KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 07, 2012

20 tahun jadi Ketua Kampung, Penaja Umno Bahagian Kuala Krau sertai PAS


Tidak semena-mena, bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, dia meninggalkan Umno yang diperjuangkan sejak muda, setelah menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi Ketua Kampung serta Ketua Cawangan Umno selama 20 tahun, disamping menjadi AJK Umno Bahagian Maran. Beliau juga menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diwujudkan selepas persempadanan semula. 

Nawi memilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan Rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah. Ini berbeza dengan perjuangan yang dilaungkan oleh Umno. Islam entah ke mana, bangsa terus tergadai. Dia berikrar akan menggunakan pengalamannya untuk membantu PAS menang dalam PRU-13 akan datang. Nawi merayu rakan-rakannya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS.

1 ulasan:

nurul izzatie berkata...

good job ayah,,you are the best,,