Mengapalah politik BN makin kotor dan sumbang? Macam sudah jadi trend muktahir ini, Umno-BN tidak boleh hidup dengan politik sihat dan sopan. Saya kira, semua pihak tanpa mengira fahaman politik mesti mengambil pendirian tegas dan menghentikan segera budaya politik kotor itu seperti yang serangan ke atas Adun Kota Laksamana, Betty Chew konon suaminya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ada skandal dengan seorang bekas pekerjanya.
Pada hemat saya, serangan ke atas Chew adalah tindakan pengecut yang ditujukan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya. Ia untuk membunuh karakter yang berterusan terhadap musuh politik. Sewajarnya semua ahli politik untuk menegak dan menghormati maruah wanita, serta menyeru pemimpin wanita Umno-BN mempertahan ruang politik yang sihat dan bersih untuk golongan wanita.
Pada 2 Julai lalu, Adun Duyong, Datuk Gan Tian Loo dari MCA meminta Chew menjawab tuduhan mengasari seorang wanita yang pernah berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana kononnya mempunyai hubungan dengan suaminya. Guan Eng menafikan tuduhan itu dan mengatakan Tian Loo menyalahgunakan kekebalan Dewan Undangan Negeri dan mencabar beliau mengulangi tuduhan itu di luar Dewan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan