KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 09, 2012

Peneroka Felda "gali kubur dalam gelap" ayuh rakyat tolongi mereka tamatkan Umno-BN


---------------------------------------------------------------------------------------------------
'Perhimpunan Oren Selamatkan Felda' yang akan diadakan pada 14 Julai merupakan kemuncak bantahan warga Felda dan rakyat Malaysia di atas penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH). Wartawan NYZA AYOB mendapatkan butiran daripada Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh jelaskan mengenai Perhimpunan Oren pada 14 Julai depan...

MAZLAN ALIMAN: Pada 14 Julai, peserta Perhimpunan Oren Selamatkan Felda akan berkumpul  di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak ke Istana Negara melalui Jalan Duta bermula jam 2 petang.  Sebelum penyenaraian FGVH ini dan sejak Perdana Menteri mengumumkan FGVH akan disenaraikan, kita telah mewujudkan satu gabungan NGO yang dikenali sebagai Gerakan Selamatkan Felda(GFF)  yang terdiri daripada tidak kurang 40 NGO seperti Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Abim, PKPIM, Gamis dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan saya bertindak sebagai koordinator dalam GFF. Selain itu kita juga menjemput NGO daripada Mansuhkan PPSMI, Bersih dan Gerakan Anti Lynas agar turut menyertai perhimpunan ini.

Ia terbuka kepada semua, bukan untuk warga Felda sahaja?

Ia bukan isu warga Felda semata-mata, tetapi hari ini ia menjadi isu nasional, isu kepentingan rakyat dan 97 peratus hak dan kepentingan orang Melayu. Sasaran kami adalah semua rakyat dan tidak terhad kepada warga Felda. Ini berkaitan dengan kepentingan orang Melayu. Kami telah menjemput pemimpin utama Pakatan Rakyat sebagaimana perhimpunan lain menyertai perhimpunan ini. Bahkan perhimpunan ini telah dibawa kepada Mesyuarat AJK PAS Pusat. Sepucuk surat yang dikeluarkan pada  29 Jun lepas oleh Setiausaha Agung PAS dan diedarkan kepada Pejabat DAP dan KeADILan supaya dapat disampaikan kepada pimpinan dan ahli agar dapat bersama-sama menyertai perhimpunan ini. Bayangkan dengan jumlah orang Melayu di Felda 1.6 juta yang merupakan sebahagian daripada 28 juta rakyat Malaysia yang sungguh besar jumlahnya. Dan ia merupakan dokongan kepada semua rakyat dan bukan tertentu kepada warga Felda sahaja. 

Saudara yakin ia akan mencapai sasaran?

Kita mensasarkan 20,000 orang akan turun dan kita menjangkakan jumlah tersebut dapat kita capai. Maklum balas yang kita terima, mungkin lebih daripada itu akan hadir pada perhimpunan tersebut. 

Kenapa rakyat Malaysia perlu menyertai perhimpunan ini?

Terdapat 10 sebab kenapa rakyat Malaysia perlu menyertai Perhimpunan Oren ini. Pertamanya, kita ingin menunjukkan solidariti rakyat dalam usaha untuk menyelamatkan Felda. Selain itu, kita mendesak kerajaan menggantung semula penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) dari Bursa Malaysia. Ia juga untuk menghalang harta Felda daripada berpindah milik menjadi hak persendirian. Seterusnya semua pihak perlu menyertai perhimpunan ini untuk menghalang komoditi sawit dan getah yang menjadi sebahagian besar sumbangan Felda daripada ditentukan oleh syarikat asing yang dikuasai oleh zionis Israel melalui penguasaan saham dalam FGVH yang dimanipulasi melalui pasaran hadapan.

Impak politiknya...

Felda adalah kubu Umno-BN. Di dalamnya terdapat 54 Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri. Selama ini daripada PRU pertama sehingga PRU ke 12, BN boleh bertahan disebabkan undi Felda. Saya fikir kita kena berubah daripada dulu. Saya yakin pemberian durian runtuh RM200,00 dan segala macam insentif yang diberikan adalah untuk mempastikan sokongan warga Felda kepada BN. Tetapi sejak lima tahun kebelakangan ini, suasana telah banyak berubah. Keberanian peneroka dalam memperjuangkan hak-hak mereka sudah menyerlah melalui tindakan-tindakan mahkamah yang mereka lakukan. Saman-saman dalam isu kadar penentuan gred, isu tanam semula, isu hutang piutang dan ketidakadilan yang berlaku dan diskriminasi ke atas mereka telah dibuat besar-besaran. 
Jika sebelum ini, golongan peneroka tidak berani mengemukakan saman. Maka kerajaan ini melihat ia sebagai satu ancaman. Sekiranya suasana ini berkekalan, mereka sangat bimbang kecenderungan pengundi di Felda menyebelahi pembangkang menjadi semakin kuat dalam pilihan raya akan datang. Itu akan meletakkan BN dalam keadaan yang bahaya. Maka BN memberi macam-macam kepada peneroka dengan harapan rasuah dan sogokan yang diberikan kepada peneroka itu akan mengekalkan sokongan pengundi kepada peneroka.

Dapat tak Perhimpunan Oren ini menarik anak muda?

Perlu diingat sokongan anak muda di Felda ketika ini lebih besar daripada peneroka Felda. Sebab peneroka Felda ini ada yang sudah meninggal dunia dan jumlahnya semakin mengecil. Jika kecenderungan yang ditunjukkan anak muda ini khususnya dalam isu penyenaraian FGVH yang mereka anggap pengkhianatan pemimpin Melayu terhadap hak dan kepentingan peneroka, saya fikir keadaan akan berubah. Maknanya daripada segi impak politiknya, sekiranya sokongan peneroka Felda dan warganya sebelum ini hanya 15 hingga 30 peratus, saya yakin jika ia berada pada 30 sehingga 35 peratus, saya cukup yakin kita akan dapat menyaksikan perubahan besar-besaran pada PRU-13 nanti dalam konteks pengundi Felda.

Tiada ulasan: