KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Julai 08, 2012

Najib "takut" Scorpene walaupun "hantu polong" dalam daftar pemilih sebelahi PRU-13


Nak kata tidak, tak logik tapi hakikatnya benar benar Najib anak Tun Razak takut untuk adakan pilihan raya. Jika boleh ditiadakan pilihan raya sudah tentu Najib tidak akan istihar bubar Parlimen buat selama-lamanya. Tapi, apakan daya, cukup lima tahun, satu penggal maka Parlimen automatik akan diterbubar dengan sendirinya. Kenapa najib tertangguh-tangguh untuk adakan pilihan raya?  Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri, Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum disebabkan  kes rasuah Scorpene.

Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai. Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia. Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan. Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.

"Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia. Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu Umno," jelas Manthorpe seperti dipetik. Pada 7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris. Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

If some one needs to be updated with latest technologies then he must be visit this
web page and be up to date everyday.

my web-site; sizegenetics review

Tanpa Nama berkata...

Hmm it appears like your website ate my first comment (it was
extremely long) so I guess I'll just sum it up what I had written and say, I'm thoroughly enjoying your blog.

I too am an aspiring blog writer but I'm still new to the whole thing. Do you have any recommendations for beginner blog writers? I'd
certainly appreciate it.

Look at my blog :: herpes cure