KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 12, 2012

WWW 1: Nizar saman kaki bohong, pembelit dan kaki auta Utusan, TV3 RM100 juta



Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin memfailkan saman fitnah kepada dua media mesra Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, 10 Julai lalu. Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan. "Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh tujuh hari yang telah diberikan," katanya. Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Pusat.

Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman TwitternyaUtusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama. "Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hey there! I know this is somewhat off topic but I was wondering which blog platform are you
using for this site? I'm getting sick and tired of Wordpress because I've had problems with hackers and I'm looking at options for another platform. I would be fantastic if you could point me in the direction of a good platform.

Review my site chapter 7 bankruptcy florida

Tanpa Nama berkata...

bape
goyard tote bag
russell westbrook shoes
palm angels
kobe byrant shoes
hermes outlet online
golden goose sneakers
jordan travis scott