KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 09, 2012

Bom "C4" Najib untuk "huru-harakan" Melayu diletupkan Utusan Malaysia


Saya kira, dakwaan kononnya DAP akan bertanding di 90 kawasan Parlimen adalah satu lagi bukti politik najis, jijik dan busuk dilaukan oleh Umno secara sedar dan terancang. Oleh kerana Umno terlalu terdesak takut hilang kuasa sehingga pendakyah utama parti itu tidak merasa bersalah sedikit pun bermain politik kotor.

Macam biasa pembohongan Utusan Malaysia kononnya DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat selepas PRU-13 denga mendakwa DAP bertanding di 90 kawasan Parlimen. Taktik ini untuk menakutkan orang Melayu agar menolak seua calaon-calon Pakatan Rakyat. Ini akan memberi laluan kepada Umno-BN mencengkam kuasa secara lebih "ganas" lagi.

Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut serta dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan berkata, jumlah 90 kerusi tidak pernah timbul dalam mana-mana perbincangan. Paling banyak, DAP hanya akan bertanding 60 kerusi, kata beliau. Umna hanya membuat tuduhan terancang setelah melihat kebangkitan rakyat luar biasa hebat yang sedang bergemlombang di negara ini.

Inilah pembohongan yang menjadi sebahagian dari politik perkauman Umno. Ketika Umno dan BN sudah berputus asa sama sekali untuk mendapatkan undi dari kaum Cina terutamanya, ia kini semakin cemas apabila melihat semakin ramai orang Melayu yang menyokong Pakatan.

"Karut, karut, karut!" Malaysiakini memetik Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan. Bilangan kerusi yang ditandingi DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). DAP mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Pada hemat saya, "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Tiada ulasan: