KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 06, 2012

Tamrin Tun Ghafar Baba dapat surat tunjuk sebab daripada Umno


Baru sekejap tadi, sekitar jam 10.28 malam, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar menghubungi saya. Dia memberi tahu, dia baru mendapat sepucuk surat tunjuk sebab daripada Umno Pusat atas dakwaan menjalankan aktiviti dan menyerang Umno di atas pentas pembangkang. Itulah surat yang dinanti-nantikan Tamrin selama ini. Beliau memang menunggu surat itu datang keribanya.

Tamrin menyifatkan surat tunjuk sebab yang tiba daripada Jawatankuasa Disiplin Umno itu tidak akan sekali-kali melunturkan perjuangannya untuk membela rakyat. Dia yakin dirinya masih relevan sebab itu dia mendapat surat tunjuk sebab. Katanya, semangat beliau makin meluap-luap lagi untuk membongkar kebobrokan Umno yang merampas hak-hak rakyat demi mengekalkan kuasa, malah menutup pelbagai penyelewengan dengan macam-macam cara.

Surat bertarikh 26 Jun itu ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Tunku Adnan Mansor meminta Tamrin sebagai ahli Umno Alor Gajah menjawab dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat. Adakah Tamrin akan jawab? Dalam perbualan antara saya dengan Tamrin, beliau memberitahu tidak akan menjawab surat tunjuk sebab itu. Sebaliknya mencadangkan untuk bersemuka dengan Jawatankuasa Disiplin Umno yang dipengerusikan Tan Sri Tungku Ahmad Rethaudin dalam masa terdekat.

Jika mereka enggan, tegas Tamrin, beliau akan membuat surat terbuka kepada rakyat dan menjelaskan hal-hal berkaitan mengapa beliau terlibat dengan aktiviti Pakatan Rakyat muktahir ini. Pada hemat saya, Tamrin sudah nekad untuk meninggalkan Umno. Dia membayangkan PAS akan jadi pilihannya tetapi masih belum menyatakan bilakah dia akan menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Kita tunggu sahaja lah, tarikh keramat itu sampai. 

3 ulasan:

Awanama berkata...

Hello, i think that i noticed you visited my weblog thus i got here to return the desire?

.I am trying to to find issues to improve my website!
I assume its ok to use a few of your ideas!!

Awanama berkata...

It's amazing to go to see this website and reading the views of all mates on the topic of this paragraph, while I am also zealous of getting knowledge.

Here is my web-site ... garcinia cambogia extract

Awanama berkata...

I have been exploring for a bit for any high-quality articles or
blog posts on this sort of space . Exploring in Yahoo I at last stumbled upon this web site.
Reading this info So i am glad to exhibit that I have a very just right uncanny feeling I discovered exactly what I needed.
I such a lot indubitably will make sure to do not put out of your mind this web site and give it a glance on a relentless basis.



my web page; cool site on diets