KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Julai 08, 2012

Komplot Tun Mahathir beri Petron bekal minyak untuk kapal terbang MAS


Apakah dengan Petron Sdn Bhd membekalkan bahan api kepada MAS, syarikat penerbangan Malaysia nombor satu itu akan raih untung selapas ini? Ini jadi persoalan. Apakah kongkalikong disebalik perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dengan Petron Malaysia Sdn Bhd. Bukankah MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas. Jadi, apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian?

Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Tun Mahathir Mahathir kerana "melepaskan" kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah Penasihat Petronas. Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu. Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Tun Mahathir. 

Hasil keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd. Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan adanya kepentingan Tun Mahathir. Ini menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I read this post fully on the topic of the resemblance of most
recent and preceding technologies, it's remarkable article.

Feel free to surf to my web blog :: http://comparecarinsurancee.com/

Tanpa Nama berkata...

supreme
fear of god hoodie
bape clothing
supreme
supreme hoodie
kobe byrant shoes
supreme
golden goose outlet
supreme
jordan retro