Chif Inspektor Aliza dalam drama televisyen Gerak-Gerak Khas arahan Datuk Yusuf Haslam, Abby Abadi bersungguh-sungguh berkempen dalam demontrasi aman di hadapam Kem Tahanan Kamunting (ISA) Taiping, Ahad 8 Julai lalu. Selain Abby, Lefternan Adnan dalam filem Lefternan Adnan, Hairie Othman dan Leman Raja Lawak jadi tumpuan kerana sertai demontrasi dan menyampaikan ucapan.
Ini adalah langkah yang diambil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menggerakkan lagi kesedaran rakyat untuk membela mangsa tahanan ISA yang masih belum dibebaskan. Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengadakan himpunan besar-besaran seperti yang telah diadakan pada tahun 2009 lalu.
"Walaupun ada tahanan ISA sudah berhenti mogok lapar di dalam kem tahanan, kami akan terus berkempen untuk memberikan solidariti dan kesedaran kepada rakyat tentang tindakan tidak berperikemanusiiaan yang dilakukan kerajaan ini." GMI mengajak semua pihak termasuklah badan bukan kerajaan dan parti-parti politik untuk bersama-sama dengan mereka untuk memperjuangkan mangsa tahanan ini.
Lebih 500 orang telah berhimpun di hadapan Kem Tahanan Kemunting bagi membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih belum membebaskan 45 tahanan ISA walaupun akta zalim itu sudah dimansuhkan. Bantahan ini diketuai oleh GMI bersama-sama gerakan mahasiswa seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).










Tiada ulasan:
Catat Ulasan