Sehingga hari ini, seingat saya, tiada pemimpin Umno yang berkokok pendek mahupun panjang. Entah kenapa dan apa motifnya tidak diketahui. Tiba-tiba dalam Dun Johor ada "suara PAS" yang memakai uniform Umno-BN mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud. Tiada salah dan celanya pada hemat saya, syor yang dibuat Adun Kemelah, Dato' Ayob Rahmat. Itu cadangan yang terpuji dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun menyantuni syor positif itu. Umno boleh lakukannya di Johor kerana di Kelantan ianya disekat dan terhalang.
Tetapi malang agaknya menjadi Adun Umno-BN, syor itu dihempuk keras oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak pula tampil membela Ayub Rahmat yang disifatkan Chua Soi Lek sebagai "hilang akal". Pada hemat saya, menyifatkan Ayub sebagai 'hilang akal' samalah juga mendakwa pemimpin Umno itu sebagai 'gila'. Bukankah hilang akal itu maknanya gila. Apa sikap pimpinan Umno terhadap Soi Lek yang mendakwa cadangan Umno satu cadangan menggambarkan orang hilang akal, yang bermakna cadangan daripada orang gila?
Sebelum ini, Ayub mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia pada 20 Jun lalu di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dun Johor ke-12. Soi Lek juga dalam twitternya mengatakan Ayub telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan dan beliau menegaskan MCA pasti akan menentang usaha itu.
1 ulasan:
ada sesiapa yang berani berjihad kepada soi lek tak?
Catat Ulasan