KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 12, 2012

Umno Perak terencat: Abdullah Antong pertegas sokong PAS dan kerja keras tumbang Umno-BN



Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Abdullah Antong Sabri tetap menyokong PAS walaupun masih belum menyerahkan borang keahliannya secara rasmi untuk bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada PRU-13 akan datang.  Sokongannya terhadap PAS tidak perlu dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu kerana ia bertolak dari pengalamannya sendiri selama 11 bulan berada di bawah Pakatan Rakyat ketika Pakatan memerintah Perak jauh lebih baik berbanding Umno-BN.    

Sehubungan itu, beliau tidak berkesanggupan lagi untuk terus bersekongkol dengan pengkhianatan Umno-BN terhadap rakyat, di samping berasa amat berdosa jika tidak bersama-sama dengan PAS bagi melakukan perubahan terhadap landskap politik tanah air.  "Walaupun saya masih belum menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi, sokongan saya terhadap PAS tidak perlu dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak. Saya tetap akan menyokong PAS, malah akan tetap menyokong PAS buat selama-lamanya. Kalau saya tak sokong PAS, takkan saya hadir dan berani hadir ke majlis PAS pada 7 Julai lalu. Sedangkan apabila saya sudah hadir ke majlis PAS, Umno dan BN pasti telah cop saya sebagai penyokong PAS dan segala peluang untuk saya mendapat apa-apa dari Kerajaan Umno-BN termasuk tanah dan sebagainya pasti disekat," katanya. 

Ketika dihubungi Harakah 10 Julai lalu, Abdullah menjelaskan, dengan kehadirannya ke majlis PAS sudah menjelaskan sokongannya terhadap parti Islam itu, manakala soal penyerahan borang keahlian secara rasmi bukanlah perkara besar, sebaliknya ia hanyalah dari segi pentadbiran sahaja. "Perkara penting adalah hati kita. Dalam hati saya memang dah lama sokong PAS. Malah ketika saya masih bertugas sebagai Setiausaha Dun Perak ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak 11 bulan lalu, pelbagai pihak sudah nampak dengan jelas minat dan sokongan saya terhadap PAS," katanya. 

Namun ketika itu, tegas Abdullah, beliau terpaksa bertindak atas arahan pihak atasan Umno-BN, manakala selaku pegawai kerajaan, beliau tidak mempunyai ruang untuk mengingkari arahan itu walaupun di dalam hatinya terasa amat tidak patut diperlakukan penganiayaan sedemikian rupa terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Abdullah menjadi kontroversi ekoran beberapa tindakannya yang dianggap menuntungkan Umno-BN sehingga berlakunya krisis Dun Perak. Antaranya, beliau memanggil sidang Dun tanpa pengetahuan Speaker Dun yang sah ketika itu, V Sivakumar. 

Pada 7 Julai lalu, beliau mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke Majlis Hitea Meraikan Ikon Ahli Baru PAS anjuran PAS Perak di Hotell Hill City. Kedatangannya dialu-alukan oleh bekas Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pimpinan PAS Perak serta Adun-adun PAS yang hadir.  Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu, beliau menjelaskan, selepas tidak "mesra" dengan Umno-BN tidak lama kemudian, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak sebelum mengambil keputusan bersara di usia 56 tahun.

Akhbar mesra Umno-BN dalam laporannya 10 Julai lalu, mempertikaikan sokongannya terhadap PAS kerana beliau masih belum menyerahkan borang keahlian sehingga kini. Mengulas lanjut, Abdullah Antong kesal kerana soalan-soalan yang dikemukakan oleh wartawan terbabit yang dijawabnya dengan jujur tidak pula disiarkan dalam berita itu. "Ini termasuk yang membabitkan persoalan mengapa dia menyokong PAS dan mengapa dia berkerjasama untuk menumbangkan BN pada PRU-13 akan datang. Sebagai orang yang faham undang-undang, faham Undang-undang Tubuh Negeri Perak, faham tentang Undang-undang Dun Perak, saya sendiri telah merasakan banyak yang tidak kena telah dilakukan Umno-BN terhadap PAS dan Pakatan Rakyat semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak," tegasnya.

Disebabkan perkara itu, katanya lagi, dalam enam bulan terakhir Pakatan Rakyat memerintah Perak, banyak pihak telah nampak saya telah condong kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Abdullah yakin perkara itu diketahui oleh Nizar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan mereka berdua. Sementara itu, Misbahul Munir memberitahu, seawal pagi 10 Julai lalu sebaik sahaja membaca akhbar Berita Harian, Abdullah telah menghantar mesej kepada beliau agar jangan percaya sangat dengan berita mengenainya yang disiarkan di akhbar itu. 
   
"Beliau menyakinkan saya, bila sampai masanya yang sesuai pasti beliau akan membuat pengistiharan rasmi menyertai PAS, namun, hatinya sudah dan tetap bersama PAS, " kata Misbah. Abdullah berazam dengan kuat akan membantu PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang bagi menumbangkan Umno-BN sekalipun belum rasmi menjadi ahli PAS, tegas beliau sambil turut mengakui telah lama mempunyai hubungan yang baik dengan Abdullah. 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jaga jaga, ini munchkin trick umnooo macam dia way Dulu. Jangan me lulu percaya dia ni. Babi dia buktikan komitmen dia untuk 3-4 tahun Dulu. Baru kiat decide

alhusseyn berkata...

Dia masuk PAS bukan ada kepentingan apa-apa pun.Kalau niat dia tidak ikhlas dan untuk kepentingan diri sendiri sudah tentu dia akan memilih Umno.masuk PAS dia bukan dapat apa-apa pun malah dipandang serong pula oleh orang macam Tanpa Nama, yang sebenarnya lebih baik gunakan nick nama Tanpa Hotak!

Tanpa Nama berkata...

dia tu katak bawah tempurung, cuba tanya jiran2 macam mana perangai dia...

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam bese gini. kalu tak ikut arahan pihak atasan, kena tindakan displin, bleh hilang pencen. hilang pencen la yg org keja gomen paling takut. masalahnya pihak atasan adalah ahli politik. mb tu kan org politik. dia la ketua kakitgn awam negri,dia la ketua politik negeri. cuma still kena amik masa nak pecaya org camni kecuali kita kenal dia lama..