KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 10, 2012

Leman Raja Lawak tolak sertai Rancangan Maharaja Lawak Musim Kedua Astro


Komitmen beliau setakat ini terhadap PAS amat kental. Leman Raja Lawak dalam ceramahnya di Pangkalan Pegoh, 8 Julai lalu menolak untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Musim Kedua yang akan diadakan tidak lama lagi oleh Astro. Beliau sepatutnya berganding dengan pelakon komedi dan drama televisyen, Zul Yahya enggan meneruskan penyertaannya dalam rancangan popular itu kerana lebih berminat untuk meneruskan perjungan bersama PAS di pentas parti Islam itu di seluruh negara.

Penolakannya itu mendapat tepukan gemuruh dan disambut dengan laungan Allahuakbar lebih 600 hadirin di hadapan Markas PAS Cawangan Pangkalan Pegoh. Saya kira rakyat menyokong Leman untuk tidak menyertai acara itu. Ada banyak rancangan dan program yang boleh dicipta oleh Leman dengan kerjasama pihak PAS. Leman kini sendat dengan acara ceramah pada sebelah malam dan hi-tea sebelah petang di beberapa lokasi di Perak dan Kedah. Penampilannya yang bersahaja dan sesekali "mengusik" hadirin dengan jenakanya, menarik perhatian bukan sahaja anak-anak muda tetapi orang-orang tua yang hadir. 

Turut berceramah malam itu, hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman dan calon PAS Dun Sg Rapat, Ir Radzi Zainon. Ceramah 8 Julai itu, adalah ceramah kelima Leman Raja Lawak bersama saya dan ceramah kedua bersama Hairie Othman. Pada 11 Julai ini, kami akan berceramah di Markas PAS Dun Taman Medan dalam Parlimen PJS. Pada 14 Julai pula dijadualkan berceramah di Markas MTD PAS Kg Gajah dalam Parlimen Pasir Salak dan MTD PAS Bota, Kg Pulai Chondong, Bota Kanan, dalam Parlimen Parit.    

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It employs things just like the Nintendo download Retailers that are additional.
The follow-up game towards the 2004 hit Red Dead Revolver that has been for
the PS2. Their gamertags is found in the link above.

My web site; gta 3 cheats on pc