri, mampukah gelombang kebangkitan hijau ini menyemarakkan hasrat Pakatan Rakyat menukar Kerajaan BN dalam PRU-13 nanti... 

Saya melihat gelombang ini sedang disemarakan dan akan beri kesan kepada PRU-13 nanti. Di Perak misalnya, walaupun hanya sembilan bulan PAS menerajui negeri itu, kita telah mendedahkan anak muda pada satu suasana yang amat terbuka. Begitu juga dengan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Jadi sudah tentu gelombang hijau ini amat mendatangkan kesan positif di negeri naungan BN. Saya mengatakan demikian kerana anak-anak muda di negeri-negeri bukan Pakatan Rakyat sebelum ini masih dihidangkan dengan program-program yang dianjurkan Umno-BN yang berkonsepkan hiburan semata-mata sebagai contoh di negeri Johor. Di sinilah sebenarnya gelombang hijau itu mudah diterokai di negeri-negeri BN ini dan jauh lebih hebat kerana kita menyajikan program yang boleh membuka minda mereka.

Akhir sekali, agaknya gelombang hijau ini juga menandakan sudah sampai 'ajal' Umno-BN untuk terus berkuasa di Malaysia?

Allah berfirman di dalam Surah Al A'raf ayat 24 yang bermaksud "bagi setiap manusia itu ada ajalnya". Apabila ajal itu sampai, ia tidak boleh mengundur ke belakang walau sesaat. Biasanya apabila parti-parti politik ini akan menumui ajalnya, ia akan membuat perkara di luar pemikiran manusia. Ia akan melatah dan buang tabiat. Jika kita lihat enam bulan kebelakangan ini, Umno-BN mempamerkan fenomena latah dan buang tebiat yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kapal selam, lembu, tindakan kurang sopan di hadapan rumah Ambiga semua ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak boleh lagi hendak ke depan dan belakang. Ajal ini akan sampai apabila tahap kezaliman itu semakin memuncak.

Inspektor Razlan ikuti jejak Inspektor Aliza tunggu "tarikh keramat" serah borang menjadi ahli PAS


Kira-kira jam 10.38 malam semalam, 3 Julai 2012, Inspektor Razlan watak dalam drama bersiri televisyen Gerakan Khas arahan Dato' Yusuf Haslam, Zulkifli Ismail (gambar) menghubungi saya. Kebetulan, saya baru usai menikmati murtabak di Restoran Haslam sebelum menyambung tugasan deadline Harakah Bil 1757. Zulkifli terlebih dahulu mohon maaf atas penjelasan yang akan dimaklumkan. Dia memberitahu dengan panjang lebar tentang "berita" dia akan menyerahkan borang menjadi ahli PAS pada 6 Julai ini di Markas PAS Taman Melewar kepada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, seperti yang disebut oleh hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman dalam satu ceramahnya di Batu Gajah bulan lalu.

Ringkasnya, Zulkifli memberitahu saya, dia belum bersedia tetapi tetap tegar bersama Pakatan Rakyat. Namun, setelah mengambil kira pelbagai aspek, dia terpaksa membuat keputusan itu walaupun katanya, akan ada pihak yang kecewa. Tetapi, dia akan "merisik" dan "merisik" kalau-kalau ada lagi kawan-kawan pelakon, artis yang berhajat untuk naik ke pentas menyerahkan borang menjadi ahli PAS. 

Begitulah harapannya kepada saya, dan pada hemat saya juga, saya cukup memahami apa yang disampaikan oleh Zulkifli itu. Banyak maslahat yang perlu dijaga untuk sebuah jemaah bernama Partai Islam Se-Malaysia (PAS). Nampaknya Inspektor Razlan mengikut jejak Inspektor Aliza yang dilakonkan oleh Abby Abadi dalam darama televisyen yang sama, yang masih menunggu "tarikh keramat" untuk menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Apapun, niat mereka yang baik itu akan diberkati oleh Allah SWT dan bertemu jua tarikh keramat untuk mereka berdua menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Cadang Johor buat hudud, Umno dan Dato' Ayub Rahmat dituduh 'gila'


Sehingga hari ini, seingat saya, tiada pemimpin Umno yang berkokok pendek mahupun panjang. Entah kenapa dan apa motifnya tidak diketahui. Tiba-tiba dalam Dun Johor ada "suara PAS" yang memakai uniform Umno-BN mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud. Tiada salah dan celanya pada hemat saya, syor yang dibuat Adun Kemelah, Dato' Ayob Rahmat. Itu cadangan yang terpuji dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun menyantuni syor positif itu. Umno boleh lakukannya di Johor kerana di Kelantan ianya disekat dan terhalang.  

Tetapi malang agaknya menjadi Adun Umno-BN, syor itu dihempuk keras oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak pula tampil membela Ayub Rahmat yang disifatkan Chua Soi Lek sebagai "hilang akal". Pada hemat saya, menyifatkan Ayub sebagai 'hilang akal' samalah juga mendakwa pemimpin Umno itu sebagai 'gila'. Bukankah hilang akal itu maknanya gila. Apa sikap pimpinan Umno terhadap Soi Lek yang mendakwa cadangan Umno satu cadangan menggambarkan orang hilang akal, yang bermakna cadangan daripada orang gila?

Sebelum ini, Ayub mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia pada 20 Jun lalu di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dun Johor ke-12. Soi Lek juga dalam twitternya mengatakan Ayub telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan dan beliau menegaskan MCA pasti akan menentang usaha itu.

Tamrin Tun Ghafar akui Najib bukanlah Tun Razak yang dibanggai Melayu


Kebimbangan utama orang Melayu dan rakyat beragama Islam terhadap Umno sekarang ialah perjuangannya yang dilihat semakin menipis terhadap kepentingan Melayu, Islam dan seperti sudah melupakan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dahulu. Melalui dasar 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, rata-rata berpendapat bahawa ia tidak seharusnya terlalu dikompromikan terutamanya dalam pengagihan kek ekonomi, pemberian biasiswa, perlaksanaan kouta Bumiputera dan sebagainya.

Sejak DEB diperkenalkan pada sekitar tahun 1970-an oleh Tun Abdul Razak, Umno-BN terus mendapat sokongan kuat daripada rakyat dalam pilihanraya demi pilihanraya sehinggalah tahun 2004. Walaupun Tun Razak tidak mempunyai slogan seperti 1Malaysia tetapi rakyat berbilang kaum hidup berharmoni dan hormat menghormati antara satu sama lain. Hak-hak istimewa orang Melayu seperti kouta dalam perniagaan dan biasiswa tidak terjejas, di samping hak rakyat asing yang lain terus berkembang dengan pesat. 

Agama rasmi negara iaitu Islam tidak dihina dan dimomok seperti yang dilakukan sekarang oleh rakan kongsi BN sendiri iaitu MCA. Ramai yang berpendapat Allahyarham Tun Razak, ayahanda Najib sendiri telah memberi harapan kepada rakyat khususnya orang-orang Melayu tetapi harapan itu dihancurkan oleh anaknya sendiri iaitu Najib. Kata Dato' Ariff Sabri dalam blognya Sakmongkol AK47, "Najib bukan Tun Razak..." ini membawa makna yang amat jauh dan dalam.

Hanya pada tahun 2008 BN kehilangan empat negeri selain Kelantan dan juga hilang majoriti 2/3. Ini berlaku kerana seperti kata Tun Mahathir, pimpinan Umno-BN pada ketika itu amat lemah dan lalai, ditambah pula wujudnya sikap rakus "budak-budak tingkat empat". Malangnya, sejak setahun dua ini rata-rata rakyat, termasuk ahli-ahli Umno dan BN sendiri mengkritik kepimpinan hari ini yang disifatkan lebih teruk dari yang baru lepas. Ini tidak termasuk perbincangan hangat orang ramai mengenai perilaku isteri Najib, Rosmah Mansor sendiri yang dikatakan lebih teruk dari "budak-budak tingkat empat". Pendek kata, rakyat rata-rata mengikuti perkembangan semasa. 

Isu terbaru  yang diperkatakan kebelakangan ini ialah bagaimana Lembaga Tabung Haji (LTH) boleh menjual ladang kelapa sawitnya di Indonesia seluas 83,000 hektar dengan anggaran pendapatan RM3 juta sehari kepada sebuah syarikat bukan Melayu? Perkara ini perlu dijelaskan terutama siapakah yang memberi kelulusan penjualan itu kerana jika benar, ia merupakan pengkhianatan kepada orang-orang Melayu khususnya pencarum-pencarum Tabung Haji.

Saya penuh yakin bahawa kedudukan Melayu dan Bumiputera di negara ini telah difahami oleh semua pihak dan tidak akan menimbulkan apa-apa masalah jika ia diuruskan dengan ketegasan serta kebijaksanaan. Dalam hal ini, Najib bukan saja harus kembali kepada jati diri sebagai orang Melayu dan penganut Islam  tetapi sebagai Presiden Umno, Najib juga tidak harus lupa Fasal 3 Perlembagaan Umno yang menuntut antara perjuangan Umno ialah berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Saya cukup tertarik dengan tawaran Dato' Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang  pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) kepada para pelajar pusat pengajian tinggi dan ingin memberi pendidikan percuma kepada rakyat. Bagi saya, tawaran Pakatan Rakyat itu amat baik dan relevan demi kepentingan rakyat, generasi muda dan kepentingan melahirkan lebih ramai modal insan yang berkualiti untuk negara.

Demi  kepentingan rakyat dan untuk mendapatkan kembali sokongan generasi muda dalam pilihanraya umum ini, saya ingin menyarankan agar Najib segera bertindak pantas menghapuskan pinjaman PTPTN ini kerana ia didapati begitu membebankan pelajar dan menyebabkan mereka dibelenggu dengan hutang sebelum pun memasuki dunia pekerjaan. Pinjaman PTPTN ini ternyata amat membebankan generasi muda dan  tidak adil jika dilihat daripada kesediaan kerajaan memberikan pinjaman RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus serta diberikan tempoh membayar balik selepas lima tahun yang diberikan kepada projek lembu NFC. 

Lagi pun, jika hutang Tan Sri Tajuddin Ramli berjumlah RM589 juta terhadap kerajaan pun dapat dilupuskan, tentulah tiada masalah bagi pihak kerajaan menghapuskan hutang PTPTN ini demi kepentingan modal insan negara. Saya bersetuju dengan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah melalui hasil minyak negara sebanyak antara RM80 hingga RM90 bilion setahun, ianya tidak menjadi masalah kepada pihak kerajaan untuk memperuntukkan sebahagian kecil daripadanya untuk membiayai pelajaran anak-anak muda kerana mereka inilah harta negara sebenarnya yang perlu diberi perhatian serta tumpuan.

Mengapakah kerajaan terlalu berkira sangat dalam soal hutang PTPTN ini kerana jika mengikut laporan di mana hutangnya hanya tinggal RM24 billion dan andainya pembayaran balik dilakukan dalam tempoh 10 atau 15 tahun, kerajaan hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan yang kecil sahaja sedangkan inilah pelaburan terbaik untuk masa depan negara. Oleh kerana cadangan ini datangnya dari Pakatan Rakyat, kerajaan menolaknya dengan alasan yang susah diterima akal yang waras iaitu negara akan bankrap jika sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan. Amat cetek sekali pemikiran dan pendekatan kerajaan dalam menangani isu PTPTN ini.

Yang sedih dan memilukan apabila sekumpulan "askar-askar upahan" mencederakan anak-anak muda (penuntut) yang berpiket secara aman di Dataran Merdeka. Saya diberitahu, anggota polis yang berhampiran mengambil masa agak lama sebelum bertindak seolah-olah mengizinkan insiden tersebut. Begitu juga tindakan kasar Penguatkuasa DBKL. Sekarang ini mereka menyalahkan anak-anak muda ini pula dengan mengheretnya ke mahkamah – Ialah mereka yang berkuasa!!

>> Komentar Tamrin Tun Ghafar. Beliau ialah ahli Umno dan bekas Pengerusi MARA.

Prof Dr Aziz Bari tuduh Umno "makhluk perosak" nombor wahid


Tidak perlulah saya terangkan apa itu makhluk perosak. Semua orang sudah sedia maklum gelagat dan masalah yang dibawa oleh makhluk perosak, khususnya di kalangan petani dan peladang. Dalam konteks sistem pentadbiran negara kita Umno boleh disamakan dengan makhluk itu kerana apa yang mereka lakukan – khususnya terhadap sistem pentadbiran dan perlembagaan negara - banyak yang merosakkan.

Parti politik sepatutnya membawa budaya politik tertentu yang boleh menambah dan melengkapkan apa-apa yang kurang dalam sistem perlembagaan dan pentadbiran kita. Bukan melemah atau memesongkan sistem berkenaan. Di negara-negara maju – seperti di Amerika Syarikat dan Eropah – parti-parti politik memberi dimensi yang berbeza berhubung dengan pelaksanaan pemerintahan. Ini dilakukan melalui dasar-dasar dan pendekatan mereka.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara kita sebenarnya baik. Siapa pun yang memerintah – asalkan melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil – ada faktor-faktor dan hal-hal yang tidak berubah. Ini termasuklah sistem beraja, badan kehakiman dan perkhidmatan awam. Sebab itu sepatutnya tidak timbul soal negara ini akan jadi huru hara apabila Umno-BN tewas. Ini kerana Umno-BN hanyalah sekadar parti politik. Sebagaimana parti politik yang lain ia datang dan pergi tiap-tiap lima tahun. Kerajaan yang memerintah tidak kekal memerintah selama-lamanya. Mereka perlu memperbaharui mandat tiap-tiap lima tahun.

Ciri itulah yang hendak kita kembalikan ke dalam sistem pemerintahan negara. Supaya selepas ini pertukaran kerajaan dapat diterima oleh rakyat – dan parti-parti politik yang bertanding – dengan mudah tanpa sebarang perasaan cemas dan gelisah. Dengan itu pertembungan dan persaingan dengan Umno-BN bukan sahaja sekadar persaingan kuasa seperti yang mereka katakan. Ia lebih merupakan perjuangan untuk menyelamatkan negara dari terus dirosakkan.

Negara-negara demokrasi yang sebenar tidak takut atau gementar dengan perubahan atau peralihan kuasa dari satu parti kepada parti yang lain. Ini kerana  di dalam sistem itu sendiri sebenarnya ada sesuatu yang menjadi insuran; yang mempastikan bahawa siapa pun yang memerintah ada hal-hal yang tetap dan tidak berubah. Dalam sistem demokrasi berparlimen ketua negara – di Malaysia Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan para Yang di-Pertua Negeri – kekal walau apa pun bentuk dan warna parti atau parti-parti yang memerintah. 

Ini menjanjikan atau mempastikan ada hal-hal yang tidak berubah. Selain ketua negara beberapa institusi lain – termasuk badan kehakiman dan perkhidmatan – turut memainkan peranan yang sama. Sebab itu pada hakikatnya tidak harus timbul bahawa "Putrajaya perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun"; seolah-olah Pakatan Rakyat ini membawa bentuk pentadbiran yang berlainan, yang bertentangan dengan apa yang ada sekarang. 

Selain komitmen yang jelas yang telah dirakamkan dalam Buku Jingga apa yang dilakukan di negeri-negeri Pakatan sejak 2008 – termasuk di Kelantan sejak 1990 – menjadi bukti paling kukuh kepada komitmen itu. Sebaliknya Umno-BN telah melakukan pelbagai perkara yang melemahkan sistem beraja, badan kehakiman, perkhidmatan awam dan juga sistem pilihan raya. Hampir 55 tahun Umno memimpin pentadbiran telah banyak kerosakan yang kita perhatikan. 

Dari sistem raja berperlembagaan, perjalanan badan kehakiman, pilihan raya, pengurusan ekonomi dalam macam-macam lagi. Raja-raja telah dikurangkan kuasa mereka melalui cara yang tidak beradab dan memalukan. Begitu juga badan kehakiman. Perkhidmatan awam yang sepatutnya neutral – tidak memihak dan mengatasi politik – sudah jadi alat politik Umno-BN. Yang paling jelas terlibat dalam soal ini ialah pasokan polis. Apa yang disebut oleh Ketua Setiausaha yang baru bulan lalu mengesahkan apa sudah sedia berlaku. 

Dalam pada itu hak asasi rakyat juga semakin terhakis. Dari hak rakyat biasa kepada hak-hak pekerja dan mahasiswa semuanya telah dikekang melalui undang-undang yang dibuat oleh parlimen, satu lagi institusi yang telah dikembirikan oleh Umno-BN. Ini semua tidak akan dapat dipulihkan dengan hanya meletakkan pembangkang yang kuat di parlimen. Atau sekadar menafikan majoriti dua pertiga sebagaimana yang dapat dicapai pada pilihan raya umum yang lalu. Kita memerlukan sebuah kerajaan baru di Putrajaya. Sebuah kerajaan yang lain dari Umno-BN

>> Komentar Dr Abdul Aziz Bari. Beliau ialah mantan Profesor Undang-undang di UIAM 

Mohd Sabu, Dato' Husam, Pak Samad, Aishah, Bob Lokman, Hairie dalam Rapat Perdana Lebuhraya Rakyat 6 Julai 2012


Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) bersama PAS Kawasan Batu akan mengadakan Rapat Perdana Lebuh Raya Rakyat untuk membantu pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan patut dipuji kerana program sebegini akan mendorong mana-mana pihak termasuk PAS Kawasan dan Negeri serta Dewan-dewan mengadakan majlis serupa untuk menggalakkan rakyta menderma.

Himpunan ini akan diadakan pada 6 Julai di Dewan Besar Dato' Fadzil Mohd Noor, Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula pada jam 9.30 malam. Pada hemat saya, inilah julung-julung kali program seperti ini dianjurkan oleh Paksi yang teruja dengan saranan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memohon supaya rakyat jelata turut terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Rakyat ini.

Himpunan ini bertujuan untuk mengutip derma pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan. Ia yang bertemakan 'Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat' akan diisi dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan termasuk deklamasi sajak, lagu puisi, pantun seloka selain ceramah. Jualan dan lelongan lukisan dan buku juga akan diadakan pada malam tersebut.

Beberapa orang tokoh  sasterawan dan artis terkenal telah bersetuju hadir untuk menjayakan hasrat murni ini. Antara mereka ialah SN. Datuk A. Samad Said, Dinsman, Pyanhabib, HMS Abu Bakar, Rahamad Haron dan beberapa tokoh lain. Di kalangan artis dan pelakon penyanyi Wan Aishah, Bob Lokman, Leman Raja Lawak dan hero filem Leftenan Adnan, Hairi Othman. Tokoh politik yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa yang mewakili kerajaan Kelantan. Moderator pada malam itu Dato' Tarmizi Mohd Jam.

Terserempak anak bekas Ketua Kaum Ibu PAS, Khadijah Sidek di PPR Desa Rejang


Selepas usai saya dan Cikgu Ishak Surin berceramah di PPR Desa Rejang, membantu calon PAS, Dr. Lo Lo Datuk Ghazali, kami dipertemukan dengan anak Ketua Kaum Ibu PAS era 50an, Allahyarhamah Khadijah Sidek, iaitu Mohd Hatta Hamzah (gambar tengah). Sepenggal pilihan raya hampir menutup tirai. Dr Lo' Lo' yang menang dalam PRU 2008 di Parlimen Titiwangsa itu pun, kini sudah meninggalkan kita setahun yang lalu. Namun kenangan berkempen, masih terasa bahangnya. Berceramah di atas pacuan empat roda, dengan pembesar suara dihalakan ke rumah flat yang tersergam memacak bumi. 

Khadijah pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dan pernah menjadi Ahli Parlimen PAS yang pertama dari kalangan wanita setelah menang di Parlimen Dungun, Terengganu. Dalam pertemuan ringkas itu, kami tidak dapat memperincikan sembang-sembang kami selain dari bertanya khabar dan berkenal-kenalan.

"Kami akan konteks Hatta lepas ini. Kita jumpa, sembang panjang," ujar Cikgu Ishak yang macam sudah mengenali beliau, berpeluk-pelukan meninggalkan pertemuan itu. Setelah mendapatkan nombor telefonnya, dan hujan mulai turun dengan lebat, masing-masing kami meninggalkan tapak kempen berlari ke kereta untuk pulang. Sehingga kini, saya mahu pun Cikgu Ishak tidak pernah bertemu dengan Mohd Hatta yang menetap di PPR Desa Rejang itu. Alangkah baiknya, Hatta diziarahi, bisik hati saya apabila melihat kembali gambar bersamanya.

Hero filem Leftenan Adnan "laris" penuhi majlis ceramah PAS di Perak dan Terengganu


Kira-kira jam 6.30 petang tadi, 3 Julai 2012, Leman Raja Lawak menghubungi saya melalui telefon. Katanya Hairie Othman nak bercakap. Saya menyambut salam dari suara yang bunyinya agak jauh dan sedikit bising. Hairie memberitahu dia dalam perjalanan ke Kemanan, Terengganu memenuhi jemputan ceramah bersama Leman. Mereka menaiki kereta dan akan pulang semula ke Kuala Lumpur malam itu juga. Saya mengucapkan selamat jalan dan maju jaya, serta pandu berhati-hati.

Hero filem Laftenan Adnan ini menyerahkan borang menjadi ahli PAS pada Jumaat 29 Julai 2012 yang lalu bersempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya. Ia diserahkann kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di hadapan kira-kira 30,000 hadirin. Sehingga 4 Julai, sudah cukup 5 hari Hairie bergelar ahli PAS tak rasmi kerana ianya belum diluluskan oleh Jawatankuasa Agung PAS.

Namun, setiap malam, dunianya kini dipenuhi dengan ceramah dan jelajah ke seluruh pelusuk tanah air. Malam Rabu 4 Julai, saya bersama Hairie dan Leman Raja Lawak akan berceramah di Dataran Sayong, Kuala Kangsar jam 9.30 malam atas undangan PAS Kawasan Kuala Kangsar. Terima kasih YM Dr Raja Iskandar Al-Hiss kerana ajak kami jengah ke bandar diraja.

Abby Abadi terjah Mursyidul Am PAS petanda hatinya kini sudah terpaut!


Teringat saya kata-kata Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan "Belum sampai masanya" apabila beliau diajukan soalan bia lagi nak masuk PAS? Macam rakan-rakan artis yang lain. Inilah tandatanya di kalangan ahli dan penyokong PAS, malah pimpinan PAS di semua peringkat. "Bila Abby nak masuk PAS?" 

Pada hemat saya, jawapan Inspektor Aliza dalam drama Gerak Khas arahan Yusuf Haslam agak menarik dan jujur. Dia rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama dan  politik tidak adapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Bukan saya taknak jadi ahli PAS atau nak mengelak menyertai PAS, tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Nak tarik orang masuk bukan senang, kena perlahan-lahan," ujar Abby di Kompleks PAS Kota Sarang Semut 27 Jun lalu.

Namun, Abby tidak dapat menahan sebak apabila diminta Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menceritakan bagaimana beliau mula terdetik untuk berubah dan mendekati perjuangan Islam sewaktu menerjah tokoh ulama itu pada 2 Julai lalu. Abby hanya sempat menyatakan, pada awalnya mempunyai masalah peribadi, dan terus memohon kepada Allah sewaktu berada di Makkah diatasi masalahnya.

Katanya, dia memohon pada Allah agar ditunjukkan jalan yang benar bagaimana harus dia tuju dalam saat sebegitu. Abby menerjah Mursyidul Am PAS itu di Pejabat Menteri Besar Kelantan di Bangunan SUK. Abby memberitahu Tuan Guru, sebelum ini beliau pernah menghadiri program lain termasuk anjuran Barisan Nasional, namun ianya berbeza dengan anjuran PAS yang lebih terasa diri dekat dengan Allah.

Dalam pertemuan itu beliau juga meminta Tuan Guru mendoakan beliau agar terus istiqamah dengan perubahannya ini. Pada masa sama, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS turut meminta Abby mendoakan Kelantan kekal dibawah pemerintahan parti Islam dan dia sentiasa sihat. Somoga Abby cepat-cepat masuk PAS agar dapat melonjakkan lagi sokongan dan dokongan para peminatnya dan umat islam lainkan bersama perjuangan PAS. 

Selasa, Julai 03, 2012

MCA ugut keluar BN jika Umno Johor laksana hudud seperti yang diumumkan


Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Chua Tee Yong Chua menegaskan MCA akan meninggalkan BN sekiranya hudud dilaksanakan oleh Umno. Beliau menolak cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam dan bukan Islam di Johor kerana cadangan itu hanya dibuat oleh seorang Adun Umno. Katanya, beliau hanya mengambil kira kenyataan oleh tokoh seperti Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am parti itu, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Chua mengulas cadangan oleh Adun Kemelah, Dato' Ayub Rahmat pada 20 Jun lalu untuk melaksanakan undang-undang tersebut di negeri Johor. "Nik Aziz dan Hadi Awang telah menyatakan banyak kali bahawa mereka akan melaksanakan hudud tetapi DAP masih bekerjasama rapat dengan PAS. Tambahan pulam ini bukan daripada Pemuda PAS, tapi daripada presiden dan mursyidul amnya," kata MP Labis itu lagi.

Datin Paduka Marina jadi "bom jangka" kepada Tun Mahathir dan Mukhriz


Saya melihat, agenda keras Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjulang salah seorang anak lelakinya, Datuk Mukhriz agar menjadi Perdana Menteri suatu masa nanti "terencat" dengan langkah sumbang seorang lagi anaknya, Datin Paduka Marina. Mahathir sudah menembak peluru, Mukhriz akan dijadikan MB Kedah jika menang PRU-13 nanti. Biarpun Umno Kedah bercempera ketika ini akibat tembakan peluru tabur Mahathir itu, tetapi "bom jangka" dalam keluarga yang bergayut pada tubuh Marina, paling ditakuti Mahathir dan Mukhriz.

Mahathir saya kira, beitu lantang memberi amaran keras kepada Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti, berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga bekas PM itu yang masih aktif dalam bidang politik. Ketakutan Mahathir memang berasas. Takut Mukhriz tercicir daripada menjadi PM selepas Najib. Mahathir begitu ghairah mahu Mukhriz menjadi penyambung kerusi PM pada masa depan. malah katanya, ada "akujanji" antara Najib sewaktu berjaya menurunkan Pak Lah sebagai PM.

Langkah Marina jelas tidak sama dengan langkah Mahathir dan Mukhriz. Pada hemat saya, Marina telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk menyertai Gerakan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih). Ikut serta dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini secara tegas dan berani. Dari jauh Mahathir berharap Marina akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, dan tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Mahathir mahu Marina bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti.

Ehhh biar betul nih: Pelakon, penyanyi bersuara lantang Ning Baizura juga nak sertai PAS?


Pagi-pagi lagi Setiausaha Muslimat PAS Kawasan Batu, Zurina Din mengirim SMS kepada saya. Isunya sama. Macam sudah bertiup kencang dibuatnya. Tetapi saya tak tahu sangat, betul atau tidak. Namun, saya tidak menolak kemungkinannya ada. Zurina bertanya juga, betulkah penyanyi dan pelakon Ning Baizura akan sertai PAS dalam masa terdekat. 

Entah dari mana sumber maklumatnya, tidak saya ketahui. Tetapi cerita Ning Baizura nak masuk PAS ini sudah saya dengari sejak beberapa hari lalu. Kenapa ya? Saya sedang menjejaki melalui beberapa kawan-kawan artis mengenai kesahihan cerita ini. Kemungkinan itu ada. Tidak mustahil perkara ini akan terjadi. Tunggguuuuu!

Artis sedia masuk PAS, yakin parti Islam itu mampu buat kejutan PRU-13


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Muqadimah: Sokongan para artis terhadap PAS jadi suatu fenomena. Bukan seorang, masih ramai yang akan istihar sertai PAS. Mereka yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu lakukan perubahan di negara ini. Ikuti wawancara wartawan AZIZ MUDA bersama hero filem Leftenan Adnan, Haire Othman pada 28 Jun lalu. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh saudara ceritakan kenapa mengambil keputusan masuk PAS? 

HAIRIE OTHMAN: Ini semua bertolak atas kesedaran diri sendiri. Kita semua ada tanggungjawab untuk memilih. Setelah saya kaji yang mana satu parti yang juga perjuangan yang patut kita ikuti, saya memilih PAS. Setelah memilih PAS, dapatlah saya bersama-sama dengan jemaah PAS. Sebagai orang Islam, kita mesti menyokong perjuangan Islam sebab itulah yang dituntut oleh Allah ke atas kita.

Sesetengah pihak mendakwa artis masuk PAS kerana nak cari glamour atau nak jadi calon. Bagaimana pandangan saudara dalam hal ini? 

Itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas. Tapi itulah, tuduhan-tuduhan dan tohmahan semacam dah menjadi sifat orang Melayu. Kalau kita buat perkara baik, dituduh macam-macam, seolah-olah buat benda baik ini macam tak penting. Mereka lebih suka kalau kita terus buat benda yang tak elok. Kepada orang-orang Melayu yang bersifat seperti itu, kena tarbiyahlah (mereka) sikit. Bagi orang Melayu, kalau kita buat benda baik, mereka akan cuba mencari segala kesalahan kita. Mereka suka mengungkit kembali benda-benda lalu yang tak baik yang kita lakukan. Benda-benda tak baik itulah yang hendak dilondehkan. Pada hal tak perlulah kita nak bercerita benda-benda yang lepas. Hanya dapat dosa sahaja. 

Tuduhan cari glamour dan jadi calon tak logik...

Menuduh artis masuk PAS kerana nak cari glamour adalah sesuatu yang tak logik. Dunia glamour bukan berada dalam PAS. PAS adalah parti Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen, bukannya mencari glamour. Begitu juga jika menuduh artis masuk PAS kerana hendak menjadi calon. Itu tak masuk akal sama sekali. Dalam politik kalau hendak menjadi calon, bukan boleh menjadi calon macam itu sahaja. Mesti adalah prosedurnya. Kalau nak jadi calon mestilah memegang jawatan-jawatan tertentu dalam parti sama ada di peringkat kawasan, negeri dan Pusat. 
Kalau nak jadi Menteri Besar, mestilah menang wakil rakyat peringkat dewan undangan negeri (Dun). Begitu juga untuk menjadi menteri, mestilah memegang jawatan penting dalam parti di peringkat pusat dan menang Parlimen. Kalau nak bertanding Adun pun, sekurang-kurangnya mesti memegang jawatan penting parti di peringkat kawasan. Nak jadi calon mestilah ikut prosedurnya. Itulah antara prosedur penting yang mesti diikuti. Tapi artis bukannya memegang apa-apa jawatan dalam parti. Jadi mana boleh nak jadi calon? Tanpa pegang apa-apa jawatan dalam parti tiba-tiba nak jadi calon, itu tak logik sama sekali. 

Bagaimana saudara melihat kebangkitan rakyat, khususnya dalam menyokong PAS dan Pakatan Rakyat?

Saya yakin ada kesan baiknya apabila artis masuk PAS. Malah kawan-kawan saya dari kalangan artis pun turut memberikan sokongan terhadap saya. Mereka juga ingin ikut jejak langkah saya menyertai PAS, tetapi kebanyakannya ada yang tidak berani untuk menyatakan sokongan secara terbuka. Sungguhpun begitu, mereka mengakui secara ikhlas yang mereka juga sebenarnya ingin masuk PAS secara terbuka macam saya. Cuma buat masa ini mereka masih tak berani mengambil langkah seperti saya. 
Maklumlah, dalam dunia seni ni banyak tekanannya. Jika dah masuk PAS, banyaklah halangan yang akan dikenakan oleh pihak-pihak tertentu ke atas artis itu. Senarai hitamkan namalah, tak bagi adakan persembahan bagi program-program tertentu, tak bagi keluar TV dan sebagainya. Berbagai-bagai sekatan dan tekanan yang akan dikenakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyekat sumber rezeki dan populariti artis terbabit. Samalah juga jika kakitangan kerajaan menyokong PAS. Mereka akan ditukar ke tempat lain dan sebagainya. Artis pun macam itu juga. 

Persepsi artis-artis ini apabila Pakatan Rakyat memerintah...

Ada juga dari kalangan artis yang cakap kepada saya, jika PAS dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13 nanti dan dapat menawan Putrajaya, mereka akan beramai-ramai masuk PAS. Tapi saya cakap tak betullah macam itu. Bila dah menang dan dapat menawan Putrajaya barulah nak masuk PAS, itu dah tak betul. Sepatutnya jika kita betul-betul menyokong PAS mesti masuk PAS dari sekarang, bukannya bila dah menang baru nak masuk PAS. Apalah maknanya? Itu dah tak betul dari segi perjuangan. Untuk masuk PAS, seseorang artis itu memerlukan kekuatan yang tersendiri. Bila masuk PAS, kita bukan kena fikir pasal parti sahaja, tetapi juga diri kita sendiri. Kita mestilah berhijrah. 
Berhijrah daripada yang tak baik kepada baik, daripada kurang baik kepada lebih baik. Itu semua adalah tuntutan Allah ke atas diri kita sendiri, bukan untuk parti sahaja. Apabila artis dah masuk PAS, tak bolehlah nak terus melakukan perkara-perkara tak baik lagi. Tak bolehlah nak pergi karaoke lagi. Tapi kita kena berubah. Malah tujuan kita masuk PAS itu juga sebenarnya adalah untuk berubah kepada lebih baik. Dalam masa yang sama, kita kenalah bekerja, bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk perjuangan. 

Apa rasanya sejak nejadi sebahagian daripada keluarga PAS...

Saya bersyukur kepada Allah. Banyak maknanya berada dalam PAS. Berada dalam PAS bermakna saya dah tak boleh lagi melakukan perbuatan biasa yang tak baik. Nanti orang kata itukah orang PAS? Orang akan nampak PAS, bukan kita sahaja. Jadi dua-dua saya kena jaga. Alhamdulillah, dengan itu diri kita akan terjaga dari melakukan perbuatan yang tidak baik. Sekarang apabila berjumpa dengan rakan-rakan artis, saya lebih banyak bercakap kepada agama. Bila kita berkawan dengan orang yang selalu pergi ke masjid, kita juga akan ikut ke masjid. Inilah kehidupan yang kita nak cari sebenarnya. 

Apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia artis hingga ramai yang masuk PAS muktahir ini? 

Tak ada apa yang berlaku, macam biasa sahaja. Tapi keseluruhan dunia seni ini macam itulah, tak berubah. Bayaran kepada artis tak pernah direview sejak 20 tahun lepas. Barang-barang naik harga, tapi bayaran kepada artis begitu juga, kerja pula semakin banyak. Industri seni di negara kita sekarang bukan tambah maju, tapi di tahap lama juga. Alaf baru jika dibayar RM2 juta atau RM3 juta, itu maknanya tak majulah. Dalam politik pula ada artis yang berterus terang. Tapi kita kena yakinlah, rezeki itu Allah Taala yang beri. Kepada yang tak yakin, kena 'cover line' lah. 
Kita harap mereka akan menyokong perjuangan PAS, tapi biasalah bagi yang nak cari makan, mereka tak berani berterus terang. Ada yang kata punca artis masuk PAS kerana sebelum ini jiwanya kosong. Jadi bila masuk PAS jiwa akan terisi dengan kebenaran dan kerohanian. Tapi hati yang kosong itu sebenarnya bukan artis sahaja. Sesiapa sahaja yang nak cari ketenangan, kenalah ingat kepada Allah. Dalam perkara ini tidak kepada artis sahaja, tapi merangkumi semua orang Islam. Bila masuk PAS, bermakna kita akan bersama-sama dengan jemaah yang lebih besar. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan jemaah PAS yang lebih besar. 

Pandangan saudara melihat keupayaan PAS untuk mara ke Putrajaya?  

Saya rasa lebih yakin. Bila kita tengok sendiri kajian dalam Facebook dan Twitter, insya-Allah kita akan mendapat kemenangan majoriti nanti. Sekarang kalau kita tengok kempen di sebelah sana (Umno-BN) pun nampaknya dah berubah. Dulu pemimpin-pemimpin Umno dan BN kata, "Kita akan rampas semula negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat." Tapi sekarang mereka dah tak cakap macam itu lagi. Sebaliknya mereka kata, "Kita akan pertahankan Putrajaya." Ini menunjukkan mereka semakin sedar, Umno-BN semakin lemah dan semakin hilang sokongan rakyat. Ternyata ada impak yang besar bagi kekuatan PAS dengan kemasukan artis ke dalam PAS. 
Kepada pemimpin-pemimpin PAS sendiri pun, bila artis masuk PAS, mereka nampak. Mereka akan raikan artis itu. Bila masuk Umno, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tak tengok pun kita. Tapi masuk PAS, artis itu akan diraikan oleh pemimpin-pemimpinnya. Semalam pun (27 Jun 2012), saya diraikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tok Guru Nik Aziz tanya saya, "Masuk PAS untuk apa?" Dia memberikan kepada saya bimbingan dan turut dijelaskan kepada saya tentang dasar perjuangan PAS. Menurut pegawai-pegawainya, selalunya Tok Guru Nik Aziz hanya jumpa orang sekitar lima atau enam minit sahaja sebab dia sentiasa sibuk dengan jadual hariannya, tetapi dengan saya diraikan cukup lama sehingga hampir sejam. 

Apa respons Tok Guru?

Tok Guru Nik Aziz begitu suka berjumpa dengan saya. Saya cukup terharu bila diraikan begitu rupa. Kami bersembang panjang dalam pertemuan itu. Jika saya berada dalam Umno, tak mungkin saya akan diraikan sebegitu rupa oleh pemimpin Umno atau BN.  Sekarang setelah menjadi ahli PAS, jadual saya penuh dengan ceramah, terutama pada waktu malam. Selepas Aidilfitri nanti, terdapat pula ustaz dari Kelantan yang juga berada dalam barisan kepimpinan PAS untuk turut menyusun jadual ceramah saya, bagi membolehkan saya turut sama memainkan peranan membantu PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya pada PRU-13 akan datang.    

Buku "Senyumlah" karya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyengat


Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat kerana dapat menyiapkan buku sulong beliau berjudul "Senyumlah". Ia telah dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Dataran Kerdau, Temerloh peringkat negeri Pahang. 

Setelah dibelek-belek, buku yang berupa motivasi untuk umat Islam menjalani kehidupan seharian bertujuan untuk memberikan panduan dalam menjalani aktiviti rutin mereka agar sentiasa ceria. Buku ini, asalnya berupa posting yang dibuat Datuk Tuan Ibrahim dalam facebooknya. Ia dijual dengan harga RM17 untuk Semenanjung dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Apapun tahniah saya ucapkan.

Jadual ketat, Leman Raja Lawak rasa macam diusung seperti wakil rakyat!


Leman Raja Lawak atau Sulaiman Ibrahim, 31, memberitahu saya, dairi ceramahnya kini penuh untuk bulan Julai termasuk dalam bulan Ramadan. Setiap malam beliau dijemput berceramah sejak mengistiharkan diri masuk PAS dalam ceramah di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves, awal bulan Jun lalu. Borang menjadi ahli PAS diterima wakil Naib Presiden, Salahuddin Ayub, iaitu Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin.

Kata Leman, rezeki ada di mana-mana. Dia bersama hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman yang baru menyerahkan borang sertai PAS dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Johor Bharu 29 Jun lalu, tak menang tangan untuk hadiri jemputan ceramah, hi-tea dan talk show bersama rakyat. 

Harakah telah memberi publisiti positif untuk beliau dikenali dan membolehkan beliau dan Hairie dijemput mengisi acara. Masuk PAS katanya, dia jadi lebih ramai kawan, sahabat dan tidak termimpi "diusung" macam wakil rakyat, usiknya sambil menikmati laksa selepas habis ceramah bersama Sti Aishah Srikandi di Markas PAS Taman Melewar, 1 Julai lalu.

Isnin, Julai 02, 2012

Ohhhh tidak! Datuk Sharifah Aini nak masuk PAS?


Beberapa orang rakan menghantar SMS kepada saya. Bertanyakan "betulkah Kak Pah nak masuk PAS?". Sukar juga saya menjawabnya. Mereka hantar kepada saya, kerana meraka menjangkakan saya ada banyak chanel untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai artis masuk PAS. 

Kak Pah atau Datuk Sharifah Aini adalah nama besar dalam persada seni dan hiburan tanah air. Sertai PAS bukan perkara mudah untuk dilakukan oleh insan bernama Kak Pah. Tetapi pendidikan agama Kak Pah tidak terlalu dhaif untuk membuat pilihan. Apatah lagi anak lelakinya yang mengaji di Universiti Al-Azhar barangkali upaya mendorong Kak Pah berbuat demikian.  

Berdasrkan perkembangan semasa, tidaklah pelik jika Kak Pah sertai PAS. Siapa menduga penulis lirik, juri Maharaja Lawak, pelakon dan pelawak seperti Bob Lokman boleh bersama PAS pada hari ini? Begitu juga dengan Juala Lagu 1990 dan 1995 dengan lagu hitnya "Janji Manismu", Aishah Ariffin boleh menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Mursyidul Am parti itu? Begitu juga dengan hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman dan Leman Raja Lawak yang turut menyertai PAS baru-baru ini.

Saya bergegas menghubungi Aishah Ariffin. Ketika itu beliau sedang berada dalam majlis ceramah di Dun Hulu Klang. Saya mohon agar beliau dapat merisik khabar cerita yang sedang bertiup di kalangan orang tertentu itu. Tujuannya untuk mendapatkan kepastian.