Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang paling takut bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. "Sebab apa Mahathir takut kalau saya jadi Perdana Menteri? Sebabnya, beliau takut segala keuntungan berpuluh-puluh bilion yang diperolehi keluarganya selama ini akan terhapus. Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau, Mokhzani. Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron,” kata Ketua Pembangkang itu lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam di Dewan SJKC San Yuk, Kampung Kenanga, Rawang, baru-baru ini. Ketua Umum KEADILAN itu menambah, Mahathir adalah penggerak utama dan pencetus kepada kronisme yang semakin membiak dan telah menjadi darah daging Umno Barisan Nasional. "Sebab utama Mahathir takut saya akan menjadi Perdana Menteri kerana saya akan membasmi dan menghapuskan segala bentuk kronisme, mengaut keuntungan untuk kepentingan anak-beranaknya…," kata Anwar. Beliau turut membidas tindakan Najib Razak kerana meluluskan kontrak pembelian minyak dengan Petron.
"MAS di bawah telunjuk penasihat mereka, Mahathir Mohamad dengan bantuan Datuk Seri Najib telah meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari syarikat anak Mahathir sendiri iaitu Petron. MAS dipaksa untuk tidak membeli minyak lain selama enam bulan selain minyak dari syarikat Mirzan dan tindakan ini telah menyebabkan kerugian berkali ganda untuk MAS sendiri. Apa puncanya mereka rugi? Puncanya adalah perangai pemimpin Umno yang dibawa oleh Mahathir yang mengalakkan pemberian keuntungan untuk kroni dan anak-beranak," tegas beliau.
Anwar turut mengulas mengenai Tol Lebuh Raya Utara Selatan yang masih belum dihapuskan untuk BN terus meraih keuntungan. "Tol Lebuh Raya Utara Selatan adalah milik syarikat Umno iaitu syarikat Hati Budi dan duit keuntungan daripada tol itu dikaut bersama oleh Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Selepas mengaut keuntungan lebih 30 tahun, tol tersebut masih tetap ada. Ia sangat berbeza sekali dengan Washington, setelah cukup mendapatkan keuntungan selama 20 tahun, mereka tutup terus tol tersebut untuk tidak mahu terus memberi beban kepada rakyat. Sekarang, Najib pula meneruskan prinsip kronisme ini dengan mengaut keuntungan dari kroninya, Syed Mokhtar (Bukhary). Inilah dia (perangai) Umno kaut untung dan biarkan rakyat menderita,” kata Anwar.
4 ulasan:
Hmm it seems like your blog ate my first comment (it was extremely
long) so I guess I'll just sum it up what I submitted and say, I'm thoroughly enjoying your blog.
I as well am an aspiring blog writer but I'm still new to everything. Do you have any tips for beginner blog writers? I'd really appreciate it.
Here is my blog post - website
Oh my goodness! Incredible article dude! Thank you,
However I am encountering troubles with your RSS. I don't know why I cannot join it. Is there anyone else having the same RSS problems? Anyone who knows the solution will you kindly respond? Thanx!!
my web blog: life insurance
These are in fact wonderful ideas in about blogging. You have touched some good points here.
Any way keep up wrinting.
Feel free to visit my web blog; Colorado River Adventures
new balance outlet, canada goose, ugg boots, mcm handbags, ugg soldes, herve leger, canada goose outlet, babyliss pro, uggs on sale, birkin bag, reebok shoes, vans outlet, instyler ionic styler, p90x workout, soccer shoes, mont blanc pens, abercrombie and fitch, uggs outlet, north face outlet, canada goose outlet, jimmy choo shoes, hollister, bottega veneta, lululemon outlet, asics shoes, chi flat iron, insanity workout, nike trainers, canada goose outlet, marc jacobs outlet, ugg, ugg outlet, wedding dresses, longchamp, valentino shoes, north face jackets, rolex watches, soccer jerseys, nike huarache, nfl jerseys, roshe run, giuseppe zanotti, beats headphones, mac cosmetics, ferragamo shoes, ghd, celine handbags
Catat Ulasan